Tuesday, March 15, 2011

Rumah sendiri

"Barangsiapa yg melakukan solat sunat sehari semalam sebanyak 12 rakaat, maka dibangunkan rumah untuknya dalam syurga.
Empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat sesudah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh" ~ sabda Rasullullah SAW (Riwayat al-Tirmizi)



aku sedar kemampuan aku belum cukup nak memiliki rumah sendiri sebagaimana rakan2 sebaya yang lain ...
aku sedar aku hanya mampu tumpang rumah mak ayah aku je.
aku sedar aku hanya mampu sewa bilik je bukanlah sewa rumah.

aku terima ini ketentuan hidup aku hingga saat ini....

tapi hadis ni buat aku tenang kerana kehidupan hakiki adalah di akhirat...dunia hanya sementara...
alangkah bahagianya kalau aku dapat melakukan "pelaburan 12rakaat" untuk mendapatkan sebuah rumah di akhirat....

semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah dalam mengumpul "pelaburan akhirat" ini...



****bukan aku nk berlagak dgn apa yg aku baca.... tapi aku rasa berkongsi sesuatu yg bermanfaat adalah lebih baik kannn.... SHARING IS CARING

No comments: