kau menelefon dgn nada sedih..
mempunyai masalah kewangan dan memerlukan bantuan..
walau hanya sedikit bagi membayar wang yuran nurseri anakmu..
supaya anakmu masih boleh dihantar ke nurseri tu di kala ibu dan bapanya ke kantor..
demi memikirkan si kecil yang tidak mengerti apa2 itu..
aku hulurkan bantuan walau sedikit..
dengan janji akan dipulangkan semula sebelum tarikh 'arahan berdiri' akaun bankku..
di saat tanggal 8 oktober di mana semua kakitangan kerajaan memperolehi wang hasil titik peluh mereka..
aku menitipkan sms mengingatkan semula janji itu..kerna kau dan isteri adalah kakitangan kerajaan...
bukan kejam..tapi aku perlukan wang berada dalam akaun untuk tujuan 'arahan berdiri' pada tarikh 10 oktober
tetapi kau bilang gajimu hanya masuk ke akaun pada 10 hb..
jawabku tidak mengapa... kerna 'arahan berdiri' ku itu bermula malam..
dan dia memberikan aku JANJINYA..
dan hari ini tanggal 12 Oktober...aku semak akaun bank atas talian..
ternyata tiada transaksi kemasukan wang pada 10hb..
cuma yuran 'arahan berdiri' yang dikenakan ke atas aku sebanyak RM2 kerana tiada wang didalamnya..
aku amat marah... TERAMAT MARAH..
wehhhhh takkan bini ko tak bagi ko amik duit gaji gak?
gila per bini ko tuh..
cakap dgn dia.. Syurga di bawah tapak kaki suami..
tapi kalau ko pun tipu aku dgn drama ko pasal bini ko..
aku tatau la nak kata apa..
semoga ko selamat dunia akhirat..
AMIN...
**terpaksa la aku menghantar sms seperti ALONG sekejap lagi...