Wednesday, June 2, 2010

kenapa aku TAK NAK

semalam tetiba aku dpt YM..
bebudak zoologi nak buat gathering..
reunion, gathering dan seumpamanya adalah acara-acara yang buat aku berfikir panjang.
bukan menyombong... tapi banyak sebabnya..
aku lebih prefer kalau jumpa 1 to 1 jer..

aku tanya semalam details nk gathering tu..
oh lepak makan2 bersama anak-anak...
aku trus sentap ok... taulah korang ada anak2.. perlu ke objektif dia camtuh...

pada sesetengah orang akan kata "mengada-ngada minah ni...benda camtuh pun nk sentap"
kalau tak pernah berada dalam situasi seseorang...sila fikir sebelum berkata-kata...

aku tatau org lain... tapi bagi seorang perempuan ini yang bakal berusia 31 tahun dlm masa kurang sebulan... benda itu BIG ISSUE!!!!!

katakan aku jadi pergi..
mereka.. berlima...tidak termasuk suami dan anak2..
apakah tajuk utama "pemborakan" itu?


ya... tidak lain dan tidak bukan akan berkisar kepada :

- kisah anak2
- susu, baju, baby food, nursery, baby sitter, breastfeeding
- rumah baru masing2...
- renovation rumah, hiasan rumah, dapur , langsir, bilik tidur
- kerja
- workload, sub ordinates, colleagues, bosses, management meeting, project juta-juta
- holiday
- bersama suami, anak, planning bersama colleagues, team building company, promotion MATTA FAIR, promotion AIR ASIA

AKU?

yer..aku akan duduk diam jadi pemerhati... cam yg SELALU aku lakukan.. nak menyampuk?
AKU TIDAK TERGOLONG mahupun TERLIBAT dalam mana2 isu di atas...

- belum berkahwin
- apa lagi beranak
- boyfriend pun takde
- kerja? masih kontrak...bakal tamat ogos ni tatau sambung ke tidak
- kerani dokumentasi jer ,takde la nk citer bonus 3-4 bulan
- rumah? ada..rumah sewa, rumah mak bapak
- harta? kete kancil 660 yg belum habis bayar lagi
- holiday? nak gi Zoo Negara pun tak mampu

aku tidak merujuk kepada kekawan zoologi sahaja... merujuk kepada semua...
bukan sekali dua aku dpt sms/email/ym rungutan mereka aku tak mau join benda2 yg berkaitan begini... kalau aku explain pun bukan ada yg faham...

lelama aku mati tercekik.. bila aku tertekan dgn situasi..aku akan rasa benda tersangkut kat dada ni.. pastu ada benda yg cucuk...sakit..sangat sakit... cam nk nafas pun susah....

gathering, reunion, lepak ramai2 dgn topik2 cam di atas aku takleh join sebab ...
benda2 tu racun... makan dalam beb...

aku prefer jumpa sorang2...
takde byk mulut..banyak bunyik.. banyak sesi "membanggakan diri" atau sesi "i'm doing good with my life compared to others"


sekian luahan hati aku yg dah tak seberapa ni...
dah kecut tatau tinggal baper persen jer..
selalu sangat kecik ati...

1 comment:

mel said...

understood completely ... ;p

from single woman yg ada bf tp hampes.. persamaan kuadratiknya = say No to reunion/gathering.. huhu