Tuesday, May 21, 2013

Projek akan datang - Candy/ lollichoc

excited sangat.. tadi pegi kedai Wilton kat Putra Heights dan memborong Candy Mold ni.. cadangnya nak buatkan untuk majlis Aish dan Majlis emira nanti.. tapi td terpikir lak nak buatkan tuk majlis aqiqah anak jen... tapi inilah projek akan datang... nantikan hasilnya

Monday, May 20, 2013

Double Choc Chips Cookies & Carrot Cake with Walnuts

Ini adalah carrot cake yang biasa aku buat cuma kali ini aku tambah walnut... lagi la berlemak gitu.. selalu aku jual small pack carrot cake ni dgn cream cheese frosting RM15... ni adalah kek yg mempunyai permintaan tinggi di kalangan customer aku.

ini bahan2 nak buat double choc chips cookies.. nampak tak ada choc chip, choc rice, badam, nestum... selain tepung gula.. serbuk koko..

Friday, May 17, 2013

Strawberry Chocolate Cake with Creamcheese Frosting

Ini adalah kek ciptaan aku.. aku layerkan kek choc moist dgn cream cheese frosting dan strawberry. bila bawak pegi ofis ramai ckp macam rupa kek Strawberry Chocolate kat SR. dan rasanya... mestilah sedap..hehe
sepotong di atas piring
keratan rentas
proses melapis

kembali....

ok.. akhirnya aku dapat kembali bersiaran..YEAY...
May 2013... dah lebih setahun aku tak update blog aku ni.. tah ada ke org baca aku pun tak pasti..

 yang pasti aku dah 2 tahun kat comp ni..
dan yang pasti jugak aku dah ada 2 org anak sedara..
dan juga mendapat 2 org bakal adik ipar iaitu tunang adik2 aku.. yer adik no 3 & 4 dah selamat bertunang dan InsyaAllah hujung tahun ni ada lah kenduri..
kakak dorang je masih sendiri..

abaikan berita tak best.. berita best aku adalah.. aku dah start dapat tempahan kek & cookies.. suka..suka..

banyaknya yang aku tak update kan..

bukan sekadar untuk org baca tapi untuk rujukan aku di masa akan datang..
dan inilah koleksi kek2 tempahan aku.. semuanya Red Velvet. sangat seronok makin lukis2 roses guna creamcheese frosting tu semua..
kalau ada yang nak order meh la.. tapi sekarang ni hanya lah untuk kawasan Klang dan Shah Alam Seksyen 26 je.. cukup la kot tulisan aku untuk hari ini..


untuk yang pertama setelah lebih setahun..


 enjoy....

Wednesday, March 28, 2012

keterlupaan


perghhhh sungguhlah bersawang disini....
aku lupa aku ada blog rupanya...





dalam proses kemaskini...

Sunday, August 7, 2011

ungunya cinta ~ HEART

Aku nangis sungguh-sungguh tengok cerita-cerita ni..
Dan malam ni kali ke 2 aku tgk Heart.. Dan aku tau kenapa sejak 2006 aku hanya tgk cerita ni sekali sahaja...
Rachel... Farrel... Aku sgt sedih tengok Rachel..
Pernah kecewa macam mana Rachel kecewa.. Bila dia cedera teruk kat Emergency Room tp Farrel pilih untuk berada disisi Luna..
Aku pernah kecewa macam mana bila Farrel tunjuk cincin yg dia nak bagi kat Luna.. Cuma bezanya Rachel masih sempat luahkan dia sedih dia kehilangan lelaki yang dia suka..
Tapi aku? 'Dia' datang dan bagitau dia nak kawen.. Aku? Gembira dia datang dan boleh hantar dia balik..

Rachel aku rasa dia kecewa + kesedihan melampau sbb rasa kehilangan kawan baik yg dia cinta dan kehilangan kaki.
Depress melampau.. Sampai tak mau hidup.. Semua bertimpa-timpa kat dia..
Farrel dtg melawat hanya untuk cakap pasal Luna..
Sakit weiiiii.. Rachel sakit sbb dia .. Dia boleh dtg cerita pasal Luna..

Berjujuran air mata aku bagi pihak Rachel..
Sakit dada aku...



Dannn ungunya cinta... "Marah tandanya sayang"...








Aku penuh emosi ni.. tak..tak.. Aku tak PMS.. Cuma sedih dan semua yg aku tonton cam berkaitan je dgn diri aku...

Thursday, July 28, 2011

corat coret

baru aku perasan kali terakhir aku update blog adalah pada 29 jun..
lama sungguh..
Julai takde apa2 pun kan..
Julai adalah bulan bday aku..

Birthday? cam biasa takde apa2 sangat.... wishes kat sms/email/fb cam biasa..
dah umur2 camni nk celebrate bagai tak relevan kot..
lainlah ada org yg sangat special yg aku ni pun special tuk dia...

banyak benda nak ditulis..
tapi sejak akhir2 ni aku sangat sibuk..

bermula bulan julai je keje aku sangat banyak..
10-11 julai haritu aku ke Sg Petani & Kulim
adik bongsu aku dapat masuk Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim Hi Tech.
aku pegi dgn mak ayah & adik bongsu..
duduk kat homestay Sg Petani..

aku pun tatau kenapa dok SP... aizul yg arrange... tapi ok je kulim & SP bukan jauh pun...
Politeknik cantik... baru lagi rasanya..
asrama pun cantik...
syafiq dpt tkt 4..pengsan la aku angkut barang2 naik tangga..

tiada gambar yer.. sbb aku busy... aku yg drive..aku yg nak pastikan sume urusan berjalan lancar..
jauhnya kulim tersebut...huhuhu...

lepas syafiq dah masuk poli dan emira (adik no 4) pun kembali ke kolej..
aku jadilah anak tunggal kat rumah..
adik no 3 ermmm nama je dok rumah... balik keje tah ke mana
aish masih tinggal dgn mak aku... dgn baliknya emira ke kolej...aku telah ambikalih keje bibik dia...

huhuhu... budak kecik itu makin lasak... dah pandai berjalan dan mulut bising ni..
jenuh la berkejaran dgn dia..
nak tidokan waktu malam pun satu hal...
ayooo baru anak orang... anak sendiri cemana?? hehehe

ofis? setelah 3 bulan.. aku makin selesa...
aku happy kat sini....
sabtu ni ada teambuilding kat sg chilling..yeay... suka2..
hehehe...
dan aku telah diletakkan satu group dgn MD yer... adui..
dah la dorang kata MD tu Kiasu sungguh sume nk menang... penuh semangat kesukanan..
ha...pasal kesukanan pun satu hal..setiap rabu ada badminton game anjuran opis yg aku tak pernah join... hahahahaha.....

ni gambar2 masa farewell bebudak intern & july babies birthday celebration



yer..aku debab... sedang menyurukkan diri... dan kerana pic ini aku ban tudung hitam kerana sebabkan aku tembun... ohh budak intern yg paling kanan sekali...



ni plak lagi satu budak intern... yg no 2 dari kiri... tinggi... ala2 nak jadi model katanya...



nampak nama aku di atas kek tersebut? hehehe sukaaaa...



dan inilah july babies.... gebu2 kan... wahahaha puji diri sendiri..



Wednesday, June 29, 2011

potret keluarga

aish & aishah













4 ekor kucing yg makin banyak makan















inilah hasil aku ke Pesta Buku Selangor...


banyak lagi belum beli ni...

Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu

yeay..aku akan ke sana lagi hujung bulan depan..
untuk....

TEAM BUILDING!! best..best...

1st dan last aku pegi yelah masa pegi dgn kekawan blog tu 3 tahun lepas kot....

cemburu

masa sangat mencemburui aku...
atau blogspot ni mmg bengong...





makanya....kita tangguhkan dulu la yer..