Jam tepat pukul 10malam aku dah depan tv kat rumah..
Filem tu hanyalah berdurasi 1jam 30minit..
Apahal aku nk skema2 ni..
Entri ni ada spoiler yer.. Sila jangan baca kalau nak menikmati setiap adegan dalam filem tu..
Aku? Takde penghayatan langsung!!
Kalau dah tengok dalam suasana Hari Keluarga Taman Asuhan Kanak-Kanak kan..
Nak susu! Nak nenen! Mama laparrr, papa nak tido.. Mak kakakk cubit adik....
Perghhh bahagia aku tau...
Keluarga happening sangat di dalam wayang..
Wa confirm nak repeat..
Ermm citer ni memang ada sedihnya.. Kalau peminat tegar dan setia confirm meleleh airmata..
Harapan yg berkecai bila Nur gugur setelah sekian lama menanti..
Bagaimana adam berdoa 'ambil apa saje kecuali Nur' selepas jumpa Nur terbaring selepas letupan keretapi..
Apabila adam berada di ambang maut akibat kecederaan lama.. Dan pada masa yang sama nur mengandung..
'Nur belum sedia bang' ' tapi abang dah bersedia' dan doa adam ' ambik apa saja kecuali nur' diulang-ulang..
Sedih Nur kena carik rezeki tuk perubatan Adam dgn perut boyot.. Adam memang dah sakit tenat..
Pastu Iskandar (Jehan Miskin) offer tuk design the best club in KL.. Nur tolak sebab tu HARAM...
Kena perli dgn Iskandar tapi Nur jawab rezeki dia bukan ditentukan oleh Allah, bukan Iskandar...
Ohh lupa awal cerita macam mana aidil mengatasi kesedihan dia setelah isteri dia meninggal..
Anak dia yg nama Ilyas tu mmg pandai main emosi.. Pandai berlakon..
Terbayang2 suasana masa isterinya masih hidup..
Mia Sara jadi Maryam.. Comel cam selalu..
Dia tanya Paksu(Adam) ' sakit banyak ke sakit sikit?'
Adam jawab 'sakit sikit'
Maryam ' nasib baik sakit sikit, kalau sakit banyak nanti meninggal macam umi'
Mamat satu watak remaja bimbingan Adam dan Aidil, alahai muniff isa dah 3 kali aku tgk dia ni mati dalam 2 bulan ni..
Sume mati tragis..
Kena tikam dalam Gemilang
Kena kelar dalam Dilarang Masuk
Kena hayun dengan besi dalam Nurkasih the Movie
Aku suka dia ni berlakon... Tapi apasal asyik mati tragis... Comel gak dia.. Heheheh
Beto Kusyairi berlakon jd ustaz apa tah...
Tapi oleh kerana aku baru menonton cita dan cinta yg dia berlakon sangat urban..
Makanya otak aku tidak boleh digest dia menjadi ustaz yg tak mau bagi ceramah kat bebudak 'liar', tidak menutup aurat serta kumpulan yanhg bercampur lelaki dan perempuan..
Katanya dia tak boleh berceramah kepada kumpulan yg HARAM begitu..
Katanya 'niat tak menghalalkan cara'
Budak Shafie Naswip(betul ke nama dia?) Jadi budak jahat yg membelasah aidil dan membunuh Mamat yg comel itu...
Ayu Raudhah keluar masa scene flashback n scene accident mati depan mata Aidil..
Dannnn...
Jeng jeng jeng...
Siapa Nur, Adam dan Aidil di usia warga emas?
Afida Es, adam aku x kenal, dan Rahim Razali...
Dan Ilyas dewasa adalah Norman Hakim.. Tetiba aku terdengar suara kata 'hish takde pelakon lain ke nak jadi Ilyas'
Wahahahaha
Lupa nak bgtau anak Adam dan Nur nama dia Saif.. Terus terbayng cikgu saif dlm gemilang..
Saif dewasa.. Memang ada iras bapak dia...
Saif dewasa adalah Zain Ruffedge.. Eh ye kot nama dia tu.. Yg jd hero drama Cinta Antara Kita tu..
Pada aku jalan cerita best.. Flow smooth.. Takde kekeliruan walaupun banyak scene berpatah balik, pastu ke depan balik...
Kalau fans tegar confirm sangat suka...
Aku biasa2 sbb banyak gangguan tadi..
Takleh nk fokus.. Baru nak feel ada org dah feel lapar sambil melalak...
Kut yer pun mak pak excited nak tgk nurkasih sila bertimbangrasa dgn org lain..
Ni siap aku terperanjat ada baby tetiba merangkak kat kaki aku..
Nak jer aku terjah jerit ' woi anak sape nih'
Mak pak dok ujung.. Anak biar merangkak melepasi makcik pakcik dia buat x reti..
Sampai kat aku nasib baik aku x sepak..
Terkejut tu..
Akhir kata.. Aku tulis pun tunggang langgang x ikut turutan maklumla siaran terganggu..
Tu jerlah yg aku ingat buat masa sekarang....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ni bukan spoiler sket2 ni. ni dari mula sampai abis dah cik kak oi.
aku baca laju2 je. taknak tau tapi nak tau...huhu.
aku dah kata.... jangan baca..
sah2 kalau aku ni bercerita detail sangat..... heheheheheh
ehhh aku x citer tau jalan ceritanya...
aku baru cerita watak2 jer...
wahahahaha aku gelak kejam sbb org dlm wayang tu kejam dgn aku...
btw... aku belum citer la bila adam mati.... oppsss ter reveal plak....
Post a Comment