Friday, October 30, 2009

emo

aku dah kekurangan manusia tuk diajak bercerita..
aku memerlukan perbualan 2 hala la weeeiiiiii


















emo...emo...emo...

Thursday, October 29, 2009

menanti sebuah jawaban

...



















































haish...

jadual esok - Pavilion KL

500 days of summer @ TGV KLCC

semalam aku tengok movie ni dgn kak fid..
romantic comedy..
sebab malas nk tengok cerita heavy2..
apa lagi bila aku cakap nk tengok Lembing Awang pulang ke Dayang... kak fid jegil bijik mata..
hahaha
dia tanya cerita apa tu
aku kata tu cerita sejarah la..
sejarah apa?
sejarah Johor...
oooohhhh.... panjangnya oooo dia kan..

serius cerita ni kelakar
gelak....gelak...gelak.. romantic? errmm ada la...
hero dia adalah budak kecik yg dah besar...heheh mestilah dia dah besar..
dulu aku perasan dia dlm 10 Things I Hate About You....
sekali pandang pun ada rupa Heath Ledger...

tapi cerita ni best... panggung penuh sampai row depan sekali
mmg menghiburkan hatiku...

habis wayang kak fid shop brg2 tuk buat tiramisu..
dia janji nak buatkan tiramisu tuk aku esok...
sedapnya....kannnn
yeay....

hari ni? maybe nak keluar dgn leeza petang nanti..
mari kita window shop...


Wednesday, October 28, 2009

kawan-kawan

errmm...hari ni aku akan pegi tengok wayang dgn kak fid..
dah 2 hari..eh silap 2 malam aku spend time dgn leeza..

hari ni dan jumaat aku jumpa kak fid ..tengok wayang..

dorang berdua jer ada..
yg leh lepak2 dgn aku..
bila dorang tidak bersama boifren mereka...
atau bila dorang diberi kebenaran oleh boifren mereka..

kalau tak..
aku melangut jer depan tv kat kg baru..
tengok je apa yg terhidang kt tv tu..
sbb remote tv biasanya bersama kanak2 rumah tu...

haish...
bila nk tukar rutin nih...



tetiba...










ku ingin........
BERCINTA..

Tuesday, October 27, 2009

awal pagi tadi....

tiba-tiba pagi tadi dalam kul 745 HP aku bunyik
sangatlah pelik lagi ajaib kalau HP aku bunyik pepagi buta.
hanya mak aku jer akan carik...

aku trus punggah beg doraemon aku tuuh
apis call rupanya
mesti ada yg tak kena nih..

angkat2 sahaja... adehla...sayu hati aku ..
dia nangis..
mak dia accident..dalam rumah..gas bocor... kena api..so muka n tangan dia terbakar
1st degree burnt
ada kat hospital...

dia kata dia baru bangun tido..
bangun2 jer trus nangis sbb teringatkan mak dia kat dlm wad...
dia kata kesian mak dia sakit, muka bengkak, tangan pun agak teruk la walau doctor kata biasa...

mestila dia sedih kan..
aku plak pepagi buta mmg blur...walau aku rasa dah bagi yang terbaik tuk pujuk dia..
ha la... dia ada mak dia jer...ayah dia meninggal sejak dia kecik..
mestilah sedih...

aku harap dia ok..
aku nak je g jenguk mak dia... n tengok dia sekali..
dah la dia nk final exam...
tapi aku rasa dia nk jaga mak dia tu...
InsyaAllah ada masa wiken ni aku g jenguk dia jap
dah baper kali dah aku tangguh nak g jumpa dia..

padahal baru je ahad lepas dia call aku ajak jumpa dia kat Shah Alam..
cam excited nak tunjuk kat mana dia tinggal skang...

harap dia tabah...


babysitter

aku kekadang rasa jadi babysitter pun ada gak..
jadi mak-mak pun ada gak
kepada kawan2 aku..

  • sorang aku kena call make sure dia tido awal sbb dia ada meeting awal nun jauh di selatan negeri selangor
  • sorang call aku nangis2...
  • sorang aku kena pastikan dia bangun tido awal sbb semalam dia tido terbabas sampai tak g keje..
aku dah biasa dah sebenarnya
dan dah lama tak lalu keadaan camni....

harap harap semua kawan-kawan aku tu selamar sejahtera hari ini..

Monday, October 26, 2009

sesi fotografi..

tiba-tiba jer dia ni call tanya bila nk buat sesi fotografi sebegini lagi kat tempat ni..
hahahah...
harusla aku gak yg jadi jurugambarnya dgn kamera tak canggih lagi ketinggalan zaman itu..
aku dok tgk iklan Nikon kat tv..
dah model S70 okeh...
aku punya Nikon S1...
uhhuuhhuh..
sangatla tua....


buah hatiku




Friday, October 23, 2009

aku pening

berkali-kali aku tukar layout blog..
buruk juga rupanya..
uhuhhuhuu..
serabut pun ada gak..
banyak benda yang hilang..esp link blog..
nantilah aku masukkan semula..

dan aku keracunan kafein..
da tau takleh nk minum kopi
g gatal beli kopi kedai tu..
sah2 kopi kedia tu pekat gila..

sedap...

camne ni extra energy da..sampai aku sakit kepala..

dan aku da tak larat tukar template..
biarla gini.. ok jer rasanya..
perlu touch sket jer..


apa yang aku dapat semalam




Monday, October 19, 2009

dah dapat

aku da dapat details si peminjam wang aku..
nama penuh, alamat serta no ic dia..
errmm harus aku hantar surat tuntut hutang camni..

apa ekk nama bini dia..
lupa plak...
takut bini sangat kan..
nanti aku hantar surat atas nama ko n bini ko yer..

silala baca surat notis tuntutan hutang aku nanti..

aktiviti hujung minggu


Adunan TOTALLY CHOCOLATE CHOCOLATE CHIP COOKIE dari Nigella







pemandangan dalam oven bagi batch pertama












cookie... sebelum (kanan) dan selepas (kiri)








cookie da masak










batch terakhir








kucing-kucing sedang tido



















cumi dan ciki kebasahan... baru lepas mandi..







nur aisyah, baby yang mak aku jaga... mak dia buat open house.. tumpang sebentar kat rumah aku...dia brumur 4 bulan.. sangat geram dgn pipi dia...




Friday, October 16, 2009

takkanla

takkan la ko nak suh aku amik duit tu sendiri kat KULIM nun..
tau la pintu dapur rumah ko dengan pintu dapur rumah sepupu aku tu saling mengadap...

apa ke gila kos nk ke KULIM lebih mahal dari harga hutang ko plak kang..

aku dah kehabisan ayat nk sms dia..
tak faham2 ke org lain pun ada mulut nk disuapkan makanan..

hidup tgh2 KL ni...parking, minyak, makan ....
janji tinggal janji..

ikut hati panas ni....dah lama kena berlori-lori sumpah seranah ko tuh....

apa nak buat ni

dah 8 hari org gomen dapat gaji....
dan dah 6 hari kata dia transfer ke akaun aku..
ermmm takkan duit tu lenyap dikebas dek bunian plak..
dahsyat bunian leh guna internet..

memula aku hantar sms sopan..
tapi hari ni... lantak ko la kawan ke haper kan...
ko dah la hanya muncul bila ko takde duit..
kekunun comel ingat kat aku la bagai..
kalau tak mengenangkan ko pernah tolong aku..
aku takde maknanya nk tolong kau...

dah 8 sms aku hantar sejak pagi semalm..
eh kali 2 sbb aku hantar kat dedua nombor dia..
still dia buat bodoh..
aku call tak nak angkat..
haruskah aku memerlukan pertolongan peguam tuk mintak hutang...
eh peguam wat per..

ALONG lagi senang kannnn....

pikir2 la sket...agak2 la...ko ingat org single ni tak pakai duit ke?
tak banyak komitmen ker..

nasib ko baik..aku takde no phone BINI ko..
tapi kalau aku nak... no phone ketua jabatan ko pun aku leh dapat...

ko ingat bank tu takde dateline ke..
hutang aku kenalah bayar on time...if not imposed la interest ........


adehla..
aku bagi masa jer nih... masa jumaat kang duit x masuk lagi...
ermm taulah apa langkah seterusnya..
dan jangan nak menyesal plak...sebabnya ko yang buat hal dgn aku....


Thursday, October 15, 2009

tolong habiskan















tolong aku habiskan komik-komik ni dari rak buku aku....

maklumat lanjut silala ke KEDAI KOMIK & NOVEL aku ..

serik

serik aku nak bagi pinjam duit kat orang yang dah kawin ni...

dahlah next gaji gomen hujung bulan Nov............
adessss.....

Wednesday, October 14, 2009

makan-makan

di saat ini berkumandang lagu raya yang dialunkan secara live dgn alat muzik tradisional yang aku tatau namanya apa...
kat Kompleks Antarabangsa ni.. building management buat open house tuk the whole building..
penuh betul n meriah kat tingkat 2 tu..
makanan sume mmg best..

baru je aku plan tadi nk diet kunun..
ha hambek
sate, ketupat palas, nasi himpit, rendang, sagu gula melaka, ABC...
pergghhhh ..
habislah...

very presentable..
clap..clap..clap... tuk Tradewind...

:)

Monday, October 12, 2009

tatkala itu

kau menelefon dgn nada sedih..
mempunyai masalah kewangan dan memerlukan bantuan..
walau hanya sedikit bagi membayar wang yuran nurseri anakmu..
supaya anakmu masih boleh dihantar ke nurseri tu di kala ibu dan bapanya ke kantor..
demi memikirkan si kecil yang tidak mengerti apa2 itu..
aku hulurkan bantuan walau sedikit..
dengan janji akan dipulangkan semula sebelum tarikh 'arahan berdiri' akaun bankku..

di saat tanggal 8 oktober di mana semua kakitangan kerajaan memperolehi wang hasil titik peluh mereka..
aku menitipkan sms mengingatkan semula janji itu..kerna kau dan isteri adalah kakitangan kerajaan...
bukan kejam..tapi aku perlukan wang berada dalam akaun untuk tujuan 'arahan berdiri' pada tarikh 10 oktober
tetapi kau bilang gajimu hanya masuk ke akaun pada 10 hb..
jawabku tidak mengapa... kerna 'arahan berdiri' ku itu bermula malam..
dan dia memberikan aku JANJINYA..

dan hari ini tanggal 12 Oktober...aku semak akaun bank atas talian..
ternyata tiada transaksi kemasukan wang pada 10hb..
cuma yuran 'arahan berdiri' yang dikenakan ke atas aku sebanyak RM2 kerana tiada wang didalamnya..
aku amat marah... TERAMAT MARAH..





wehhhhh takkan bini ko tak bagi ko amik duit gaji gak?
gila per bini ko tuh..
cakap dgn dia.. Syurga di bawah tapak kaki suami..
tapi kalau ko pun tipu aku dgn drama ko pasal bini ko..
aku tatau la nak kata apa..
semoga ko selamat dunia akhirat..

AMIN...


**terpaksa la aku menghantar sms seperti ALONG sekejap lagi...

Friday, October 9, 2009

semalam..





semalam aku pergi menonton ini..kat Pavilion
bersama kak fid..
gelak2...dan gelak lagi..gelak lagi..

ada la part sedih..
a fun movie la..
malas nk elaborate.. g tengok sendiri

dah keluar wayang.. aku nampak sorang mamat ni
sangat familiar..
mmg la familiar... pernah kursus sekali..
kursus 5 hari 5 mlm..termasuk qiamulail sekali..stay up sesama kat corridor hotel siapkan assigment..
pernah pegi butik dia yang selalu menaja photoshoot majalah..

nama dia syed shahrizal tak salah aku.
dia pernah berlakon dalam drama SUTUN2..bukan yga bersiri tu...yg masa SUTUN masuk uni dulu tu..
dia cam x kenal aku..padahal aku da sengih2 pandang dia...
ermm takpela.. dia dah tak ingat kot.. 3 tahun lepas..

tak salah aku label baju dia dulu SSO..
ingat lagi g butik dia tgk baju2 dia..not bad..
errmmm maybe butik pun dah takde..
dgr kabar dah tutup...

errmmmm.....

Wednesday, October 7, 2009

dah tiba
















masih berbungkus..aku koyakkan kotak n envelope dia dah...

















tu dia... EA perfume aku da sampai..6 bulan tak beli dah..


















Elizabeth Arden PRETTY...
nak jadi pretty katanya....
suka..suka...


sesekali teringat I

aku pernah baca.. kat mana aku x sure..
rasanya dlm yahoogroup kekawan yang aku pernah sesekali aktifkan diri dulu..
pasal malu nak peluk cium mak sendiri..
MAK WE takpe plak kan..

apa lah yang nak dimalukan peluk cium mak ayah..
takkan nanti bila dah siap dikapankan masa tu jer baru rasa nk cium pipi mereka...

dan mungkin bila KITA sendiri yang tiba-tiba tidur selamanya..
bila masa lagi nk peluk cium mak ayah..










** kekadang bila nak tido malam kan... aku terdetik..apa jadi kalau aku tak bangun-bangun lagi yer... adehh.. pedih woo fikir... tapi PASRAH....MATI ITU PASTI..

Tuesday, October 6, 2009

rentetan misi separuh berjaya

aku berjaya :
  1. jumpa kawan aizul , DIDI amik barang
  2. pegi Bandar Bukit Raja amik barang kat Miza, mama Aimi
  3. buat brownie tuk mama aimi
  4. buat brownie tuk office
  5. buat Soft Cotton Japanese Cheesecake tuk office
  6. hantar brownie ke rumah Miza, mama Aimi
aku tak berjaya :
  1. jumpa apis..sebab dah lambat
  2. buat biskut raya
  3. buat baju kurung

dan aku juga BERJAYA

melecurkan tangan sendiri akibat excited membuat 4 loyang brownie dan 1 loyang Soft Cotton Japanese Cheesecake... lihat la tanganku..
sudah bertanda tu...

memula kena rasa pedih jer..
dah 2-3 hari nih tu dia..timbul dah tanda disitu...

ermmm...

Monday, October 5, 2009

Friday, October 2, 2009

penyumbang

aku n k fid menjadi penyumbang kepada kutipan juta-juta MOMOK THE MOVIE yang hampeh ...
semalam..

aku rasa RM11 tu kalau beli brg buat brownie lepas gak kan...

Thursday, October 1, 2009

misi

misi aku hujung minggu ini..bermula esok :

  1. berjumpa DIDI kawan aizul kat sect 7 shah alam..nak ambik sumpit 8 batang.. nak buat pe la menda alah tu pun aku tatau
  2. kalau apis free ajak g minum kejap sambil menunggu DIDI
  3. singgah ke Bandar Bukit Raja sbb mama si Aimi da belikan barang2 buat kuih dan bermain-main dgn Aimi tu kejap dan juga dgn haiwan2 peliharaan Aimi..
  4. membuat brownie tanpa henti...untuk mama Aimi dan org-kebulur-kuih-raya-di-opis-tak-henti-komplen-aku-tak-bawak-kuih-raya dan aku estimate 4 bekas jer lah aku buat..heheh
  5. buat 2 jenis biskut raya lagi sbb menurut mak aku kuih raya kat rumah dah habis...apalagi monster 2 org kat rumah tuh la habiskan..
  6. nak pegi Indah Pesona.. beli kain..nak marathon buat baju kurung.. tetiba aku teringin nak pakai baju kurung sahaja ke ofis..(adakah tanda2 aku akan dpt keje gomen? huhuhu amin..)
  7. perghh.. cuma ada 60 jam.. mampukah aku melakukannya.. yakin boleh... sbb aku rasa aku tanak buat keje2 rumah lain.. hanya baking & sewing... washing, sweeping, arranging dan ing..ing.. lain dlm rumah tu harus la aku kerahkan tenaga monster2 orang tu...lagipun aku dpt rasakan aktiviti aku akan sedikit terganggu dgn kehadiran tetamu nak beraya...

YEAY..EXCITEDNYA AKU!!!