Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Lembu korban keluarga kami


bersama adik no 4 & 5 on the way g surau....
boleh jalan kaki... saje je kan nak naik kete gak..
ayah naik kete
adik no 3 naik motor
mak jalan kaki...hahaha kejam... mak aku jln kaki dgn kekawan dia... :)

bersama boolatku... muka ngantuk nak tido...




kek ...dan kek

lingkaran tida sama saiz... hehehe

kek spider web jadinya... marble apa nih..heheh



yang ni dah masuk bekas...dah potong2 nak bawak g surau tuk org yg melapah lembu2..

Tuesday, November 16, 2010

tak puas ati

ni la masalahnya tengok tv beramai-ramai..
malam ni adalah malam penting sbb hari Selasa adalah hari tv aku..
aku harus tengok ASMARA sambung dengan Lagenda Budak Setan...
tapi oleh kerana mlm ni malam raya...

semua org ada kat rumah...
dan kerana aku akak sulung takde sape kesah aku nk tgk tv mana..
tapi....

malam ni ada adik ipar aku...
adeehhh laaaa takleh fokus aku nak tgk ASMARA..
dia dok komen2 kt sebelah aku..
spoil mood..

harus ulang tengok kat tonton nih...
siannnn aku takleh fokus tengok asmara...
baru nak feel dan potong.. haishhhh................

Monday, November 15, 2010

lembu oh lembu

selasa ini bersempena Hari Raya Aidiladha aku akan menjadi amat sibuk...
ada 6 ekor haiwan yang perlu aku kerjakan..
ceh..beriya la sangat... aku rasa aku dtg tengok..

tapi esok la aku busy...
nak buat kuih muih sikit nak bagi makcik pakcik kat surau makan setelah penat bekerja nanti... huahahahahah alasan tanak tolong melapah...

LEMBU E KESAYANGAN... sila nantikan kedatanganku...:)



Friday, November 12, 2010

angau

"awak... jangan la sedih"
pergghhhh suara dia..............
guling2 angau....

dok ulang kat tonton scene ini sahaja...




haish....

Tuesday, November 9, 2010

mengada-ngada

menyesal aku kenalkan dia dgn kawan aku
menyusahkan hidup aku..SANGAT MENYUSAHKAN!!!! MENGJENGKELKAN!!!

kenapa aku takleh update status FB?
kenapa aku takleh update status BBM?
kenapa aku takleh upload pics kat FB?

pasal aktiviti aku ..
perlu ke berebut?

motifff nak kena jaga hati dia..

Monday, November 8, 2010

boolat... oh boolat


memula.. cool la konon... padahal muka dah penat tu...
mak long buat tatau...



ha dah cebik cebik.... takde bunyik.. muka je camtu...
maklong masih nk snap lagi pics..


cebik habis dah..... masa ni mata dah berair...
dah ekk..ekk dah

lepas ni terus meleleh air mata ok...
hahahhaha kejam punya maklong..
dah la orang tu penat nak tido..
masuk buai suap puting letak bear...
terus pejam tido yer...

hahahaha...

skang dia kenal perkataan susu kot... kalau bukan time dia nk menyusu ko sebut la nak susu dia buat tatau... tapi kalau mmg time dia rasa nk menyusu... tgh2 gelak2 tu ko sebut nak susu ke? dia pasti terus merengek tak henti selagi botol tak masuk mulut...


ni mlm td sebelum terlena depan tv..
yg penting memula mata dah ala2 pejam..
nampak je org hala kamera terus nk pandang kamera...

oh si boolat... tetiba aku dah rindu kat dia..


** mak aku jaga dia... adik aku balik keje singgah rumah mak aku..tidokan dia...pastu balik kota damansara....setiap hari... pagi sabtu adik aku bawak si kecik ni balik rumah dia.. petang ahad balik rumah mak aku semula..
si kecik ni tido dgn mak aku n adik no 4 aku...dan dikelilingi atuk, nenek,makcik & pakcik2 setiap hari.. dan juga dgn kak ecah (baby yg mak aku babysit)
meriah dunia dia kat rumah mak aku...

Kek Marble





kek marble ambik resipi dari blog MAT GEBU...
boleh la jadi sket marble ku walau mak aku kata cam kuda belang jadinya... :D

Apam Marmar


bulatan2 yg tidaklah cantik...
bolehlah tuk amatur..


setelah dilarik-larikkan

fresh dari kukusan... apam pecah cantik...hehehe suka....

Resipi dari Mat Gebu @ MyResipi

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

seribu kali cinta = 50 first dates

mlm td sebelum tido...membelek suratkhabar..
katanya ada drama siri baru tajuk SERIBU KALI CINTA
aku saje la membaca artikel tu..

ha.... bila bab kata heroin tu amnesia hanya ingat perkara yang berlaku hari itu je... terus la dlm kepala otak aku kata... laaaaa 50 first dates versi melayu ke..
apalagi disambung bila hero dikatakan merakam hari2 mereka..
SAH!!!
sebijik 50 first dates...

aku bukan nk kritik ke apa... cuma.. tak tengok lagi dlm kepala da tertanam idea cilok ini..
apapun kita tunggu jelah siarannya ...
ganti drama chinta...