Thursday, July 30, 2009

KEBETULAN III

Rabu… pagi semalam aku pegi keje dalam hujan lebat gak la..

Sbbnya ikut hati nak drive..tapi apakan daya keretaku mati.. hehehe… maka redah sajer hujan itu dgn paying… dengan skirtnya…air hujan laju mengalir..dgn driver yang x reti bahasa org tgh jalan ko main langgar jer air bertakung kan..

Sampai ofis tepat kul 8am.. pastu seperti biasa YM.. roommate sekolah ku itu..free class cancel seminggu sbb H1N1…borak punya borak rupanya dia kenal sepupu aku. Sepupu aku keje petronas, wife dia lab asst kt UKM KL.. rupanya wife dia lab asst kawan aku ni.. dan sepupu aku plak kawan kepada suami kawan aku tu.. nieda (roommate sekolah aku) kata dorang agak rapat gak..sbb nama anak no2 dorang sama Aqeef… keciknya dunia ini…

Masa tgh YM.. si miza plak kata nape aku x call org insurans kete aku..

Aku pelik apahal lak nk call.. pastu baru teringat mmg ada auto assist…la..selama 6 tahun ni aku x pernah guna sekalipun… ha..lega aku takyah nk piker sangat sbb aku leh call dia dtg jerk an..takyah merayap jln kaki kt k baru tu carik bengkel..

Balik keje.. aku terus call auto assist tu… tak sampai 10 minit dia sampai..dgn uniform biru n motor oren..a’ah baru aku ingat motor OREN!! Adik tu kata kena tukar bateri,,so dia kena balik ofis amik bateri lak… dalam 15minit lepas tu dia sampai balik n tukar bateri aku..

Masa tgh tukar bateri.. org ofis NAZA.. aku sewa belakang ofis NAZA tu.. baru keluar ofis..ramai la kat jln tuh sbb dorang parking tepi jln instead parking dalam bangunan sendiri yg ada parking spaces semata kerana tanak bayar parking fee…

Jln fi kg baru kan kecik..mostly sehala..maka..kereta kena amik turn tuk jalan..ada satu kereta berhenti sebelaj kereta aku.. mamat tu dok pandang aku..aku x selesa..pastu dia turunkan tingkap n still pandang aku..aku pelik..last2 dia bukak sunglass dia..aku pun…la…KIT…

Dia tanya aku… ko keje sini ke? Aku jawab tak.. aku dok sini.. dia tanya lagi ko keje NAZA? Aku jawab tak lah..kat sana (sambil tunjuk arah KLCC) hehe..pastu kete dah gerak..aku pun angkat tangan jer kat dia..

Errmmm dah bertahun aku tak jumpa si Kit ni.. tak salah lebih 3 tahun.. dan setau aku dia keje kat Bkt Jalil…kat celah jalan kecik kg baru nih la aku nak terjumpa dia…

Dunia aku makin kecik lak sejak dok sini…sat..aku baru teringat.. Ewok pun keje HKL…paus pun..hehhehe

No comments: