Tuesday, August 11, 2009

'berkawan' dengan suami orang

tajuk hot ke?
tak kot..
maksud berkawan di sini bukan la berkawan-kawan cam biasa..
'bertemanlelakikan' atau 'berboifrenkan' seorang lelaki yang berstatus suami orang....bukan bekas suami orang yer... yang MASIH berstatus SUAMI kepada seorang wanita lain (atau beberapa wanita pun tak kesahla)

Isu ni timbul masa aku dok borak-borak dengan mak aku.. biasalah weekend je baru aku balik rumah… melepak di rumah…makan masakan mak..kena bebel dengan mak… tulah yang aku rindu…

Cehhh cakap cam duduk kat obersi jer.. padahal setakat dari kg baru nak ke kg jawa tu takde la sampai 3-4 jam pun.. 2 jam boleh jadilah kalau jem…

Borak2 biasalah…gossip taman perumahan, atau gossip kaum keluarga.. mahupun gossip artis Malaysia.. hehe… tah cam mana tertimbul soal ‘berkawan’ dgn laki orang…

Mak pesan.. sebolehnya elakkan la ‘berkawan’ dengan laki orang.. macam mana kta boleh tergamak nak amik dia cari isteri dia yang sedia ada… tak mungkin satu hari nanti kita pun kena camtu… bak kata omputeh… what goes round comes around.. yer kot camtuh bunyiknya.. dan mak kata lagi…walau dia duda pun if dia cerai hidup kalau boleh pun elakkan.. mak kata lagi… punyalah ramai orang bujang kat luar tu… (aku nak jer nyampuk kat sini… mak.. org2 bujang kat luar tu ramai dah jadi gay/nyah…)

Jangan direbutkan hak orang.. mahupun dia tu berstatus TUNANGAN orang…

**ingin ditegaskan disini… ini adalah PESANAN MAK AKU – PN ASMAH…

**jangan sesapa nak meroyan tak tentu pasal plak kang siap nak ugut2 aku/ nak putus2 sahabat dengan aku/ nak tuduh2 aku bebukan /mahupun menuduh orang2 keliing aku menjaja cerita…DAN silalah bawak ke mahkamah sekiranya blog ini boleh sabitkan kesalahan aku terhadap ENGKAU yang nama TIDAK PERNAH disebutkan disini.. KAO SAPER? ARTIS TERKENAL? QARIAH KEBANGSAAN? MODEL ANTARABANGSA? WIRAWATI NEGARA? OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN? Ada aku kesah?

Balik kepada cerita ‘BERKAWAN DENGAN SUAMI ORANG’ kalau ikutkan aku.. berborak dengan mak aku kang terbabas plak nak senaraikan kekawan yang ‘berkawan’ dengan suami orang..matilah terkejut orang tua tu kang… seriusnya ramai..

Dan kata aku pada mak aku “takpelah mak.. sorang-sorang pun ok jer nih.. tak kacau rumahtangga @MASJID orang lain kan..belum masanya InsyaAllah belum pernah dalam hati ni nak ambik hak orang ”

Dan perbualan tu panjang sebenarnya.. nak jer aku tulis kat sini..

Tapi aku malas nak dapat sms layang yang bakal memnuhkan inbox aku…walaupun nama ORANG TU tak pernah pun tertulis dalam blog aku.. PM pun tak larat la nk hantar SMS laying kat sume orang yang dia RASA tulis pasal dia…

No comments: