KEK LAPIS CHOC CADBURY
Kek Lapis Choc Cadbury
panas-panas dah potong maka rupa tak semenggah sedikit...
boleh la kan.. lapisannya tuk org yang 1st time buat kek lapis bakar..
jenuh tunggu depan oven.... boleh jadi sauna muka...
Kek Lapis Choc Cadbury
resipi ni dari blog Cik Mat Gebu
nama kat blog beliau Kek Lapis Oreo.
aku tukar ikut apa yang ada kat rumah
BAHAN-BAHANNYA :
500 g mentega
10 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g biskut marie, kisar halus (ni aku guna biskut marie perisa kopi sbb tu je ada kat rumah)
50 g serbuk santan ( aku tukar jadi Horlicks sbb takde serbuk santan)
100 g susu pekat manis
180 g tepung gandum
Biskut oreo secukupnya, dibuang cream ( ni aku guna choc cadbury kecik2 tu)
CARA MEMBUATNYA :
500 g mentega
10 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g biskut marie, kisar halus (ni aku guna biskut marie perisa kopi sbb tu je ada kat rumah)
50 g serbuk santan ( aku tukar jadi Horlicks sbb takde serbuk santan)
100 g susu pekat manis
180 g tepung gandum
Biskut oreo secukupnya, dibuang cream ( ni aku guna choc cadbury kecik2 tu)
CARA MEMBUATNYA :
- Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
- Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (mat guba kaler oren dan hijau, aku guna choc & hijau). Letak 4 camca besar adunan oren, bakar dengan api grill pasa suhu 180C selama 5 kurang lebih minit. Bakar lagi satu lapisan kaler oren hingga masak.
- Selang seli kan dengan warna hijau. Lepas lapisan ke lima boleh disusun biskut oreo tadi. buat hingga siap
Terima kasih CMG sebab resipi ni sedap sangat...
PUDING KIWI
ni plak puding kiwi
puding kiwi yg lemak manis masam... semua ada..
tapi sedap...
ni pun resipi dari blog CMG
aku buat 2 adunan.. maklum saje la bil penghuni rumah mak aku tu ramai... tu belum si aish dah start makan nanti... ;)
Dedua resipi ni aku amik dari blog Cik Mat Gebu
memacam resipi n gambar2 makanan dia cantik... sangat teruja nk jadi rajin camtu.....
** dah publish baru aku perasan dedua makanan ni ada unsur warna hijau.... errmmm minggu depan buat kaler lain la...
kek lapis itu habis dlm masa 2 jam sahaja yer...
***pesanan untuk diri sendiri : tepung HK akan jadikan kek lapis lebih cantik dari guna tepung superfine...
No comments:
Post a Comment