setelah meng google ttg filem ni baru aku tau filem tu tahun 1995.. baru menjejakkan kaki ke sekolah kat pondok tu..
ahad lepas..tah cemana aku boleh plak tengok filem XX RAY ni kat chnl Citra..
pastu keluar je scene ada bangunan batu bata kaler merah tidak bercat tu..terus la tau tu UKM..
tempat yang pernah aku huni selama 4 tahun... erkk lamanya kan..
memula jenuh kepala otak aku nk pikir tu kat bangunan mana..
yang confirm lingkungan pertama..
sebab lingkungan kedua UKM dah bangunan baru...
sume diplaster dan dicat cantik..
berbanding di lingkungan pertama , bangunan di biarkan dlm bentuk batu bata kaler merah tidak dicat sepenuhnya..
bila kau tengok aziz m osman & faizal hussein menuruni bukit hala ke dewan kuliah..
dan bentuk muka bumi tempat dorang berjalan tu mmg sangat familiar..
yerrr... itulah jalan menghala ke DAM, Dewan Anuar Mahmud (atau senior aku panggil DAM (bunyik org putih..= empangan)
dan dalam filem tu mereka menghala ke Bangunan Fizik, Fakulti Sains Fizik dan Gunaan (FSFG) fakulti lama aku dulu..
dan aku yakin dewan kuliah tu dewa kuliah aku dulu gak..
wah mengimbau zaman aku memain tak ingat masa kat Fizik dulu..
belajar tah kemana..
pastu tangga yg masa scene Edika Yusof kena tangkap polis tu..kt bawah dia ada kedai fotostat yg selalu dikunjungi..
tgk tangga2 tu semua... tinggi betul tangga2 hala ke bilik2 kuliah tu...
bukit tu pun..kalau hehari ulang mmg leh menonggekkan punggung...
aku terus sms Miza..cakap pasal lokasi ni..
dia pun perasan gak ..
pastu dia kata "ha..depan DAM nilah kita berdua jatuh masa balik dari kelas malam Kimia"
terus aku tergamam seketika...
ermm aku pernah jatuh depan DAM? huhuh..hilang ingatan sungguh...
tapi memang aku pegi kelas selalu tumpang Miza naik skuter comel kaler hijau dgn plet DAA tu..
hehehe..
cuma setahun aku kat bangunan Fizik sebelum aku lebih suka tengok tikus lari2 dlm lab..atau potong hujung ekor tikus...atau kepak leher katak dan hamster..
masa aku tukar fakulti..alih2 fakulti sume di merge kan...jadilah dia Fakulti Sains dan Teknologi..
sungguh common...
gambar di bawah : masa lepas presentation subjek KOMUNIKASI SAINTIFIK... lokasinya dalam MUZIUM ZOOLOGI... ni pun aku leh lupa aku ada amik pic dlm muzium tuh... huhuh... sungguh over hilang ingatan aku nih...