Thursday, October 1, 2009

misi

misi aku hujung minggu ini..bermula esok :

  1. berjumpa DIDI kawan aizul kat sect 7 shah alam..nak ambik sumpit 8 batang.. nak buat pe la menda alah tu pun aku tatau
  2. kalau apis free ajak g minum kejap sambil menunggu DIDI
  3. singgah ke Bandar Bukit Raja sbb mama si Aimi da belikan barang2 buat kuih dan bermain-main dgn Aimi tu kejap dan juga dgn haiwan2 peliharaan Aimi..
  4. membuat brownie tanpa henti...untuk mama Aimi dan org-kebulur-kuih-raya-di-opis-tak-henti-komplen-aku-tak-bawak-kuih-raya dan aku estimate 4 bekas jer lah aku buat..heheh
  5. buat 2 jenis biskut raya lagi sbb menurut mak aku kuih raya kat rumah dah habis...apalagi monster 2 org kat rumah tuh la habiskan..
  6. nak pegi Indah Pesona.. beli kain..nak marathon buat baju kurung.. tetiba aku teringin nak pakai baju kurung sahaja ke ofis..(adakah tanda2 aku akan dpt keje gomen? huhuhu amin..)
  7. perghh.. cuma ada 60 jam.. mampukah aku melakukannya.. yakin boleh... sbb aku rasa aku tanak buat keje2 rumah lain.. hanya baking & sewing... washing, sweeping, arranging dan ing..ing.. lain dlm rumah tu harus la aku kerahkan tenaga monster2 orang tu...lagipun aku dpt rasakan aktiviti aku akan sedikit terganggu dgn kehadiran tetamu nak beraya...

YEAY..EXCITEDNYA AKU!!!

No comments: