Saturday, April 30, 2011

baking, memasak, membakar..

Aku dah lamaaaaaa sangat tak main dgn butter, tepung gula dsb..
Mak aku kata selagi aku tak hbs kemas barang2 yg aku angkut dr kg baru tu..
Jgn nak buat sepah benda lain..

Alaaaa dah belikan set minum petang corak inggeris pun.. Aku takleh gak nk baking2 ni..




Blog aku dah bertukar jadi blog ulasan drama tv plak..


Aku benti baca novel 'itu' separuh jalan.. Sangt menghiris hati..
Tapi aku nak baca habis...
Tapi nnt aku KLMJ tak sudah...

Friday, April 29, 2011

i should always

Say 'sayang awak' but...

I always said 'I hate you!' Or 'benci awak' and he will only laugh..
And said 'that's normal, when will u say sumthing else'







... Ni novel ni punya pasal la.. Bila aku start ckp 'saya sayang awak' dah sgt terlambat...
KLMJ betulll...
Sambil baca novel aku sengeh sorang2.... Sakit!!

Thursday, April 28, 2011

asmara zaliya raziq

Aku nampak raziq ex-bf zaliya.. Ala si nazim othman tu.. Kt klcc..
Tinggi gak dia..


Itu jer laporan siarang langsung dr klcc..
Hahaha..
Kalau asmara yg aku selisih td confirm aku mintak amik pics.. Hehehe

Wednesday, April 27, 2011

Kashaf Imani

Beto Kusyairi(Kashaf) menangis mintak maaf kat mak dia..
TERBAEK!!

Isteriku Zulaikha- TV9

Aku rasa persembahan drama ni smart..
Sayangnya aku tgk dah separuh jalan...

Agak2 ada tak kt tonton.. Errmm esok kena cek ni..

Tuesday, April 26, 2011

Asmara 2 Episod 8

'Akak' - gediknya ko ni Zira...
Meliuk lentuk tu perlu ke? Typical menggoda.. Dengan Melati jer pun..

Yang aunty pun.. Bgtau je lah asmara tu pasal Zira tu anak angkat..
Merepeknya la statement ko Zira suka Asmara sbb tu abang dia..
Yang dia ternampak Zira dok tergesel-gesel dgn Asmara dlm bilik Asmara tu apa??


'Saya suami Melati, Asmara'..
'Zaliya, Bekas isteri saya'.. Err kenapa tak sebut "arwah isteri saya"? Kan lebih lembut dan sedap didengar..
Muka Zaliya boleh tenang bila Asmara sebut camtu...
Nampak Asmara memang tak boleh lupakan Zaliya walaupun Zaliya berlakon dgn bagusnya menjadi 'Suhana'..
(Tapi memanglah pandai berlakon dah dorang ni mmg pelakon)
Aku tatau la realiti... Orang macam Zaliya ni mmg sangat tenang la menghadapi suami yg dia rindddduuuuu sangaattttt dah tu skang jadi suami kawan sendiri plak..
Org jumpa ex-bf or ex-gf pun kekadang leh meroyan...
Asmara memang tidak boleh mengawal emosi bila nampak Suhana..

Aku terpaksa mute scene zira n melati...goli tokak den..

Sedihnyaaaaaa Zaliya terseksa camtu.. Memendam rasa.. Terpaksa jadi org lain semata nak melepas rindu..
Yeayyyyyy Asmara marah Zira.. Len kali tolak jatuh tangga pun bagus gak..
Oit Puan Melati.. Ko yang timbul kan persoalan si Zaliya tu wujud... Sampai pengsan2 bagai kan..
Bila dah si asmara emo terjumpa 'Zaiya' ko plak bengang2... Ishhh rimasnya..

"Walau dia Zaliya sekalipun, saya tak pernah ada perasaan pun pada dia" ERKKK.. Jgnlah asmara oii..
Tapi takpe.. Memahami.. Semata nk bagi Cik Puan Melati tu tak bebel2 kan..

Sahlan.. Sahlan.. Manusia gila harta... Buka gila harta dah ni.. Dah memang obsess+gila+buang tebiat..
Sanggup buat macam2 semata nak harta..
"Takkan la orang mati boleh hidup balik" hambek anak ko menjawab
"Amboi sedapnya menjawab" hahaha reti plak hangin..

Eiiii alahai aku lupa mute scene melati-zira..
Apa ke gila gedik mautnya..
Nak benti belajar nk 'jaga' Melati konon..


Oh Zaliya.. Penuh airmata ..( Eh lagu baru jd background)
Menjeruk rasa, memendam rasa, kecewa, hampa, confirm boleh gila la camtu..
Ada anak pun takleh jumpa.. Ada suami pun dah jd suami kawan sendiri.. Kena berlakon lagi..


Ehhhh sudah2 la zira ni.. Penat la otak aku nak tune yg zira ni watak utama gak..
Ya Tuhan.. Nak keluar balik lauk dlm perut aku.. Dah la aku berlari.. Yer berlari masuk rmh sbb dah pukul 9 masa tu baru balik makan...
So typical marsha dr zaman diari af3 (oppsss terbukak rahsia aku tgk diari af)

"Ada 2 ustazah dlm rumah ni. Tu pasal saya rasa panas" eeiiii sahlan..

Sungguh pedih tengok kemesraan suami sendiri depan mata dgn org lain..
Suami yang amat dirindui..

Takpelah Zaliya.. Walau dorang makan kat restoran.. Main suap-suap fries..
Awak dgn asmara dulu lagi best..suap-suap, Makan sepinggan, sesudu..atas katil lagi..
Tu lebih mesra dan lebih romantik.. (Ni ayat pujuk zaliya ke pujuk aku pun tatau.. Hehe)

Apapun .. Walau episod ni penuh emosi meruntun airmata.. Cam aku pernah kata. Dah xde jiwa dah asmara ni..
Aku tengok sbb nak tau kesinambungan jer..
Watak aku x suka aku leh mutekan.. Aku leh sambung baca majalah..tak macam asmara 1 dulu..
Siap2 nak ngamuk bila adik aku nk tukar channel...
Sparks sudah tiada.. Chemistry, physiscs, biology.. Ke laut..


Asmara mana kata-kata kau ttg zaliya masa ko cakap dgn melati
"Awak, saya dah temui cahaya.. Cahaya yang dapat bawak saya ke syurga..saya akan didik dia menjadi isteri yang baik" - episod 10 asmara1




Errmmm mari sambung ke drama Ayu Suraya plak...
Nasib x bertindih..

Thursday, April 21, 2011

hantar wakil


"kahar, mana mak ayah awak?" - Cikgu Asmah
"dorang takde cikgu,dorang hantar wakil" - Kahar
"mana wakilnya" - Cikgu Asmah

"SAYA" - Kahar

hahahaha
mamat berlakon sebagai Kahar ni kelakar comel...

aku tengah revisit..hahaha tonton semula drama gemilang kat web tonton.
mengisi masa lapang sebelum berhenti...

Asmara 2 Episod 7



selepas aku bertenang baru nk komen2..
ni pun sebab aku dah berjaya tengok keseluruhan episod kat tonton..
hati dan perasaan aku hanya tengok suku jer dari episod kali ini..
sbb aku dah tak kuasa layan sahlan, zira, aunty, fikri, nenek asmara dan terutamanya MELATI...

Zaliya@Suhana boleh tegur Melati dgn senyuman paling manis gitu... dan sangat tenang...
"tak, saya Suhana"
cantiknya dia pakai tudung...

"tak.. kan saya dah cakap tadi nama saya suhana"
Melati muka tak puas ati ke muka takut eh sebenarnya tu... hehe

"Awak nak apa sebenarnya ni?" asmara ckp kat Zira... terus aku fast forward.... hahahaha goli tokak den..



"kenapa aku nak ganggu hidup Asmara dengan Melati...
aku dah mati.. aku dah mati..
kenapa aku buat semua ni..
patutnya aku biarkan dorang bahagia,
aku tak boleh ganggu hidup Asmara,
asmara bukan kepunyaan aku lagi,
dah jadi hak Melati..
tapi aku rindukan Asmara
aku rindukan Adam..
aku rindukan dorang berdua..
apa aku nak buat ni"

ohh kasihannya Zaliya... (aku suka flashback itu semua...)
dan diiringi lagu best ni :

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

~ Romance : Ku Ingin Kamu



"KENAPA PAPA TAK BUNUH ZAL TERUS MA...SENANGKAN"
bab ni sedih....air mata tu memang real...
memang gila per bapak dia kurung dia seharian dlm bilik..
kurung dlm rumah takpe lagi..
dalam bilik tu... memang leh jadi gila la...



apahal la scene zira termenung dan berfikir tu nak lama2 sangat... dia tu heroin ke..
ke aku yg tatau sebenarnya heroin tuk drama Asmara 2 ni dah tukar..
patutla aku hanya dapat hayati suku jer episod ni sbb aku ingatkan Zaliya tu heroin...
ohhh gitu rupanya....silalah terima hakikat...


oleh kerana aku bertandang ke forum ada harapan dan sinar bahagia untuk episod 8 minggu depan..
maka aku boleh bertenang ...
dan menunggu dengan sabar hari selasa depan...


**sebetulnya lepas episod 7 ni..semalam aku dah nk call astro dah suh cabut piring astro tu...
tapi setelah membelek pics espisod minggu depan...terus tak jadi..
makanya selepas habis je episod 8 minggu depan...baru aku nak call astro...

hehehehehe...





dannnnn tetiba aku nak g WangsaWalk petang ni lepas keje...
ehh bukan...bukan nk menghayati drama dgn lebih dekat hahaha gila per..
aku nk pi beli skirt cantik kat satu kedai tu..





Senjakala



mak aih keciknya gambor poster ni..
bila tanya gugel dok jumpa buku twilight yg dialihbahasa jadi senjakala..

semalam... aku temankan k fid..
dia yg nak sangat tengok..
aku seperti biasa ..penakut ya amat...

tapi filem ni boleh tau la bila patut tutup muka...hahahahha
pastu aku bukan fokus sangat ceritanya....hahahaha
dah la ujan lebat sangat2 semalam... sejuk plak...asyiklah nk g toilet..

tapi Faezah Elai dlm ni...SEKSI.... serius..
pastu boleh plak, k fid still address dia as wife asmara...
seperti biasa.. k fid dan artis or selebriti malaysia... dia kenal yg dia tgk dlm tonton jer..

pastu k fid leh siap lagi kata "eh ni baju dia pakai dlm asmara 1 kan"
beg tu jugak...

aku yerkan jer..
tapi memang betul..
rantai, gelang tangan, beg, jam putih comel yg aku suka.. semua tu dia pakai dlm drama asmara1..

citer ni buat aku takut g toilet sorang2... hahaha..
semalam jela..hari ni aku dah ok..
penakut tahap apa jer aku nih...

aku ikutkan je movie apa yg k fid nk tengok..
sbb dia da bising2 nnt aku pindah dia takde kawan movie dah..

Tuesday, April 19, 2011

asmara 2 ~ aku dah bosan..

Tiada siaran langsung komen aku hari ini..
Aku baru balik makan sbb aku tengok preview episod kali ni..
Aku malas dan x excited nak tengok..

Lebih ke arah sahlan rebut adam.
Zira goda Asmara.

So preview pun x buat aku excited.. Maka takyah aku tahan lapar menunggu depan tv..
Ni aku sampai2 depan tv.. Scene sahlan jumpa adam.. Dannn scene fikri ckp zira bukan anak kandung mama dia..

Ada aku kesah??



Bila la nak episod ada Asmara-Zaliya...
Dah bosan tunggu ni..



Sepatutnya dah jadi drama Kisah Keluarga Asmara.
Takyah letak Asmara2..

Meleret dan rimas dah ni...
Ada mood esok aku tgk kat tonton...


Aku tukar tgk Dia Atilia... Tetiba scene Shahz Jaszle..
Oklah boleh la buat gembirakan ati..

Monday, April 18, 2011

Clinique




new additional item untuk skin regime aku...
aku rasakan... Kak Intan tu ada pakai guna-guna...
hahaha tipu jerrr..
sebabnya tetiba jer aku nk spend lagi 400++ tuk 2 benda clinique ni tau
2 benda yg dari kiri, no 2 & 3

Laserfocus Treatment tu memang plan nk beli...
Dermawhite tu.. terbeli...
semua ni aku plan bila tabung aku dah penuh baru nk beli..

apahal aku beli hari sabtu lepas..
dah TERBELI... aku termenung...
gila la aku blur secara tiba2 tau..

sampai hari ni aku masih blur takleh pikir apsal aku beli benda yg berharga RM460 ini....
huhuhuhu

memangla tahan 6 bulan.. tapi bukan sekarang nk beli..
tunggu duit tabung...
ayoooo.......

hero kecilku...




dia sudah besar...
maklong tak larat nak dukung lelama..
dan makin becok mulut dia selagi tak tido..
hobi baru adalah.. buat bubbling ala-ala student AF...

dan skang merangkak sangat laju ..
senyap2 je dah ilang masuk mana2 bilik/ dapur tuk carik kucing...

Friday, April 15, 2011

bbm

aku baru terlelap...beberapa minit kot... tetiba berbunyi jer..
aku tgk jam kul 1245... sape plak nih..



21AF471 I baru smp melaka
21AF471 :)
2347225 ??
21AF471 Sorry..
21AF471 Been bz whole day. Fuhh!
21AF471 Masa u bbm td drve ke kl.
21AF471 Neh da balek ke mlk.
21AF471 K?
2347225 Ohhh.. Tot esok melaka cuti..
2347225 Ok.. Faham u bz.. I know u kt kl..
21AF471 Mmg lah cuti.
21AF471 Tp I might ave to go to ofis kot..
21AF471 Keje sikit..
21AF471 Am so tired. Haih :(
2347225 Ok.. Have a good rest.. Nite..
21AF471 U tooo.
21AF471 Napa u bbm td?
21AF471 Anythg dat I can help..?
2347225 I dah lupa.. It's ok.. Tq anyway..
21AF471 Lah pulak..
21AF471 Ermph.
21AF471 Nnt kata I ignorance plak :(
2347225 Serius I dah lupa n lupa the mood.. So it's ok...
2347225 Not to worry...
21AF471 Seeeee
21AF471 Hurmm hurm.
21AF471 Like again.
2347225 I'm good... Are we?
21AF471 Yeah.
21AF471 Always.
21AF471 Tc.. Xoxo
2347225 Ok.. Nite2...


21AF471 APIS
2347225 AKU



kekadang aku konpius gak budak sorang nih...
ikut suka dia la nk muncul tetiba n say sorry...
tapi bila time mmg dia buat hal kaw2 dan secara terang2an.. takde pulak say sorry

ni kes pepagi kul 8 aku bbm dia semalam..serius aku x ingat kenapa...
tapi dia tak reply sampai la BBM dia yg ni..
dah 1245...hari pun dah bertukar hari baru..
mana aku nk ingat apahal n apa mood aku..

tetiba say sorry adalah pelik tuk perangai budak sorang ni..
dan tetiba kata aku akan ckp dia ignorance pun adalah pelik..
sbb aku tak pernah kata dia ignorance..aku hanya ckp dia adalah org "only me"
tapi sebab aku malas nk tanya details... camni je la..

esok lusa jelah aku tanya...

Thursday, April 14, 2011

TIDAK SABAR



aku akan kerja 11 hari je lagi kat sini..
official letter baru keluar hari ni..

tapi dari hari pertama aku hantar surat resign sampai la hari ini..
mencabar betul hari2 aku...
buat aku kekadang melontarkan vokal yg tinggi kepada mereka2 dlm opis nih...
membuatkan aku keluarkan kata2 sindiran kepada mereka..

dan perkataan seperti "belum", "tak sempat", "esoklah" yang aku tak pernah guna kepada engineer dah jadi perkataan2 biasa skang nih...

paksa2 aku sangat kan... ongoing project nk suh aku siapkan cemana...
sah2 aku akan tinggalkan ofc ni...
lainlag pending task aku... yg aku dah siapkan dah sejak 2 minggu lepas...

pening weh bebel2 nih..push2 orang plak...
tadi selamatla kan aku ckp "ada aku kesah?" dah tanya soklan sama 44 kali... sapa tak hangin...


ok kronologi aku dapat kerja baru....

15 March
ada org request nk jd contact aku kat Linked.. dia ni agen pekerjaan... aku approved jer... ok Linked ni adalah ala2 FB tapi lebih ke arah career la..
pastu dia msg aku ckp interested tak ada opening tuk DC(post aku) kat shah alam... aku pun hantar resume sbb aku kan mmg tgh all out tuk carik keje baru... aku hantar lepas lunch... pukul 4 dia call aku..aku ingat nk tanya apa..
rupanya terus interview thru phone..sbb dia base kat spore..
tanya itu ini.. segala... last2 aku tanya comp kat mana..sbb agen takkan bgtau nama comp...
so minah yg ckp english slang filipina ni bgtau comp kat shah alam..siap bg alamat... aku dah nk lompat2 sbb section 26 tu dekat jer dgn rumah mak aku..

balik je ke meja aku..aku pun tanya encik gugel... rupanya comp ni... aku kenal la... separuh dari mereka adalah serpihan dari ofc lama yg pernah bertapak kat sect 26 gak....

makanya dgn pantas aku pun email ana... kawan aku yg keje sana... ramai lagi keje sana tapi aku pilih ana... hehehhe..
ana dgn positif berkata "a'ah ada opening... bagilah resume kita fwdkan kat HR"

aku excited...hehehe

17 March 2011
aku kuar dgn k fid lepas ofc.. pastu aku bgtau comp tu ada opening DC... dia kata laaaaa mesti bos ko si CS tu... pegilah call dia... huhuh aku nk call CS? tah sape2 la aku ni..dulu aku asst DC takde sape ingat aku...hehehehe... pastu aku ckp dgn k fid.. tolong boleh? pastu dia kata...nnt aku call CS... k fid ni satu comp kenal dia...

18 March 2011
pagi2 k fid call bgtau...dia dah bgtau CS pasal aku... so dia kata ok dah..aku dah suh CS amik ko... heheheh dan aku plak cuti half day nk batalkan tuntutan kat JPJ and jumpa si miza tuk certified true copy tuk semua sijil2 aku...
petang..aku sampai rumah... dalam pukul 5 tetiba HR comp tu call aku suh aku dtg tuk interview hari isnin akan datang.... mestilah kena EL...sah2 aku cuti jumaat..pastu nk bgtau opis cemana kan... terperanja aku yg call adalah HR comp...bukan dari agen itu...

21 March 2011
aku pegi comp tu happy2...tp moment aku jejak masuk aku debar melampau ok... apalagi bila candidate sorang lagi ni tetiba tanya aku
A- dari comp mana?
aku - Pro***
A - oh...vendor
aku - tau yer..
A - a'ah sbb i ni client uols.. i ni MMH*
aku - ohhhhh

perggghhh saingan aku adalah DC client tu....
aku sms , ym, bbm semua org sbb aku panik..

pastu aku kena interview dulu...candidate sorang lagi tu tanya aku memacam aku naik rimas...jd salahs atu caranya aku busy sms, ym, bbm

naik je ke atas ..aku nampak ana, diana dan beberapa org yg aku kenal tgh sibuk bekerja kat cubicle dorang...ana je lambai2 aku...

sekali HR person tu tunjuk aku satu bilik... tu diaaaaa CS yg interview aku...interview dgn begitu serius.. hehehe
pastu habis interview dia kata...let's walk... masa turun tangga tetiba dia tukar mood friendly "u're highly recommended, by fid & ana" hahahahahahahhaah kannnnn

pastu dia kata u need to meet my HR manager first..
sementara CS masuk bilik HR manager.. aku dok kat meja menunggu tu balik..dgn candidate yg lagi sorang tu..dan it's my turn untuk tunjukkan muka confident...wahahahaah

masuk bilik HR dia... lagilah very casual interview session... cara dia explain things macam aku telah diterima bekerja... dan aku begitu mengharap rasanya bila ayat2 aku ke arah nk sangat kerja tersebut...

25 March 2011
tadaaaaaa petang dlm pukul berapa tak ingat... si HR manager call aku... dan aku diterima!!!!!!
pergghhhh aku senyum tanpa henti.... gila otot muka takleh tukar ekspresi dah...

28 March 2011
aku hantar surat resign pepagi isnin...
the rest... history...





dan aku tak sabar tunggu tarikh akhir aku bekerja di sini 29 April 2011!!














ni plak gambar aku jumpa dlm paper kosmo hari ini....
aku dilanda demam anuar zain...
makanya segala entry ada yg related dgn anuar zain...
eh aku terjumpa yer..aku bukan mencari....
belum level stalker lagi...hehehe

kereta baru


Peugeot 207, Sedan RM78k++


Chery Tiggo, SUV RM78k++


bukan aku yg nak beli..
k fid..
semalam kan jalan2 kat wangsawalk
ada or buat promo kete..
memacam jenis kete la..
aku dok tgk myvi jer... maklum..sedar diri..

dia tengok dedua kete nih..
aku pun memang berkenan la kat dedua kete nih...
tapi chery tu chinese car... so kfid kurang berkenan..

mmg smart..

bila aku nak ada kete cantik camni..
hahahhahaah...
berangan jer la... atau bila k fid da beli nnt kita rasa tumpang naik jer la yer...

Wednesday, April 13, 2011

one done

Janji dgn kak fid tuk g karaoke lagu-lagu Anuar Zain sbb aku x dpt nak pegi show
Secretary Week Anuar kat JB tu dah tertunai..

Tadi balik keje terus ke Wangsa Walk.. Pegi Superstar Karaoke
Amik sejam je.. Yelah dah senja2 waktu maghrib nk melalak berkaraoke plak.
Kitorang sampai 545.. Amik sejam, ice lemon tea n jagung ..
Total RM24... Murah kan...

Masuk jer apalagi search lagu-lagu anuar jer lah...
Selesa gak lah superstar karaoke tu.. Dgn touch screen..
Banyak gak lagu AZ walau memula macam ragu2 kewujudan lagu dia..

Ada 1 lagu ni aku x ingatlak tajuk apa..
Muda belia betul AZ masa itu..
Siap menari2 lagi yer... Comel...


Ok kami bergembira di wangsa walk dan siap melawat kawasan kejadian dimana Melati pengsan lepas nampak Zaliya..
Melati dan Zaliya adalah watak dlm drama Asmara yer..

Aku terjumpa cd himpunan lagu2 anuar-ellina yer!!!!
Zaman berduet mereka...
Aku akan beli nnt la.. Sbb td takde budget nak beli..
Aku suka la wangsa walk.. Sbb ada byk brg aku nak beli kt situ...
CD-CD anuar zain tuk aku n paus,
Set teko n cawan serta jam dinding besar bercorak vantage tuk mak aku..
Baju dan skirt tuk hari pertama kerja di ofis baru..

Dannnnnnn sesi karaoke lagu2 anuar zain lagi!! Sejam mana cukup!




Sempat ke nak buat semua dlm masa sblm aku pindah ni? Ermmmm....
InsyaAllah sempat..




Dan adakah mimpi indah aku bersambung lagi malam ini? :)

Anuar Zain




ohhh masih terawang-awang dgn suara anuar zain..
fanatik ke? entah... hahahaha

lagu ni antara yg aku suka..
senang kata album latest dia yg ada lagu lelaki ini tu memang suma most favourite aku la..
bayangkan masa beli cd tu... ulang tatau baper puluh kali selama 4 jam perjalanan kl-penang..

dah alang2 buat entry pasal Anuar Zain...
maka dengan ini aku isytiharkan... aku nk buat TABUNG SHOW ANUAR ZAIN..
hahahahhahahah

confirm ramai akan kata aku gila.. byk tabung lain boleh buat..
tabung sambung study ke...tabung beli rumah ke...tabung beli kete baru ke...

oklah camni....
aku teringin SANGAT...SANGAT...SANGAT... nk g show dia dok depan2 stage..
so kalau dia turun stage sampai gak kat meja aku...
haritu duduk pun dah dekat pintu keluar..

abang nuar baru turun stage dah kena serbu..
pastu kena g sampai ke Melaka plak..
kerana harga tiket kat KL mahal tak terjangkau akalku..

kalau aku start simpan sikit2... sehari RM1 ke...cukup la kot sampai ke Secretary's Week tahun depan..
dan aku nak dok palingggggg depannnnn..
boleh tatap muka dia.....

teringin sekali jerrrr...

dulu g Istana Budaya pun tiket 200 duduk nun di atas sana..

semalam k fid call tuk show kat JB minggu depan... hanya tinggal tiket 350 tapi katanya meja depan stage..
aku bukannya gaji 5 angka tetiba leh kuarkan duit byk tu nk g show tu kan..
makanya pendam dlm hati jer la yer..

jenuh gak pujuk k fid sbb aku tak boleh pegi...dia boleh la pegi..
plus aku baru spend g melaka haritu kan..350 tiket sahaja.. tol, minyak, makan... perghhh...

skang aku kena tunaikan janji g karaoke lagu anuar zain sahaja bersama k fid..
secepatnya la...sbb aku pun dah nk pindah n tukar kerja kan..
dan aku juga kena tunaikan janji kat paus belikan dia cd latest anuar zain as token of appreciation sbb dia la aku dapat gak tengok show Anuar tu....



ok...skang kena pegi beli tabung comel dulu... paling2 aku target RM800 menjelang show dia next year....





Tuesday, April 12, 2011

Asmara 2 Episod 6

8.57 - aku baru dok depan tv.. Balik lambat.. Hujan lebat je KL ni jem teruk.. Nasib baik sempat sampai rumah..
9.00 - asmara mula...

Asmara ni very caring.. Selalu jer nampak dia pastikan kepala zaliya or melati tu tak terhantuk kat kereta...
Dan cara pujuk... Huhu.. Lembuttt jer..

Sangattttttt laaaaaaaa bosannnnnn jer scene fikri n aunty...
Dah la fikri ni x layak jadi eksekutif or management level la..
Dia takde karisma....muka sgt kanak2 dan dia ada masalah sebutan yg agak annoying kt telinga aku..
Walau try nak jd agresif tuk menentang asmara, aku x nampak keberkesanan lakonan dia..


Kesian sungguh zaliya.. Kecewa, hancur hati nampak asmara n melati
Aku sangat memahami keadaan dia.. Suami tu.. Masih suami sbb bukan bercerai pun..
Dah tu dgn kawan baik lak...

"Kalau dia tak mati, siapa pulak yang dikuburkan tu?"
Oh asmara.. Silalah pegi kubur n pastikan.

"Zal nampak asmara jugak"
"Zal tak boleh lupa Asmara, Zal tak boleh lupa Adam ma,"

Asmara gi rumah Zaliya mlm2 terus teringat masa kena paksa kawin..
Muka dia nampak sangat dia masih sayang n rindukan Zaliya walau pun teringat kisah DIPAKSA kawin..


" Di US tu takde Adam takde Asmara" heheehehe
Tetiba aku dgr lagu menyesal.. Rupanya ringtone Sahlan...

Laaaaa Osman tu 1 scene jer? Dah meninggal?

Aku cukup rimas la scene2 fikri, aunty, office, apalagi kalau tambah zira..
Menyemak!!!

Alahai Zaliya... Sungguh sedih penderitaan dia.. Aku suka scene flashabck tu... Episod akhir Asmara 1..
Sweeet sangat.. Mestilah Zaliya teringat-ingat...
Pastu ternampak plak Asmara kt luar rumah..
Alahaiiiiii kenapa camtu.. Sungguh sadis terseksa Zaliya ni..
Gara-gara bapak yg konon nak bahagiakan Asmara..
Konon-konon dia yg tentukan hidup dan mati anak dia...

Walaupun sedih.. Air mata mengalir-ngalir... Faezah Elai nampak cantik..

"Macamlah dunia akan kiamat kalau takde Asmara" sungguh kejam bapak si Zaliya ni...



"Zaliya dah jadi sejarah buat saya tak kiralah dia masih hidup atau mati.
" - oitttttttttt kalau ko da tak ingat Zaliya pebenda yg ko nampak bumbung rmh pun teringat dia..
Sejarah konon.. Tgk nanti sape meroyan nampak Zaliya....

Melati oiiii si Zaliya tu pun bini Asmara gak..
Takyah tunggu ko mati pun Zaliya tetap bini no satu si Asmara tu..

RIMASSSSSSS aunty, fikri, zira..... Tolong delete dorang nih...
Memang mengundang penyepak pun si zira nih...

Apsal aku bosannnn gak dgn separuh terakhir episod ni?
Sbb citer pasal office yg merimaskan..
Sbb citer Zira yg x sudah2 nak goda Asmara dgn typical lakonan gedik Marsha...
Sbb citer Sahlan yang menjadi2 psiko n gila hartanya..
Sbb citer nenek Asmara yg paranoid tak tentu pasal walau dah setahun..

Ke aku dah memang takde perasaan "attach" dgn drama ni selain hanya nak menonton Shahz Jaszle dgn Faezah Elai...


Apa pun separuh pertama episod ni best..
Terutama bab flashback scene dari episod 10 Asmara 1 tu....
Dan juga betapa terseksanya Zaliya bila nampak Asmara..
Tapikan apsal aku rasa Asmara makin cold eh.. Tak sampai pun kesayuan dan kesedihan tu...

Shahz penat kot byk sangat job... Tapi cam cold.. Cam tak berapa nak grip..
Watak Zaliya yg lebih meruntun hati....

Ending dgn persoalan camtu tak mengujakan aku tuk tunggu2 episod 7...
Tapi aku TETAP akan MENONTON asmara demi Shahz Jaszle & Faezah Elai....













Sekian laporan siaran langsung dari depan tv ....

stuck in 'meet-mr-president' meeting

Dah lebih 530 presiden ni x habis lagi bebel.. Kt luar ujan sangat lebat.. Sesekali kuar bunyi norway-canada-scotland ni aku sengih x faham.. Hahahaha
Tatau pukul berapa nk hbs..
Dah la malam ni ada asmara..
Kalau aku terlepas... Huhuhu

Kalau lambat sgt kang ada aku blah jer..
Sbb ' I dun care anymore.. Only be here for another couple of weeks'

schumacher & roseberg



ni suratkhabar Melaka Hari Ini yg aku dapat sebagai souvenir masa g Melaka sabtu lepas..
eh aku dapat hari ahad..

ceritanya begini...semua nak ada cerita la kan..
sabtu malam selepas show anuar tu dah kul 1230...sampai hotel pun dah kul 1am
pastu aku saje tukar profle pic BBM aku jadi pic anuar zain..
tup2 ada org menegur plak pic itu di BBM...

si apis la sape lagi kawan bbm aku kan..
terus aku kata aku nk balik KL pepagi ahad...nak breakfast tak?
dia kata ok gak tu... tapi kalau dia boleh bangun pagi... big IF katanya..
aku kata ok.... pastu aku sambung bbm "berhenti berharap" sbb aku tau dah dia takkan bangun pagi....dah banyak kali dah dia buat centu..

pastu dia reply..." eh eh"
pastu aku reply .." i memahami "... "dan sedar diri"

terus tiba2 reply apis ...
"dats harsh"
"ok...kejutkan i @7am ok"
"i'll pick u up"

aku reply "ok"

sebab sebelum2 ni bukan aku tak pernah kejut dia... takde maknanya dia nk bangun if nak dtg jumpa aku.... tapi kalau aku kejut dia tuk dia g keje or nak jumpa org lain dia bangun jer... dah 3 kali da janji breakfast suh aku kejut dia tak sedar...or buat2 tak sedar.... yelah takat nk jumpa aku kan...

dijadikan cerita... sejuk gila bilik itu tak boleh nak tido...takleh nk control plak tu temp dia... makanya aku tido tidak nyenyak..
jam bunyik kul 6 aku baru rasa nk lelap..

pastu aku terkejut sbb phone aku jatuh..
tup2 tengok ada bbm... nasib baik baru 3 minit bbm tu tiba..
apis dah bangun n tgh siap katanya...

terkejut aku...nasib baik dia da bangun..
so kalau dia tgh siap maknanya aku ada dalam 30-45 minit lagi la..







dah otw katanya tiba2...
suh aku jumpa kat esso...
adehhh bukan dia nk amik ke...
pastu aku kata...malas la nk gerak..
dia kata ok.. dia dtg amik..

alih2 dia sampai je..aku masuk kete...
dia kata dekat jelah tempat kita nk breakfast...
u boleh jalan kaki...

aku pun tggu la bila nk sampai tempat breakfast ni..
mmg dekat... tapi kalau jalan kaki 20min kot...
kejam kan ada kawan camni...

so called famous nasi lemak esso kat Tg Keling
oklah ...sedap.. tapi sedap lagi nasi lemak depan opis nih...
hahahaha
org punyalah ramai....

kejap je breakfast pun...
masuk2 kete... nah tuk u n k fid...
hahaha aku pegang paper n terus tanya
"so..page mana"
"page 4,5 dan 11" dia jawab

dia tak bgtau pun ada gambar dia dlm tu...tapi bila dia hulur paper yg takde kena mengena dgn aku... dan suh share dgn k fid... aku terus dpt tangkap sure dia ada dlm paper tu... hahaha soooo transparent la apis nih...

pastu dia citer actually dia ada kuar paper star & NST gak... nasib ko la apis oii ada kawan bukan belek paper bahagian sukan tu segala...

pastu siap bgtau dlm web mercedesgp pun ada... yelah..yelah..aku layankan jer...
bila dah start kete nk gerak dia kata...eh apa kata u jln kaki bakar lemak...
selamat la ko dpt jelingan maut dari aku n bebelan tanpa henti....

sampai hotel... turunkan aku... n bubbye... tu jer..
cam dah selalu jumpa kan..padahal jumpa 2-3 bulan sekali..
tapi dunia tanpa sempadan bbm,ym,fb tu semua buat rasa cam hehari je jumpa..

dan aku rasa...dia bahagia dok kat Melaka...dah tak dengar sangat rungutan hidup kat Melaka...

dan aku? terer dah jln2 kat Melaka.. hahahahaha



tidak dilupakan gambar abang nuar dari majalah free dpt kat melaka....
oh abang nuar..







dan cikgu saif... dlm gemilang malam tadi....
"ko tau berapa lama aku tunggu kau?"
"aku tunggu sampai kauu sendiri sedar sape ruhana" huhuh air mata dia bergenang2.....
"sampai kau percaya aku balik"
"lama aku tunggu ko mar " suara sebak2.... huhuhuhu
minggu depan dah episod akhir..

teringat dulu drama Bio-Nik si Kamal Adli yg pelakon utama & Shahz Jaszle ni supporting dia jer... bestfriend ...
skang terbalik... it's Shahz time...




dan mlm ini... ASMARA..... :D

Monday, April 11, 2011

An Evening with Anuar Zain 2011


his vocal SUPERB!
'Sedetik Lebih' live SUPERB!

masih terawang-awang ni... BEST SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT!!!
Sabtu lepas 9 April 2011, aku dapat menonton show ANUAR ZAIN!
perghh... outstanding, memukau, mencairkan, hebat....

bermula macam ni... pagi tu aku lepak2 kat rumah kg baru konon nak kemas2 sbb aku nak pindah kan..
tetiba tgh aku dok tengok tv drama korea... ada email masuk.. notification FB... dan aku plak rajin nk bukak plak pepagi tu... ada message dari paus..

"ust... kalau awak baca msg ni pls call me urgent. today! bout anuar zain. kita nak call awk tak tau no... phone lama kita rosak."



aku cam haaaaa??? Anuar Zain? URGENT???
terus kelam kelibut call paus....

dia kata husband dia demam tak boleh pegi show anuar zain tu... makanya dia nak aku temankan dia..
tapiiii show itu kat Melaka...
KL-Melaka?? ermmm gila lah aku terlompat-lompat over excited pastu tengok jam dah 945am...

show pukul 8pm...
aku lepak2 lagi... sekali melepak sampai aku lupa... dah kul 12...
kelam kelibut nak explain kat k fid aku nk g tgk anuar zain tanpa dia...

pastu call apis ckp aku nk g melaka..
pastu kemas2 siap2 aku kena balik klang bgtau mak aku dan membasuh baju sebakul..

sampai rumah aku terus cakap dgn mak aku... "mak nak pegi Melaka"
" lagi?" mak aku kata..
pastu aku explain semua.. pastu sbb pasal paus kan..mak aku kenal dia pun lama dah....
so dia cam taklah risau atau banyak tanya...(walau byk gila pertanyaan)
pastu dia ckp " nak pegi melaka dgn kereta tu?"

uwaaaaaaaaaa makkk...kete tu selamat jer... baru nk g Melaka... bukan nk tour msia..
hahahah mak aku risau aku nk drive sesorang dgn kete comel aku ke Melaka..





aku berjaya akhirnya sampai ke Melaka drive sorang dari Klang...
tapi masuk je tol Simpang Ampat... aku blur...
hahahahha..siap berhenti tepi jalan n call apis suh guide tuk pegi Everly Beach Resort...

sbb ni adalah perjalanan tak dirancang makanya mmg la aku blur dan lost..
aku ni kalau nk jejalan aku sure pastikan aku tau direction, print map, lokasi, duit tol segala..aku x pernah redah cenggini..






akhirnya aku berjaya gak sampai dan menonton show Anuar Zain dgn jayanya... di atas ada video yg mati2 aku sangkakan blur or tak clear...rupanya sangat clear!!! kecewa dgn diri sendiri tak rakam bebanyak....
dari video ni nampakkan meja aku nun jauh di hujung tanjung..







terima kasih tak terhingga buat paus... aku dah pasrah dah hari jumaat tu sbb takde sapa nak teman aku g menonton show ini..
inilah namanya rezeki tergolek...





ini adalah pin up dlm majalah URTV 15 April 2011. URTV antara sponsor show tu... so dapat magazine ni dlm goodies bag...










*** semalam puas aku diinterview dek k fid..
pastu jealous dgn aku..
pastu paksa aku ikut dia g JB ...
sbb Anuar ada show lagi satu kat JB..
errrmmmmm sungguh menarik tawaran itu..

Friday, April 8, 2011

Dilarang Masuk




semalam aku menonton filem ini..di Pavilion..
motif sangat tetiap minggu aku menonton filem tempatan...
hahaha.. takpelah sementara aku keje sebelah pavilion ni makanya kita tonton la wayang..
3 minggu dari sekarang aku akan bekerja dia kawasan atau di bandaraya yg tiada panggung wayang...

ok berbalik kepada filem Dilarang Masuk ni..
aku tau cite seram tapi tak amik tau detail..
aku kan x suka citer2 genre seram ni..
k fid beriya ajak aku..siap bawakkan shawl tuk aku tutup muka... hahaha

pelakon hanya 4 org...
azma aizal yusoof ~ aku mmg suka tgk dia ni berlakon
muniff isa ~ aku memang selalu nampak muka dia dlm drama... lates drama gemilang.. baru episod isnin lepas dia kena bunuh
isma hanum ~ dia ni aku pernah tgk sekali berlakon dlm drama ..aku lupa tajuk dia drama hantu2 kat 8tv tu
shiqin kamal ~ haaaaaaaaaaa dia ni yg berlakon Legenda Budak Setan yg versi filem yg kaku cam kayu cam batu bata tu..

oleh kerana k fid dah beli tiket aku tgk jer la..
azma aizal & muniff ni berlakon mmg best la... natural...
2 pompuan tu..errmmm malas nak komen..

jalan cerita? ermmm isu utamanya adalah penjualan organ secara haram..
tapi aku rasa cam byk kena pikir sendiri dan buat kesimpulan sendiri..
ada byk key points..pastu sambung la sendiri buat ayat sendiri hingga faham sendiri..

aku tatau akhir cerita sapa yg hidup sape yg mati..
yg sah2 si bad tu yg mati...
pastu org ramai2 tu ? mangsa2 penjualan organ tu? doktor gila tu? mayat tu sape? salwa & maria? maria & bapak salwa?
kenapa tangan fatia ada luka sampai berdarah?katanya sebab ronnie..
ermm memacam soklan la..















akhir citer... aku pandang k fid... pastu...Hantu Kak Limah lagi takut la...
hahahahahah
lepas ni k fid nk ajak tgk senjakala & penunggu istana..
apahal la kakak aku sorang tu...

Wednesday, April 6, 2011

Asmara 2 Episod 5

senyuman itu...
ha hambek ko melati... terus pengsan...

aku sangat suka scene accident memula tu... pandangan zaliya masa melati tgh drive...
wuiyoooo macam hantu timbul di siang hari....hehehe

dan suka gak bila scene zaliya atas katil dia yg bercadar merah tu..yg dia sedih ingatkan kenangan dgn asmara... close up kat gelang dia yg ada huruf A..for ASMARA...
yer yer je aku speku...

episod semalam... adalah untuk pertama kalinya aku tengok tanpa overexcited...
tapi aku tetapppp tengok..

tolong la buang adik2 tiri asmara tu... takde pekdah dan takde motif disitu..annoying..
dan jugak si aunty yg bosannya itu...

amanjelina tu ok la.. ada gak fungsi aku rasa... nak beli baju GUCCI, PRADA, CHANEL katanya kat wangsa walk...

kalau ku tahu shoot kat wangsawalk... errr takde apa2 la... dulu waktu gila2 kan SO7 aku naik satu lif dgn dorang pun aku buat tatau... tah sape artis tah....

banyak sungguh scene melati.. sampai aku rasa patut tajuk drama ini jadi "ASMARA melayan karenah MELATI"....
comfort melati lepas accident
pujuk melati kat meja makan
pujuk melati kat bilik
tunggu melati balik kelas
amik melati dari kelas

tapi sbb aku tgk tanpa pengharapan yang tinggi makanya aku tengok jugakla..

zaliya.. aduhhh sungguh sedih dan sayu keadaan dia dok terkenang2 tu ..
maunya tidak... itukan suami & anak..
baru nak rasa bahagia.. pastu hilang plak..

aku suka la zaliya main cak-cak n kejar2 dgn melati camtu...walaupun tujuannya hanya nk carik adam.... tak sebut pun nk carik asmara...
melati yg terasa lebih... tu la...




skang tidak sabar episod 6... walau semalam cam slow tp byk flashback scene asmara-zaliya... aku gagahkan diri menatap tv itu...

tak sabar nk tgk asmara jumpa suhana..
camne rupa reaksi muka asmara.....






lambat betul hari selasa nih..











aku tgh buat kira2 ni.. nak pindah..kalau boleh nak suh org astro cabut piring tu hari rabu...yelah bagilah aku tengok asmara dulu...
kalau cabut awal2 kang aku nk tgk asmara celah mana?
nak g rumah makcik sebelah tummpang tgk tv...
tp kalau cabut hari rabu minggu terakhir tu maknanya aku kena angkut lebih byk barang dlm kete comel itu..
makanya..kita kena plan ni apa yg boleh dibawak balik dahulu dan trip terakhir adalah tv, cabinet tv, piring astro, karpet depan tv... hish...byk tu.. belum masuk baju2 minggu itu, toiletries, makeup...

Tuesday, April 5, 2011

Selasa



yer hari ni Selasa...
malam nanti ada ASMARA


poster kat atas ni.. ada kat lorong nak hala LRT KLCC...
sangat besarr..sebesar dinding ..
muka ASMARA sebesar2nya....


dinding satu lagi plak promo tuk mentor...
tapi aku hanya pandang promo ASMARA 2 ni jerla..

hehari pegi balik keje aku akan lalu dinding ni..
sengih sorang2...
wahaha gila la angau....


hahahahhahahahahah....
daripada aku sengih kat bangla2 kang tak memasal mak aku dpt menantu dari oversea plak...

Monday, April 4, 2011

apam polkadot berinti kastard





suka-suka jer aku buat jadi camni kan..
resipi asal aku dapat dari blog kak Hana ni



dia buat sangatttttttttt comelss gitu..
aku buat? errmmm dot dot jadi pebenda tah...
yg penting sedap!! dan simple











En A yg sentap dah tetiba bbm aku... agak dah... sentap tak lama...