Tuesday, September 29, 2009

mari kita PANIK



aku dah dapat AMARAN dari seorang Hamba Allah ni..
makanya...mari kita panikkkkk.....

MATI ITU PASTI..
HIDUP HANYA SEMENTARA...

carilah kebaikan untuk bekalan untuk 'dunia' yang KEKAL itu nanti...

SEMOGA ALLAH SENTIASA MELIMPAHKAN RAHMATNYA kepada ANDA.
AMIN.

Monday, September 28, 2009

Syawal ke 4





blur

setelah begitu lama cuti..
aku blurr..

semua benda..termasuk mengupdate blog..

Thursday, September 17, 2009

ho..ho..ho..balik kampunggggggggggggg

perjalanan aku bermula petang ini pukul 4 petang..

dari KAMPUNG BARU, KL ke KAMPUNG JAWA, KLANG..

yeay...aku balik raya...

di rumah orang lain


semalam aku membuat Biskut Mentega Kacang ini dengan kak fid di rumahnya...

Wednesday, September 16, 2009

sila jauhkan diri

sesapa yg terlibat dlm MLM ke..francais apa ke.. projek apa pun sekali..
kalau jumpa aku nk suruh aku join venture la..melabur ker.. apa2 la perkataan yang sewaktu dengannya..

jawapan aku TAK NAK
alasan aku : MAK AKU TAK BAGI pesan beliau "dah..dah..jgn nak berangan buat bisnesla..MLM la..apa2 yg berkaitan dengannya ...cukup2 la tu.."

nak rasa SENTAP...sukatilah..sentap la ko kat situ..
masa aku susah tah kemana2 kan korang nih..
bila aku dah stabil mula la nak promote itu ini..
bila kau terus terang.... kata aku 'BEING LOUD' plak..


dunia..dunia..

buka puasa 15.09.09




Monday, September 14, 2009

hormatilah

sejak wujudnya blog aku yang lagi satu INI tidak dinafikan email& sms agak banyak.
tak kurang juga panggilan telefon..

tapi aku jadi rimas bila org2 ini call/sms pada waktu2 yang tidak sesuai..
time nak buka puasa..
kul 2-3 pagi...mebi dia tgh sahur..
atau call berkali2 sebab nak tanya tajuk/bil komik..
paling dahsyat..
tanya mana nak beli komik2 ni..
berkali-kali..

dan sejak semalam aku dpt call dari no ini : 01221379** tidak kurang dari sepuluh kali!!!
pagi ini seawal jam 8 dia call lagi.. kul 1134 tadi pun call lagi..bermula jam 11 pagi semalam..
mamat ni pengumpul tegar komik kot..
kalau nk beli komik aku takpelah gak...

ni TIDAK..

nak info pasal komik..silalah guna en GOOGLE..
nak tanya sume kat aku apahal..
aku dah explain dah banyak kali..
komik yang ada tu..cam yang aku senaraikan la..
takkan aku ada magic leh wujudkan komik2 lain yang ko mintak..

nak tanya direction g publisher pun atau nak tanya sama ada stok tua da ke tak..
silalah call publisher itu..
sejak bila aku keje dgn en GOOGLE mahupun puan GOOGLEMAPS?

agak-agakla nak call orang pun.. tengok timing dan pikir dulu soalan tu relevan atau tak....
semak jer... satu pun ko tak beli dari aku...

gi lah kacau org keje kat kaunter pertanyaan tuh..
aku belum bersedia nak jadi KAUNTER PERTANYAAN KOMIK!!!






tambahan baru di rumahku





enam, 6,six




kuih yang berjaya aku buat wiken lepas...

Friday, September 11, 2009

pengalamanku I

Aku terbaca kat dalam blog sape tah tadi masa bloghopping.

Cerita pasal pengalaman dia bersama Customer Service Astro

Dan dari komen box pun..memacam yang keluar

Memegang jawatan Customer Service Officer untuk Astro selama 5 bulan

Buat aku senyum jer baca entry2 dari mana2 blog ttg org2 yang bekerja/menjawab soalan2 pelanggan Astro.

Dengan berjuta pelanggan, masa rehat sehari cuma 30 minit yang dibahagi 3 dan kena ikut turutan (nak kencing ke nak terber ker , nak solat ker..cuma itu peruntukannya)

Kalau tak nanti ganggu performance, call accuracy segala..makanya bonus pun sikit la nanti….tapi itulah tanggungjawab.

Bukti rakaman perbualan bersama customer? Memang sahih ada. Sebab banyak kes memerlukan fail2 ini di buka semula. Atau bila call accuracy bg CSO dipertikaikan…ala macam ko exam pastu tgk dapat markah sket..sure nk tanya kenapa.

Masalah hujan, entahlah..dari skrip yang diberi, signal siaran dihantar melalui satelit yg dinamakan MEASAT. Dan satelit tu jauhhhhh di luar lingkungan bumi… mungkin syed muzaffar pernah berselisih masa makan angin kat angkasa lepas hari tu.. makanya dgn cuaca kita yang selalaunya lembab, diliputi awan.. satelit tu tak sampai… ada banyak halangan nak sampai siaran tu.. jangan la gaduh..cam contoh cust yang aku attend :

Cust : apsal takde siaran kat rumah saya ni, saya kat Gombak

Aku : kawasan encik hujan ke?

Cust : a’ah la hujan, tapi apsal kat putrajya tu dapat

Aku ; putrajaya tak hujan kan encik

Cust : ala sengaja kan korang, mentang-mentang putrajya tu dekat dgn astro.. so org sana dapatla siaran

Aku : bukan encik macam ni sistemnya…….aku explain….

Cust : sudahla.. (tanak dengar aku cakap dah..)

Kelakar tau kekadang melayan customer ni..

Aku start keje bulan puasa, nak berbuka pun ikut turn… lepas jawab call off seminit lari amik air..letak tepi…dgr azan bukan boleh terus berbuka kekadang.. tgh online dgn cust…kalau cust baik dia akan kata minumla dulu..(sangat RARE ok) atau nasib x baik.. tgh azan dari tv cust tp ko tgh dimaki olehnya..atau kekadang gula2 je jd bhn buka..

Bila off day je la dpt melawat bazaar ramadhan nya..tapi masa bulan puasa gak la kami siPAKSA kerja lebih masa… COMPULSORY OT gara2 bil panggilan yang bertambah dan kekurangan staff..

Ada harinya aku akan lari..esok confirm dapat email suruh bagi sebab kenapa lari dari COMPULSORY OT. 5 jam yer OT tu kena buat.. makanya jam bekerja sehari aku adalah 13 jam dgn lunch break sejam yang ikut suka jer pukul baper dia nk bagi dan 30 minit dibahagi 3 itu sajer.. sambil bercakap tanpa henti 13 jam itu di bulan puasa… mencabar sunguh puasa 2007 aku tu..

Banyak betul pengalaman, manis, pahit, masam,masin…yang pahit la banyak…aku yakin lebih 80% call adalah maki hamun/ marah2… mana de sesaja call nk ucap tahniah.. rancangan ASTRO best hari ni..hahahhaha

Aku rasa nak tulis entry2 pasal customer2 yang aku handle masa jd CSO 5 bulan itu..dan hanya sekali jer aku dapat 100% accuracy.. hahaha

Panjang betulkan..tapi kalau aku tulis pengalaman kerja 5 bulan leh buat buku dah..

Maklumlah ni kan MALAYSIA…macam2 perangai yang ada.

berita yang menyakitkan hati

aku nak MC 2 hari ISNIN & SELASA depan..
sape leh tolong? serius urgent!!

berita menyenangkan hati

  • seluar dah longgar
  • blouse pun..(selalu kat rumah suh mak aku tolong zipkan..hr ni senang jer nak zip..)
  • tetiba dapat panggilan dari besfren(or shall i label him as ex-scandal)yang hilang 3 tahun lepas..secara tiba-tiba muncul semula

RM1.60 = sihat

aku nak mula berjalan kaki ke ofis
lepas raya ni.
memula nak buat dari ofis ke rumah dulu
yelah kang pepagi aku dah berpeluh sakan kang..
makanya masa balik la aku buat..
jadinya jimatla tambang monorel sebanyak RM1.60 sehari
kalau dah 20 hari bekerja jimat RM32.00
banyak tu... boleh beli prepaid...
yeay..

menurut gugelmaps nih
perjalanan adalah sejauh 2.7km dengan jangka masa berjalan kaki selama 36 minit
ermmm menarik... sehari aku confirm berjalan sejauh
0.8km (dr rumah ke monorel) + 2.7km (dr ofis ke rumah) = 3.5km
mak aihh jauhnya tu...
boleh ke ni....

kena yakin boleh nih!!

Thursday, September 10, 2009

makanan berbuka aku selasa lepas


hr tu tanak makan bebanyak...dah skang cam rasa rugi lak x makan bebanyak hr tu..
huhuhu

bahan dah ada..bila nak start

yeay bahan buat kuih dah ada..
tu pun mintak leeza belikan..kat gombak..
aku nak ke sana..
minggu ni amat pack ok jadual berbuka aku..
kedai tu lak tutup awal..
aku suka kedai tu sbb barang dia murah sikit..

hr ni buka kat Borneo Baruk Cafe
aku makan lebih kurang n chow la kang..
malas nk lepak lelama..
lgpun esok keje..

tak kuasa aku...

TOTAL BAHAN KUIH AKU - RM47.20

mahal ke murah? entah
yang penting barang-barang dah ada..
balik buat..
jgn buat pekasam dalam peti ais sampai expired..
cam mak n adik aku tetiap tahun buat..


huhuhu..aku kena buat kuih tahun ini kerana pembuat kuih tahunan takde dirumah...
takde sape yang paksa...tp kang aku kena panick attack kang.. feel raya takde..
errmm... cepat la esok kul 4pm..leh aku pecut balik rumah.. terus menggentel kuih-kuih idaman..

tak sangka

semalam.. ada majlis berbuka puasa oleh vendor kat JW Marriot
bebudak comel yang suka panggil aku kakak punya comp la.
dorang pun ada..

bila abang fizi sampai tetiba dia kata "niza pun ada, dengan ana"
huhuhu..
aku tak ingat bila tahun last aku jumpa niza.
ana ada lah aku jumpa raya tahun lepas..

situasi yang amat awkward sebenarnya..
bila da terlalu rapat hingga tak boleh dipisahkan..
dan secara tiba-tiba tragedi berlaku...

ermm..
takde benda yang diborakkan sangat
sbb it's been REALLY REALLY long..
nak catch up pun dah tatau ujung pangkal..

tp sebelum balik niza kata..
nanti bulan okt jemput dtg rumah dia kat seremban

MAJLIS PERKAHWINAN...




Wednesday, September 9, 2009

terima kasih kekawan


komik-komik untuk dijual



MARILAH BERKUNJUNG KE SINI



tak sabar

  • nak balik klang jumaat ni
  • nak buat marathon kuih raya bermula jumaat malam
  • nak g shopping sepasang baju raya
  • nak cuti raya seminggu lebih..(take a break katanya..)

2 minggu berturut-turut


































2 wiken berturut aku spend wiken dgn budak kecik nih..
geram dengan dia..
geram gak dgn kucing2 dia..
sila la tatap muka2 comel dia....



Monday, September 7, 2009

almari kopak, tangan lebam, haus melampau, gatal seluruh badan


almari ni memula elok jer..
gara-gara nak buat inventori..
jahanam rak tu..
RAK BILLY IKEA lagi...
huhuh..
carik duit raya ni..
plus nak clearkan rumah aku...
rak ni kat luar rumah..sebelah rak kasut..
penuh la..

seharian dari lepas sahur aku mengerjakan buku2 n majalah dalam rak ni...







komik & novel untuk dijual













































nilah komik-komik dan novel yang aku nak jual..
tak smepat nk upload satu2.. sume da snap dah...

perjalananku & panik

pagi ini aku mendengar lagu raya sepanjang perjalanan dari klang ke KL..
bukan mp3.. tapi dari radio..terutama radio SURIAFM & Best 104..
tatau la aku ni mmg hardcore fan lagu raya terutama dah tgh2 bulan puasa ni..
eh dah 17 Ramadhan pun..

yg best SuriaFM lagu raya non stop nih..

dah 17 Ramadhan..
dan sebenarnya aku dah panik sejak 15 Ramadhan..
sebabnya..aku takde baju raya...dan satu pun kuih raya belum dibuat kat rumah tu!!
ayarkkk...panik..

beriya jer aku tanak buat/beli baju raya sbb baju buat masa kenduri tu ada lagi ..
baru pakai sekali..
tapi apakan daya..
aku rasa x lengkap nih...
nak gak sekurang-kurangnya sepasang baju raya, tudung raya, kasut raya...

dan kuih raya.. tidak satu pun dibuat lagi..
walau pun aku yg cadagkan pada mak aku takyah buat kuih..
huhuhu..aku dah sangat susah hati nih..
di samping masalah kewangan... maklumla tukang sponsor bahan kuih & langsir raya tahun ni takde..

Alhamdulillah... ada gak yang nak beli komik aku minggu lepas...
makanya semalam aku dah list kan bahan2 nak buat kuih..
dan rasanya jumaat ni aku akan marathon buat kuih raya..
dalam 2-3 jenis cukupla..

aku akan berusaha tuk jual lebih banyak komik ..
sebab aku x sure sama ada gaji akan masuk sebelum raya atau selepas raya..
kot2 la kang budget lari kan...

ermmm susah hati aku la..
rumah cam takde preparation raya...

ni gambar kasut raya aku...hehe..
taklah kasut raya..
tapi kasut2 yg dah 2-3 bulan aku beli..
belum pakai lagi..


Friday, September 4, 2009

hari jumaat yang amat mandom

mejaku yang bersepah..

tuan meja yang takde mood keje...ingat nk beli nasi kerabu jer...