Friday, October 31, 2008

don't mess wif me..

u NEVER know what i can do..
beyond what u can think of....

hmm......

Amalan penenang jiwa

Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia bukan ujian semata-mata tetapi juga untuk mendekatkan kita dengan-Nya.

DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.

Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud:'Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah'- surah al-Nisa':8.Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.
Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:

*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).

*Puasa wajib dan puasa sunat.

*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).

*Menunaikan haji.

*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).

*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.

*Bertafakur.

*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.

*Muhasabah diri.

*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.

*Tawaduk' dan sifat qanaah (berpada-pada).

*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.

*Ketahui cara menghindar penyakit hati.

Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.

AMALAN berzikir mendekatkan diri kepada Allah.

Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.
Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:

*Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.

*Latihan untuk mendisiplinkan diri.

*Memupuk sikap sabar.

*Mewujudkan rasa insaf.

*Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.

Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.

Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud '...dan Tuhan kamu berfirman, 'berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'- surah al-Mukmin : 60 dan 'Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian' -surah al-Baqarah: 168

Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:

*Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.
*Mendorong penjelajahan fikiran.
*Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.
*Mendorong untuk celik akal.
*Mewujudkan kesedaran kendiri.
*Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.

Firman Allah yang bermaksud, 'Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia' - surah ali-Imran : 191.

Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.


sumber : KOSMO online

sejak akhir2 ni aku mmg rasa cam tenang je bila baca artikel2 camni.... aku rasa cam amat sedih sebab dah lama sangat x bukak Al Quran. yelah...baca surah2 yg da mmg terhafal tu adala..tapi dlm Quran kan byk lagi surah yg lain.... pastu...entahla... pelik sikit rasa hati aku akhir2 ni...

hmmm...

Thursday, October 30, 2008

kalau..

semalam aku dok dlm tren pastu aku terpikir :

kalau... aku kena ragut dlm tren ni....apa nk buat yer..
kalau... aku kena raba dlm tren ni?
kalau... aku rasa nk pengsan dlm tren?
kalau... aku rasa nk pengsan bila da sampai stesen..
kalau... tiba2 kete yg aku park kat stesen komuter hilang..
kalau... kete aku takleh start kat memana la..
kalau.. kete aku rosak tgh jln..
kalau... aku kena rompak/ragut kat memana..
kalau... aku tetiba rasa takleh drive..di tgh2 jln tah kat mana...

mmg la bleh call sesapa dlm hp aku tu kan..esp mak bapak aku..
tp kekawan...
entah la...aku rasa aku nangis raung2 dulu kot..

aku tulis camni sebab..
sejak akhir2 ni ramai sangat yg malas angkat phone..
malas reply sms...
tp mmgla bab angkat phone mmg da makin kronik...

taula ada komitmen lain..
org kekadang tgh emergency..

hahah kesimpulannya..
carikla kawan reramai yg boleh anda call ms dlm kesusahan..
eh bukan masa susah jer..masa senang pun tau...





**update 31/10/08
kan betul..td ms lunch..kul 12pm...sblm aku kuar...ada mamat buat hal dgn aku...tercalar maruah aku...
aku try call kekawan aku yer...
aku pilih 8 nombor....dan....jeng...jeng..jeng...

KESEMUA 8 NOMBOR TIDAK BERANGKAT!!!!
WTF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


memang aku EMO...sbb aku sgt perlukan sum1 to talk to..
at least dgrla aku nangis jap jer..
huhuhuhu...

aku lunch sesorang...
jln sesorang dgn air mata mengalir di tgh hari yg terik..
di JLN PINANG...

huhuhuhu...
pujuk diri sendiri....
**sehingga sekarang jam 2.16pm..tiada siapa yg sms/return call tanya kenapa call tgh2 hari buta....
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

Tuesday, October 28, 2008

lunch kelam kabut

...kelam kabut aku hari ni..
ni br balik lunch..
bersama...

Aizul & Amirul....
kecoh KLCC sekejap...
semalam da buat kecoh kat OU da...

makan kelam kabut lebih kurang..
sebab dorang sampai lambat..
pastu aku tinggalkan dorang kat KLCC sbb dorang nk tgk wayang..

ada ke patut suh aku off HP..kira2 larik dr opis..
hahahahah...join dorang tgk wayang..

menarik wayang tu..
tp keje aku banyak....sbb jumaat lepas aku EL..

hmmm..
keje....keje....keje.....

Thursday, October 23, 2008

surat kenangan..

Sabtu lepas..aku kemas2 brg aku…(bukan nk pindah mahupun lari dari rumah..)
Tiba2 aku jumpa kotak yg penuh berisi surat….yer..surat…
Aku suka dpt surat dan menulis surat..
Suatu ketika dulu la sebelum emel2 sume wujud..
Belek punya belek…aku gelak sorang…sengih sorang2..
Sedih pun ada gak…trus berfikir ke mana semua org itu pergi..
Sbb ada yg hilang camtu jer..ramai plak tu..

Tiba2 aku ternampak sampul surat ni lain dry g lain..
Er yg lain pun lain gak rupa nya..
Yg ni special…from mesir..
Hmmm..kawan chat zaman MIRC lebih 10thn yg lalu…(yer…usia aku takla muda mana…tp aku awet muda..heheh)
Ada 3pucuk surat (wahhh lama x guna penjodoh bilangan )
Salah satunya ada gambar dia..

Arrrghhhh apsal aku x pasan dia ni comel…hensem..
Putih…tinggi..
Bakal doctor ya!!!!!!!!!!!!!!!!!
Amik medic kat uni apa tah aku lupa plak hr tuh…
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa……………
Ni sume ulam punya pasal…saper suh dia ditakdirkan sekelas dgn aku..
Aku x pandang da org lain..
Walau kawan chat aku yg hensem…
Zaman itu chat masih sgt bayi…kes2 menipu agak jarang2 diperkatakan..
Mamat tu nama dia azwan………DIMANAKAH DIKAU????

Hish gilo apa…tah2 da kawin anak 3-4..hehehe
If dia still single lagi….ada can ni.. (mari berangan…free jer kan..)
Lost contact lepas 3 surat sbb aku da habis matriks…masuk UKM..
Dan pada masa yg sama aku pindah rumah..
Hmmm…………………………….


Sambung berangan jap….hahahhahaha
Kronik aku ni da..

Wednesday, October 22, 2008

kejutan.... kepercayaan

Memula nk cerita..kejutan..
Aku balik lunch dr menara stan chart tadi sorang2 hala masuk UOA
Pastu kt lif Nampak muka familiar..
Aku br nk g tegur dia..
Dia leh jerit dari jauh “akakkkkkkkkkkkkkk….”
Kat pintu yer..org tgh ramai kuar tuk lunch kul 1 lak tu…
Fariza..dak astro batch 16…lama aku x dgr citer dia..
Rapat dgn aku masa kat astro sampai apis panggil aku asfariza..
Hmm last aku jumpa dia…dlm bulan jun rasanya…huhu lama gak la tu..
Minggu lepas ada nurul call tanya pasal dia…tup2 aku jumpa dia..
Dia keje 1st day hr ni kat bangunan ni… call centre gak..hehehhe…
Effy pun akak start keje baru call centre gak building depan plak..
Hmm leh g lunch sesame bebudak ex-batch 16 astro nih..

Pasal kepercayaan..
Aku ada akaun myspace…tp x aktif..
Satu hr ni sorang dak astro request aku..aku approve jer.. si F (lelaki) ni bf kepada kwn aku dak astro gak..
So satu hari si S (girl) ni tanya if dial eh tak guna akaun myspace aku tuk view pics bf dia..sbb dia takde akaun myspace n mls nk create..
Atas dasar membantu plus bukan aktif pun akaun myspace aku tu..aku pun bagi username n password..
Byk kali gak la dia mintak permission sblm access akaun aku tu..
Tiba2 sejak semalam aku dok receive approved request dr org2 yg aku x request pun..
Means dia la yg request dr org2 tu tuk jadi kawan dia dgn menggunakan akaun aku..
GERAM AKU !!
Da tu siap bg komen2 kat page org2 tuh..
Mak aiiiihhh melampau ni..
Komen2 dan statement yg dia letak kat page org2 tu…aku baca …sah2 bukan aku…sah2 bunyik lain…personaliti lain..
Sangatla geram..
It seems cam words dr bf dia jer…ayat2 tu…
Melampau la kan…aku bagi tuk ko..last2 share dgn bf…pastu salah guna..
Terus aku amik keputusan..delete je akaun tu..
Hmm ada la 2-3 org yg aku kenal..lagipun aku ada 8 frens jer…
Dorang pun x aktif..
Tak menyesal pun aku delete….
Aku mls nk sound budak tu…(selebihnya aku sakit hati….)
umur walau baru 22 tp ada otak pikirla kan..
BF dia pun satu..ko nk carik kawan / awek baru guna je akaun sendiri…
Takyah guna org lain punya..
Nilah namanya pecah amanah…salah satu cirri org munafik ( errr… yeke..) huhuhuhuhu

Tuesday, October 21, 2008

aidilfitriku...













they call me mummy..

Dini & Aida




mummy & dini





uncle aiman & aida



aqiel




Monday, October 20, 2008

KERACUNAN II

maaf...

manusia, barang-barang mahupun suasana yg berkaitan dgn "RACUN" itu AMAT aku BENCI buat masa ni..

sesapa yg ada "RACUN" itu...atau berkaitan dgnnya.....
terpaksa la berada dlm 'blacklist' aku sebentar..
tak tau sampai bila...

sila hormat perasaan aku...
sekian terima kasih...

yang benar,
AKU YG KERACUNAN....



p/s : sage jgn tanya...sbb ko da tau...:P

KERACUNAN..

arrgghhhh keracunan ....

Monday, October 13, 2008

apa yg aku bakar....di hari raya

kuih gulung...dlm resipi tulis camtu....

bahan-bahan nk buat brownie

chewy gooey yummy brownie

soft cotton japanese cheesecake

Apa yang ditonton pada hari raya…

  • aku tengok daun ketupat kering… mlm menjelang raya…bukan malam..da pagi rasanya kul 1 am…dan tuk kesekian kalinya…rasanya da 3 kali aku tgk..aku tetap nangis.. kisah mak yg tunggu anak2 dia balik…alih2 mayat anak2 dia yg balik…aku sedih esp bila rusdi ramli nangis…(ahaks..)
  • balik2 filem yg ada fasha sand* tu…bosan.. 9 sept, anak halal, evolusi KLdrift, ish..byk la sampai aku x ingat…balik2 muka dia.. pastu aku perasan baju dlm 9 sept dgn dlm anak halal baju yg sama… hahahahahah…tp serius aku tukar chnl lain pun muka si pasha ni gaks…adeh..
  • Evolusi KL Drfit…. Citer pakai kete hebat2 …laju2… alih2 si shamsul yusof nangis teresak-esak…real sungguh…hilang kemachoan…Nampak cam budak kecik beli aiskrim lari2 pastu aiskrim jatuh ..mak marah takleh beli lagi…wahahahahahaha…..
  • aku add on chnl Syawal 188…hmm 7 filem RM7… mak aku nak..dia nya takde masa nk tgk..aku yg naik jelak nengok hehari citer yg sama…
  • aku tengok citer P Ramlee yg da beratus kali aku tengok…ini yg lebih menghiburkan..
  • apa lagi yg aku tengok? Entah…citer2 sedih yg mengundang air mata la… drama2 raya takde plak yg aku tgk…

Tomorrow can be too late

If you’re in love with somebody,
but that person doesn’t know…
tell her/him.

Maybe today,that person is also in love with you .
And if you don’t say it,
Tomorrow can be too late.

Friday, October 10, 2008

Memandu dengan..

LESEN yang da mati..
hahah aku baru perasan da 4 hari lesen aku mati..
selamber je drive... tapi apa la sangat dr kg jawa ke stesen komuter klang sahaja..
dan ahrusla berebut hr ni di komuter..
huhuhu..benci sungguh naik komuter di hari jumaat..
PENUH SESAK.....

da pesan kt adik aku suh renew sbb mlm ni nk g kenduri nikah sepupu aku..
esoklah bersanding....
tak pasal2 je kang kena tahan...
walau aku yakin tiada roadblock dr klang ke banting..
hmm...

AMAT G**** YER...

huhuhu aku terasa AMAT BERISI...
cam berat sangat...huhuhu..
apakah yg terjadi... aku x makan pun kuih raya...
kontrol gila la makan ketupat nasi himpit..rendang..
makin rasa berat...
hehari berdiri dlm komuter n LRT pastu jln 20minit..
kenapa rasa makin kembang..
melebar jer...
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

nak nangis...

Thursday, October 9, 2008

kenapakah

aku br masuk toilet..biasalah belek muka kat cermin..
apsal br perasan mata aku kecik sebelah nih..
cam x cukup tido mata kanan aku...
huhuh da la mata sepet..hilang terus kang...
huhuhuuuh

Wednesday, October 8, 2008

D'chat

semalam..phone aku ngada2 takleh nk view MMS..
miza anta pic aimi...so aku nk tgk..takleh plak..
since aku mls call ..aku guna je internet..
D'chat ni online cust serv Digi...ala2 chat dgn CSO Digi la...

(3:47:43 pm) Your chat session has started..
(3:47:53 pm) DiGi CS: Hi, welcome to D'Chat. My Name is AMIRUL SUFIE BIN MOHD SALEH. How may I assist you?

(3:47:59 pm) Aswaniza Bt Zakaria: hi..
(3:48:07 pm) Aswaniza Bt Zakaria: i have problem with my MMS..

ha..terpana aku sebentar..
yg jawab chat si Mirul...
hehehe x tau lak dia keje masa tuh..n kebarangkalian tuk dpt dia pun bukannya senang..
lepas je aku chat..maklumla chat formal..
trus mirul call aku..hehehe...


sama gak cam aku call astro hr tuh..
ha punya la beratus CSO yg keje plus ada 3 call centre...
bleh plak "BFF" kesayangan aku yg angkat..
"saya DORRY bercakap.."
terkaku aku sebentar...hahahaha..

memacam kebetulan dlm hidup aku akhir2 nih....

ye ker....

Walau aku patut benci kau..
Walau aku rasa cam nk bakar kau hidup-hidup kerana statement kau tuh..
Walaupun sms kau x lebih 5 patah perkataan..
Walau kau ikut suka hati jer nk reply atau tak sms aku..
Walau kau tak pernah call ataupun nak angkat call aku..
Walau aku jadi sangat marah dan berdendam dengan perangai kau.

TAPI…

Aku amat merindui kau….

Tuesday, October 7, 2008

tak perlu..

kamu...kamu..dan kamu tu juga...
iyer aku bercakap ttg kamu..
kalau rasa malas nk layan luahan rasa aku dlm blog AKU ini..
tak perlu la kiranya melawat yer..
dan tak perlu la kamu...kamu..dan kamu itu panjangkan isu ini ke luar...
aku hargai sokongan moral kamu2...
tapi kalau da keluarkan kata2 berbaur perli yg menjurus kepada menyebabkan aku kecik ati..
hmmm terima kasih aku ucapkan..
semoga kamu-kamu berbahagia...


**doa orang-orang teraniaya makbul...<-- sekadar renungan..

mencari rusuk kiri

aku sibuk mencari pemilik rusuk kiri.....

selasa yg sibuk

aku merinduimu.....

Monday, October 6, 2008

surprise call

Ada 3 unexpected calls..


1st dr Eadie hari raya ke 2..
Pagi2 da call…
Pelik sungguh yer…dia da bersara dari arena menelefon diriku sejak bertahun lamanya..
Ada la dia sms ckp slamat hr raya…
Terperanjat aku nampak nama dia..
Ckp selamat hari raya lebih kurang..aku terus tanya
“kenapa yer en eadie? Call I pagi2 raya ke2…”
Dia kata saje…nk ucap selamat raya…
Buang tebiat per… x pernah buat pun camni…even ms kitorang kuar2 berdua dulu takde plak dia call pepagi raya…hahaha..
Aku layan kan jer… tanya soklan biasa2..sampai aku takde idea…dia lak tkg jwb soklan jer..x tanya apa2 pun..
Kat taiping katanya…mestilah di taiping da kg dia kat situ…apa la mamat nih…lainlah dia kata kat sabah (awek dia org sabah…ke tunang dia….errkkk)
Aku tanya bila nk kawin ni..dia leh dgr..bila nk dtg sini…. Hahah sbb dia jawab..ha mmg I nk g rumah u..minggu depan….wahahaha bising sangat ke pasar kt taiping tuh….
Pastu dedua da blur…dedua pun mengucapkan bubbye…
Hahahaha call yg x sampai 5 minit pun…

2nd dari Shah..raya ke 2 mlm..
Terperanjat gak..ni lagi satu nk tggu dia call..tsunami sekali lagi pun belum tentu dia call…
Tu dia..call aku 50 minit = RM70!!!! Mahal gila celcom nih…
Pastu aku sambung guna Happy baru 45minit = RM0.99
Hahaha sian shah…takpelah duit raya merangkap hadiah birthday bertaun dia x bagi kan..
Since da berbulan x bercerita dgn dia…byk gila kena update dan banyak gakla ‘nasihat’ (caci maki segala….hahaha) dari en shahrul rizan nih…
Dia dok sibuk cerita…. Da ada starbucks kat taiping…hahahaha
Sushiking pun da ada.. kt tpt nama Taiping Central….
Wahhh membangun da Taiping..nk kena gi nih..
memacam la dia citer pasal pembangunan kt Taiping yg buat dia rasa nk pindah dr sana..
dia kata da sibuk taiping ni..x best..
pastu..dia mmg x menghampakan bila sanggup ni layan citer2 aku..
disamping memberi nasihat2 bernas dia...
mmg la bunyik sarcastic shah nih...but nasihat dia berisi..:D
kawan lelaki aku paling best!!! hehehehe

menjadikan 2 panggilan dlm satu hari dari org yg dok kat Taiping....hmmm...

panggilan ke3...hari raya ke 4...dari...Ewan!!!
surprise sungguh..sbb aku tido petang masa tu..peant ooo basuh pinggan org dtg pg tuh..
aku mimpi pasal apis..dia kan kena measles ms raya...
tup2 hp bunyik..aku tgk muka ewan plak kt skrin...
hahahaha.... tanya jln ke Gurney Drive..
apa ke halnya org penang call org s'gor tanya jln ke gurney drive..
borak lebih kurang...aku sambung tido balik..
pastu lepas sejam dia call lagi..
tanya jln ke Queensbay plak...ahaih budak kecik nih..
surprise sbb dia ni pun berkurun x call aku..
bak kata apis...at least dia masih simpan no phone aku..
hahahaha...
sbb aku dok komplen kat apis...dak kecik tu da sombong..
x ingat aku... padahal dedulu rapat gila..leh g holiday sesama (ha..mengungkit lak aku nih..)
da mlm aku lak call dia tanay dia sesat ker...
da balik Perda katanya...g jusco baru yg walking distance je dr rumah dia tu...
beraya di shopping complex plak mamat nih...


jadi begitula raya aku..
dpt panggilan luarbiasa...(kalau duit raya luarbiasa best gak..)
sms luar biasa pun byk gak...tp aku rasa kes fwd reramai..
bukan spesifik tuk aku...

hmm...memacam di hari raya.....

kembali bekerja..

Jumaat lepas aku kembali kerja..
Best gila la drive lalu federal highway…
Sah2 bangun terlambat da masa tu..
Aku gerak dari rumah kul 740am yer..
Toksah harap la leh sampai on time if hari2 biasa bertolak dr klang kul 740…
Aku sampai 815 ms tuh…
Jln clear gila!!!
Parking je la plak probnya..
Aquaria x bukak… kenala park kt sebelah building ni jer..
RM9/sehari… mahal gila!!!
Sunyi sepi je opis..4 org je keje..

Lunch pun x sesak..KLCC lengang…
Wahhhh kena tggu setahun lagi br leh jumpa keadaan camni..
Balik pun sangatla clearnya jln raya…
Ada la kereta kat jln..tp aku rasa sume tgh jejalan beraya kot..
Aku jer yg g kerja…hahahaha

Balik aku singgah Tesco..membeli brg2 nk buat kek..
Memacam kek aku buat raya nih..
Tp yg paling mendapat pujian..
Japan soft cotton cheesecake & brownies..
Siap mintak resipi..

Tetiba aku cam takde mood lak..
Jap lagi sambung ekk….

Friday, October 3, 2008

LIMA tau...

hehehe..
aku turun 5kg sepanjang bulan puasa...
walau aku pun x pasti turun kat mana..
jumpa leeza sehari sebelum raya..
kaatnya aku nampak turun tang pipi...
alahai habis pipi tembamku ini...

kena teruskan ni..guna pengangkutan awam..
walau berdiri sejam lebih di dlm komuter akan ku gagahi jua.....

satu hari di hari raya

ni citer 2 tahun lepas.... berhari raya di Hospital...
Hospital Banting tepatnya...





seperti biasa setiap tahun tanpa gagal... rumah nenek akan buat kenduri mlm raya..
kenduri org takbir dr rumah ke rumah..
biasanya rumah nenek rumah yg ke 3..
dan seperti biasa gak..aku akan sampai rumah nenek menjelang petang...
sama ada aku masih kerja di hari itu..atau aku kena buat keje kt rumah sendiri dulu..
atau aku kena naik bas rebut2 dgn bangla , indon, nepal ke banting..
tu kes ms belum ada kete..adik beradik 5 org mana cukup naik kete beb..
sebagai yg sulung aku bawak diri naik bas sesorang...baru feel balik kg...hehehe..





dijadikan cerita ..tahun 2006... masa tu aku x keje...tp sibuk kt rumah..
tlg masak2 kemas2 kt rumah mak..
dlm kul 2ptg... mak dpt call nenek masuk hospital... menjelang raya..(esok raya..)
bergegas tinggalkan rendang ketupat atas kuali...tutup2 apa yg patut..
rembat baju raya masuk beg plastik (yer beg plastik...) x sempat gosok..
kot2 la kena beraya terus x sempat balik..
bergegas la kami ke hospital banting...mak da meleleh air mata..





sampai je hospital...tu dia kat emergency...tempat menunggu tuh...
penuh pakcik makcik n sepupu2 aku..
yg tinggal kat rumah pak ngah aku sorang jaga rendang, ketupat atas dapur..
takleh masuk reramai...ikut turn...last2 dpt gak jumpa nenek aku dlm emergency room tuh..
paras gula naik mendadak..nenek pengsan dlm bilik air..
lama gak kitorang kt emergency tuh... siap buat lawak sesama sepupu...maklum jumpa setahun sekali...byk update...


hampeh betul kan cucu2 nenek aku nih..leh buat lawak n borak sakan kat luar..
dah tu x ingatlak pak ngah kat rumah sesorang..





lepas cam da stabil..kami yg cucu2 ni balik rumah tinggalla pakcik makcik kt spital..
kena teruskan sesi memasak n kemas rumah nenek..
kang mlm kenduri kang takde apa plak nk hidang..
Alhamdulillah....nenek leh kuar dlm kul 5pm..
masa tu memang all out la persediaan nk raya n kenduri...
bukan apa masa tu kot2 tu raya terakhir bersama nenek..


kenduri cam biasa..meriah...n hidang2 byk yg kosong..
maklum rumah ke3..perut dorang masih leh isi bebanyak..





dan seperti biasa...selepas rombongan ke rumah lain..
aku n sepupu2 terjah la dulang2 hidang yg terhidang tu..
makan2 gelak2...sambil tengok tv... pastu tersandar sebentar...
sblm sesi mengemas, basuh pinggan, sapu sampah..
biasanya rombongan dlm 50 org...penuhla rumah.. n penuhla pinggan mangkuk yg perlu dicuci..
seingat aku..seumur hidup aku...aku x pernah amik turn basuh pinggan!!!
hahahaha berjaya kan...sama ada aku akan jadi babysitter tuk sepupu2 yg kecik..
atau aku gulung tikar, sapu sampah....volunteer hantar hidang rumah jiran..


heheheheheheheheheh..





mlm tu jugakla..walau kenduri...adalah masa kami sume tayang baju raya..
baush pinggan sapu sampah segala berbaaju raya yg glamer yer..
mmg da tradisi dari kecik... dan biasanya lepas da kemas segala...
sesi main mercun n bunga api..dedulu meriah la..leh main mercun..
oh sebelum tu...famili aku belah mak mmg kecik jer..(walau ikut size badan xlah kecik pun)..
mmg rapat la..
dan 2006 semuanya balik rumah nenek..takde yg tinggal rasanya..





biasala bila round kg..dlm kul 1am gakla br habis segala rumah...
mak suh aku tinggal rumah nenek..kebiasaaannya aku sekeluarga akan balik mlm tu gak ke rumah kami....
bukan keluarga aku je...hampir seuma kecuali keluarga pak ngah...
sbb kami yg lain dok dekat2 je...pak ngah je dok penang..
kami bersalam-salaman mlm tu da akan hala ke rumah memasing..





tp mlm tu mak suh aku dok situ..
kot2 ada apa2 kt nenek kan...sbb dia nampak x sihat..
dlm kul 2 lebih gak baru tido...di ceruk dinding bilik..
ramai sgt mlm tu..
tetiba kul 5 aku dgr suara riuh...
aik selama nih kul 6 lebih br nk riuh..
aku bangun...


rupanya nenek sakit lagi...





aku da nangis masa ni tgk nenek sakit2 camtu..
dia cam sakit sangat..
siap bagi pesanan kat sume yg ada kt situ...badan nenek sejuk sangat..berpeluh2 plak tu..
aku mmg nangis tahap x ingat da..
especially bila nenek pesan kat sume org...
bila turn aku pun siap pesan memacam...sayu weh...kul 5am..
dia kata dia nk pegi da sangat..lagi la sume org sangat sedih..


nk hantar g spital dia tanak..dia kata dia mmg da nk pegi da..
call makcik2 aku..aku call mak aku...kelam kabut aku ckp masa tu suh mak aku balik..


"mak..balik sekarang....baliks ekarang jugak..." lebih kurang la ayat aku pagi subuh tuh..





x lama ucu aku sampai... dia pun da nangis2 nih..pastu aciklak...pastu paklong...last sekali mak aku...sbb famili aku kt klang..
pakcu n sepupu aku kaur dok carik kot2 ada klinik yg bukak nk bwk dtg rumah..


nenek tanak g spital...
kitorang kt rumah..da baca yassin..aku x sure aku baca betul ke tak..
x lama lepas tu da start azan subuh...pastu aku dgr bunyi takbir..tpkan org takbir lepas subuh ke? aku konpius...
masa tu la aku rasa amat sayu....amat sedih...





x lama lepas tu pakcu n sepupu aku balik..
dgn sorang doktor...MELAYU yer..
hensem lak tu..(hampeh kan..leh lagi..di saat kritikal..)
dgn rupa x siap aku kan..baju tido lagi nih..
dia pun cek nenek aku..dia kata nenek kena heart attack..kena hantar g spital..
dia ckp dgn nenek..kena g spital gak nih..
dia call ambulans..





dlm kul 7am..ambulans sampai...kt kaw kg..peapgi org keliling da bangun..
sayup dgr suara takbir... org ramai gak kecoh tgk ambulan di pagi syawal 1427 tu kat rumah nenek aku..
nenek dibawa ke spital..
makcik2 pakcik2 sume pegi..tinggal kami sepupu2 tuk uruskan rumah..





kami sume pun kemas2 rumah..
apa yg patut..hidang kuih raya..siapkan rumahseadanya jer..
pastu siapkan bekal tuk makcik pakcik yg ke hospital..
sambil tu sepupu yg g carik klnik tu pun bercerita..


dorang hampir putus asa sbb takde klinik 24jam yga da doktor..
pelik kan...kllinik 24jam tapi doktor takde..





masa dorang nk buat U turn nk balik...ternampak satu klinik ni..
masih bukak... Klinik Adib...
x sangka ada doktor kt situ..
dia pun sanggup dtg di pagi syawal...
yg dtg tu Dr Adib yg hensem...hehehe


bukan aku sorang je kata hensem...
hampir sume sepupu pompuan aku perasan dia hensem..
hensem...baik hati lak tuh..sempat lagikan kitorang nih...





dlm kul 930..aku bersiap2 dgn 2 org sepupu aku..
nk ke hospital..hantar bekal makan tuk makcik pakcik..
since dorang pun x bersiap ke spital kan..
aku amik turn dgn sorang sepupu aku nama linda..
jaga nenek...wad tu kosong sangat2..
nenek je yg ada..
kata nurse.. ramai mintak balik tuk raya..
jadinya wad itu kami yg punya..





aku dgn linda borak2 dgn nenek walau dia takleh borak..
pastu kebetulan depan katil nenek tu ada tv...nganga tgk tv1..
sbb x jumpa remote...n tv tu tergantung..camne nk manually tukar channel..
sehingga dlm kul3 turn sepupu lain plak...kitorang nk balik tido..yelah x tido kan..
pastu 630 aku g plak lagi ke spital...
masa nih penuh da wad..





satu kejadian...depan katil nenek dlm kul 330 ada sorang nenek ni masuk..
kena asma attack..
ms aku sampai kul 630..katil dia penuh dgn sanak saudara...cucu semua..
x sampai 15 min..aku dgr org nangis meraung...
neenk tu meninggal kul 645..


aku jadi amat sedih...
bukan aku jer..sume dlm wad tu...





nenek aku sempat beraya dgn kitorang tahun tu..
tapi 2007....nenek da takde..
dia pergi pada 30 ogos 2007..

Al Fatihah buat Allahyarham Ramlah bt Sagi





2 kali raya ni aku teringat jer peristiwa raya di hospital ni...