aku baru balik dari menonton filem Cun!
sokong filem melayu beb!
Faezah Elai you rock babe!!! SERIUS.....
dan juga buat pemegang watak Manis...
saya isytiharkan anda berdua PELAKON TERBAIK!!!
Maya sorry i x tengok u sgt walau u adalah heroin filem ini..
ekpresi Kuntom, Manis , Tok Chah mahupun Bedah Tonggek terbaekkkk wokk...
dan juga kawan Bedah Tonggek yg buat superman sambil bwk skuter tu...
satu cerita yg penuh segalanya...manis,pahit,kelakar,sedih,kekeluargaan.....semualah....
bila kelakar aku ketawa sungguh-sungguh,
bila sedih memang mengalir air mata...
tidak rugi tiket wayang menonton lakonan mereka....
Ryan Hidayat & Siti Senjakala.... hahaha amat secocok..
Tom, (faezah elai) dari awal cerita dah best....buat org akan tgk watak dia je
macam dia lak lead...
k fid nmpk faezah elai terus ckp dgn aku "ehhhhh....tu kan isteri Asmara".....
hehe maafkan dia sbb dua taktau perkembangan artis msia aku la tukang duggest drama apa yg dia patut tonton kt tonton.com.my tu....
sila tonton filem yg berunsylurkan kekeluargaan ini yer......
Thursday, March 31, 2011
Unknown, ...dalam botol, I Am Number Four
ni aku tengok semalam...kat Pavilion
walau dah nak habis.. maksudnya slot tayangan takde ... panggung full
citer ni ok walau tak logikkk...dah tu nama pun fiction..hahaha
k fid over jerit & terkejut..
aku pun ada scene yg aku tutup mata...
citer pasal No 4 ni dok pindah randah sbb nak selamat kan diri dari puak Mog yg cuba nak bunuh sisa2 warga Planet Lorien...
ada 9 org yg tercampak ke bumi untuk diselamatkan demi memastikan kesinambungan warga Planet Lorien
setiap sorang budak tu ada penjaganya..
setiap kali pindah...setiap kali tukar identiti...
sorang mati akan timbul 1 scar kat kaki si Number 4 ni..
3 dah mati makanya yg seterusnya dia la...
tetiba aku tatau nk huraikan macam mana..cam ilang ingatan plak tetiba...
tapi movie yang best la..
ha... filem penuh kontroversi ini...
tetiba aku nak tengok plak kan... sbb timing takde citer menarik..last2 aku pilih je beli tiket citer ni...dan dalam hall terbesar itu..hanya ada kurang dari 10 orang..
but... It's a BIG MISTAKE...
sebab ianya citer melayu dannnnnnnnnnnnnnnn aku ada ramai kawan tidak lurus....
makanya.. aku jadi seram dan geli plak...
sbb aku letakkan muka kawan2 aku sebagai ganti kepada watak2 dlm cerita tu...
tak dinafikan jalan cerita agak...AGAK menarik..
tapi aku siap gelak2 ketawa dan bergurau senda dgn kak fid....
si Ruby@Rubidin pompuan tak jadi tu... muka sangat keras dan sangat jantan...
adehh bukan ke makeup artis sangat pandai tuk tukarkan jadi 'wanita' jelita...
dan percakapan dia yg takleh sebut huruf S agak mengganggu disitu...
tangisan?? maaf dik oii... tidak tulus..tidak natural...
si Ghous (ye kot eja camni) adoiiiii kayu balak mana berlakon tah nih..
you're not a gay!!! you're a sex maniac!!
dan ko tak pandai berlakon dik!!!
tetba nk komen lakonan orang padahal aku lakonan dlm kelas masa sekolah pun tak layak...
sbb aku dikelilingi oleh 'orang2 begini'
so aku dah nampak keadaan yg biasa tapi bila depa ni berlakon... haish....
yang aku suka.. mak & pak Ruby jer..
bapak dia kata " kalau dah jalannya salah... mana berkatnya...mana rahmatnya.."
(ayat ni sangat sesuai untuk kawan aku En A...yg baru sentap dgn aku sbb aku cakap dgn dia "win-win situation apa kalau dah berdosa besar")
tapiiiiiiiiiiii filem ini beri impak buruk la kat aku.. aku dah tak sanggup nk bercakap dgn kekawan tidak lurus aku ... apalagi hari sabtu aku telah mentersentapkan En A sbb aku komen gaya hidup dia...
k fid pun seram dah sbb citer ni kan citer melayu..maka dlm otak cam dah tersemat dan terlekat plak.... GELI... KONPIUS...
Ya Allah Ya Tuhanku berilah pentunjuk dan hidayah kepada rakan-rakanku supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Amin.
movie ni plak aku tengok minggu lepas..
pasal mamat ni bangun dari accident tiba2 isteri dia dah tak kenal dia..
dan ada org lain dah amik identiti dia...sebagai suami, lecturer dan pembentang kertas di konvensyen..
so halangan dan cabaran untuk dia carik balik kenapa identiti dia terus hilang..
macam dia ni tak pernah wujud..
dah tu berada jauh di berlin...
sebelum tu..tau k fid ckp dgn kawan kitorang apa...
kawan kitorang tanya citer tu pasal apa...
k fid jawab " pasal lelaki ni accident.. balik rumah dia nampak wife dia dgn org lain"
aku punya gelak sakannnn apa ke halnya jauh bebenor sinopsisnya..
mamat yg hilang identiti ni puaslah nak yakinkan semua org yg ada org curi identiti dia..
rupa2nya... dialah perancang utama.. dia sebenarnya pembunuh upahan...
masa dia accident terhantuk kepala tu dia cam hilang ingatan... makanya ingatan terakhir dia adalah watak yg dia cipta sendiri tuk membunuh seseorang...
kiranya dia ni jahat sebenarnya... tapi dah accident... so dia tak ingat dia jahat...
bila dia accident team dia kenalah buat back up plan..dah dia pun hilang ingatan...
tu yg jadinya wife dia tak kenal dia...sbb tu pun wife ciptaan..
semuanya ciptaan dia sebenarnya...
macam2 pe'el je citer2 yg aku tengok ni..
saje nk tulis komen pasal 3 movie serentak..
sebelum aku ilang ingatan..
hehehehe
Wednesday, March 30, 2011
Asmara 2 Episod 4
tadaaaa.....
entry selepas menonton Asmara malam tadi..
ohh aku tak buat siaran blog langsung dari depan tv kerana iphone takde coverage...
haha tipu.. aku lupa nk reload phone..
"mana stokin saya zal" ~ fav ayat malam tadi...
ha hambek ko melati, cari stokin pun teringat zaliya..
sampai amanjelina pun tersasul panggil ko zaliya...
hahaha aku suka...aku suka..
aku tgk episod semalam tanpa perasaan over2 excited..
tengok cam takde expectation la...
hanya sbb nak sambung episod jer..
pastu segala scena asmara-melati...harus aku concentrate muka asmara jer..
dia kan pandai beremosi... anggap takde muka melati di sebelahnya..
atau patut aku ckp... semua scene ada melati aku tak perasan dia ada.. cuma dgr suara..
cam dgn aman..aku tgk muka aman...dengan abg dia.aku tgk muka abang dia..
fanatik asmara-zaliya menulis dan menonton camni la gayanya..
mlm td aku sedih gak dgn zaliya...
sedar2 cari asmara...carik adam...
sejak lahir mana zaliya pegang adam... dukung adam...anak sendiri tu..
pastu dpt tau plak asmara kawin dgn melati...pastu dia takleh jumpa asmara & adam..
gara-gara bapak zaliya yg kata dia dah mati...
terseksa wooo.....
sangat kesian.....dan sangat kagum dgn zaliya leh tahan diri dari nak carik asmara & adam..
aku sangat suka last scene masa zaliya pandang melati luar klinik..
muka zaliya cam..."ko tau tak ko amik laki & anak aku..skang aku dah ada depan mata ko" cam ala-ala menghantui gitu...
cam mana la perasaan zaliya nampak melati & asmara happy bersama...
wahahaha...
tak sabar episod minggu depan..
tapi tanpa harapan yg amat tinggi la..
** aku mabuk tgk shah jaszle je sebenarnya.... 2 hari berturut dah tengok dia je kat tv... tu pun terlepas nak tgk Dia Atilia... heheh tengok drama semata nak tengok dia..
Tuesday, March 29, 2011
Surau Pavilion
memula carik kedai ni... kedai Canon kat tingkat 5
depan kedai Canon ni kedai BATA
akan nampak signboard ini
memang lorong2 menghala surau ni kecik2 belaka dan lampu ala2 romantik gitu..
tengoklah lorong ini...boleh la buat selisih..
tu dia... pintu surau..
pintu pertama surau wanita..
kalau hala ke dalam lagi baru surau lelaki
entry bergambar...
tetiba rajin..
buat panduan semua..
** maafkan camera 2mp BB aku yg buruk ini...
Beriman kepada Qada dan Qadar
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Huraisy
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan
zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum
arak."

Monday, March 28, 2011
main masak-masak
ni adalah benda yg aku masak2 masa sabtu lepas...
-custard teacake
-puding kiwi
-fruit custard puff
-curry puff
- air nenas
khas tuk tetamu-tetamu aku...
dan inilah tetamu khas aku..
2 org..
dedua tak jumpa since study...
maka reunion kat rumah aku...
hehehehe
sila tgk kenderaan tetamu aku tuh... kagum seh..
dia ajak aku ride... gila tamau aku..
cam bakal tercampak jer..
tunggu aku comel sket baru aku nak naik..
hehehe
pose paksaan
Friday, March 25, 2011
Alhamdulillah
syukur di hari Jumaat yang mulia ini...
aku masih tersenyum sejak setengah jam yg lalu.....
aku masih tersenyum sejak setengah jam yg lalu.....
Thursday, March 24, 2011
ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu
ayat di atas adalah ayat WAJIB cakap untuk mendapatkan rezeki bagi beli sebungkus nasi...bayar hutang...
masa aku keje asterow dulu la...
tak cakap nnt markah kurang..
bila markah kurang kena panggil dgn leader..
ataupun nnt performance kurang...
pastu nnt bonus pun kurang...
sekian terima kasih....
p/s - susah woo hanya nk dptkan gaji sebanyak RM1400.00 masa itu.... tahan telinga saja la....bebudak skang mana main gaji 1k ni... paling kurang demand 3k... kannnnnn
masak, makanan
Di pagi yang hening, ahad lepas....eh ke sabtu...entahla.... hahaha
mak aku kata... buatlah puding mangga tu... ada 2 biji mangga...
aku pun kupas la mangga itu... dan potong2 dah nak masuk blender ni..
alih2 mak aku kata.. cuba potong dadu... letakkan dlm puding tu nanti
uwaaaaa keje remeh mak aku suh buat...
tak baik melawan cakap mak tau...
makanya aku dgn gigihnya potong la dadu... comel2 bersaiz 1cm x 1cm tu ..
tuk dijadikan hiasan dlm puding.... itulah hasilnya dlm gambar di atas
yang lain dah diblend dlm blender...
bahan lain, susu sejat, gula, serbuk agar-agar, sedikit pewarna kuning...
ni adunan dah siap tuang dalam acuan yg kat atas tu...
tetiba banyak plak lagi....
tadaaaaaa.... hahaha tau tak acuan ni dari zaman aku tak sekolah lagi tau..
aku kenal sangat...setiap kali mak aku nak buat agar2...walaupun agar2 kaler merah sirap tu..
nak bagi kitorang teruja... makanya dia letak dalam bekas merah ni....
antik gila....
dan inilah hasilnya....
Puding Mangga Lemak Manis
ni dari acuan merah tu aku letak atas pinggan...
yang acuan biru tu aku bukak2 je dah lompong kena potong...
jadinya takleh nak snap gambar dah siap..
sedap woo bila dah sejuk...
ceh puji diri sendiri...hehehhee
keluarga bahagia
murah rezeki
TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri.
(aku serius tak ingat sumber info ni dari mana, dari web ke... blog ke...atau buku.. sbb aku tulis dlm hp aku... ampun kalau ada yg rasa ni dari sumbernya... terima kasih yer..)
Sabda Rasulullah SAW :
Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya (Riwayat Muslim)
Wednesday, March 23, 2011
Asmara 2 Episod 3
yerrr ini dia entry yg pasti ada pada hari rabu.. hahahaha
apa jadi? AKU MARAH! GERAM! MELUAT! BENCI!
bukan dgn asmara... dengan cerita dia... dengan skrip bengong sungguh nih..
aku tak nampak cerita tentang Asmara dlm drama ni...
meleret2 dan leret dah jadi citer CEMBURU BUTA MELATI...TAMAK HALOBA SAHLAN... GEDIK ADIK TIRI ASMARA... POYO ADIK TIRI LELAKI ASMARA... OVERACTING NENEK ASMARA...
walau semua ada kait mengait dgn ASMARA... bukan ke patutnya rentetan hidup ASMARA yg kecewa pasal hilang Zaliya..pasal nak jaga adam...
cam entry2 sebelum ni yg aku buat secara langsung dari depan tv...
ayat-ayat asmara tuk melati tuh... buat aku nak baling bantal , buku, majalah, handphone kat tv....
"awaklah perempuan pertama dan terakhir buat saya" oit!!! cakap cam K****G!!!
Asmara 1 kata kat Zaliya " awaklah segala-galanya bagi saya"
konpius ke cik puan penulis skrip.. banyak sangat skrip yg ditulis sampai tercampur aduk....
pastu...balik-balik muka melati...balik-balik muka melati....tak pun muka nenek.... eiii bosan tau...
Amanjelina je lah pengubatnya... scene dia je masuk kepala aku... pastu aku tgk cam tgk iklan tv jelah drama ni... iklan pun masuk dlm kepala aku tau...terutama kalau iklan makanan...
baper kurun la aku nk tunggu asmara terjumpa dgn zaliya ni..
bila lagi episod asmara-zaliya ni..
cukup2 la episod melati-nenek-sahlan-adam-adik tiri....
sikit2 dah la...
plot utama dia kan ASMARA....dah tajuk ASMARA....
INI SANGAT MENGECEWAKAN!!!!!!!
penantian 3 bulan tuk tengok ASMARA2.... errrmmmmm......
tulis komplen kat Suhan agak2 dorang kesah tak??
tulis komplen kat Suhan agak2 dorang kesah tak??
Tuesday, March 22, 2011
oit ASMARA!! apahal la ko nih....
Oit Asmara!!!!
Baru 3 episod..
Apa jadi kat ayat-ayat ko pada zaliya kat episod akhir haritu????
Ayat 'betul kata Melati, saya lebih cintakan awak daripada dia'
Hanya kata-kata dusta? Lain plak ko cakap dgn Melati...
Saya amat kecewa dengan awak en ASMARA!!!!
Hingga saat ni hanya amanjelina je pengubat aku nak tengok drama nih....
Luv u la Amanjelina... :)

Friday, March 18, 2011
langgar lari
semalam aku g melawat adik ipar aku..
accident...langgar lari..
dia masuk Gleneagles Ampang
agak teruk gak la..
geram sungguh aku dgn org yg bawak kete tu..
dah langgar pastu lari...
motor dia baru keluar 2 minggu..
kalau tgk motor cam takde apa2..
nampak no plat je patah..
dianya... leher takleh gerak..
tangan kiri retak...
luka kat dahi... kat kaki...
dah tu tido mengiring jer..
ni adik ipar , daddy si aish la... mana aku ada adik ipar lain..
dah tu semalam nk g bilik dia aku termelawat salah bilik..
malu gila...
hahahahahahhaha
semoga dia cepat sembuh ... sian aish dah 2 malam mummy dia takde tuk dodoikan dia..
daddy lak masuk spital..
dan aku..
harini half day... byk urusan..
Utusan Malaysia Online - Berita Utama
Utusan Malaysia Online - Berita Utama
entahla aku tak faham gak..
maklumlah keje pun bukan level2 pegawai..
nak ucap takziah kena masuk usul parlimen ek...
terasa cam katak bawah tempurun lak aku ni...
KUALA LUMPUR 17 Mac – Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi merakamkan ucapan takziah dan simpati yang sangat mendalam kepada kerajaan dan rakyat Jepun yang dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengemukakan usul itu selepas sesi soal jawab berkata, Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas segala bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia terutama penuntut-penuntut yang terjejas oleh malapetaka itu
entahla aku tak faham gak..
maklumlah keje pun bukan level2 pegawai..
nak ucap takziah kena masuk usul parlimen ek...
terasa cam katak bawah tempurun lak aku ni...
Wednesday, March 16, 2011
Asmara 2 Episod 2
komen meraban aku pasal drama nih.
"awak, maafkan saya"
eh asmara baper puluh kali tah nk mintak maaf kat Melati yang cemburu buta tu...
meh aku citer real life story... kisah benar takde tipu2...
aku namakan watak2 benar ni ikut citer Asmara la.
ok kembali kepada ASMARA malam tadi... serius aku TAKKAN tengok kat TONTON dah...cam mana aku dok ulang tengok episod asmara dlm TONTON sebelum2 ni.
episod sakitkan hati.
aku dah kata masa aku komen episod akhir ASMARA 1 kalau ASMARA 2 ni dok citer pasal asmara-melati kirim salam la aku awal2 melangut tunggu depan tv... (haip...jgn kata aku obses sampai lupa kat Kekasih aku yang SATU tu)
kena koyakkan gambar Zaliya, kena bakar baju Zaliya... adehhh tolongla... baru 6 bulan kot.. dah la Zaliya 'pergi' saat2 dorang tgh deep in love...
dan buat muncung kat meja makan adalah tidak comel...
dan encik asmara oiiiii lembut ati tak tentu pasal kenapa tah...
serius scene asmara-melati aku cam rasa lamaaaaaaaaaaaa sangat dan aku cam siap sambung baca buku... hahahaha gila tiada 'kimia' disitu...
pengubat hati aku bila scene amangelina jer...
Melati kata nak kawan lelaki sejati.... aku sengih.. (cam nak apply kat kawan2 aku... korang agak aku dapat tak laharan?hahaha)
amangelina kata " kan dah janji nak jd kawan sampai mati"
terus aku dpt BBM dari kawan 'lelaki sejati' aku yang sorang tu...
terus takd emood nk komen2 pasal episod kali ini..
dok borak hal kitorang..
cam betul ke kitornag nk kawan sampai mati sbb kawan 'lelaki sejati' aku tu nak jadi cam mamat-tangga-IB-yang-seperti-kacang-lupakan-kulit-itu....
aku kata... buatlah sekarang.. senang aku nak adapt dah semua nak berperangai cenggitu...senang aku nak handle dah kurang kawan-kawan cenggini...
eh... ni dah citer lain...
mmg dah meraban ke cerita lain da sbb aku bosan n geram dgn episod asmara semalam..
selalunya aku akan sambung tengok kat tonton..
ni tiada hati nak tengok...
oklah itu saja komen meraban untuk asmara episod ke2..
yang pasti kalau terus ke arah asmara-melati... confirm ramai fans cabut...
dan fans sure2 la geram yer sbb sokongan dorang yg over2 tu yg wujudkan asmara 2 ...tapi kalau dah sambung takde nak amik kira kemahuan penonton... BIG BUBBYE la kot kan....
**kredit pics dari En Romi Forum CARI

'asmara' duda anak sorang dan nama sebenar anak dia pun memang 'adam'. tapi 'zaliya' dlm kisah aku ni memang betul la dah meninggal dunia. pada hari nikah 'asmara' &'melati' citer aku ni, aku g rumah 'asmara' nak amik barang tuk 'melati'....
aku masuk pintu je... tu dia... kat dinding ruang tamu... gambar2 kawin & gambar2 konvo 'asmara' & 'zaliya' masih kat dinding tau..
padahal 'melati' akan dok rumah tu esok lusanya.. dalam kes 'asmara' citer aku ni, 'zaliya' dia dah meninggal 3 tahun. takde la plak si 'melati' ni suh pi bakar ke buang ke gambar2 yg ada kat dinding tu. lagipun orang dah takde.
ok kembali kepada ASMARA malam tadi... serius aku TAKKAN tengok kat TONTON dah...cam mana aku dok ulang tengok episod asmara dlm TONTON sebelum2 ni.
episod sakitkan hati.
aku dah kata masa aku komen episod akhir ASMARA 1 kalau ASMARA 2 ni dok citer pasal asmara-melati kirim salam la aku awal2 melangut tunggu depan tv... (haip...jgn kata aku obses sampai lupa kat Kekasih aku yang SATU tu)
kena koyakkan gambar Zaliya, kena bakar baju Zaliya... adehhh tolongla... baru 6 bulan kot.. dah la Zaliya 'pergi' saat2 dorang tgh deep in love...
dan buat muncung kat meja makan adalah tidak comel...
dan encik asmara oiiiii lembut ati tak tentu pasal kenapa tah...
serius scene asmara-melati aku cam rasa lamaaaaaaaaaaaa sangat dan aku cam siap sambung baca buku... hahahaha gila tiada 'kimia' disitu...
pengubat hati aku bila scene amangelina jer...
Melati kata nak kawan lelaki sejati.... aku sengih.. (cam nak apply kat kawan2 aku... korang agak aku dapat tak laharan?hahaha)
amangelina kata " kan dah janji nak jd kawan sampai mati"
terus aku dpt BBM dari kawan 'lelaki sejati' aku yang sorang tu...
terus takd emood nk komen2 pasal episod kali ini..
dok borak hal kitorang..
cam betul ke kitornag nk kawan sampai mati sbb kawan 'lelaki sejati' aku tu nak jadi cam mamat-tangga-IB-yang-seperti-kacang-lupakan-kulit-itu....
aku kata... buatlah sekarang.. senang aku nak adapt dah semua nak berperangai cenggitu...senang aku nak handle dah kurang kawan-kawan cenggini...
eh... ni dah citer lain...
mmg dah meraban ke cerita lain da sbb aku bosan n geram dgn episod asmara semalam..
selalunya aku akan sambung tengok kat tonton..
ni tiada hati nak tengok...
oklah itu saja komen meraban untuk asmara episod ke2..
yang pasti kalau terus ke arah asmara-melati... confirm ramai fans cabut...
dan fans sure2 la geram yer sbb sokongan dorang yg over2 tu yg wujudkan asmara 2 ...tapi kalau dah sambung takde nak amik kira kemahuan penonton... BIG BUBBYE la kot kan....
**kredit pics dari En Romi Forum CARI
Tuesday, March 15, 2011
Rumah sendiri
"Barangsiapa yg melakukan solat sunat sehari semalam sebanyak 12 rakaat, maka dibangunkan rumah untuknya dalam syurga.
Empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat sesudah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh" ~ sabda Rasullullah SAW (Riwayat al-Tirmizi)
aku sedar kemampuan aku belum cukup nak memiliki rumah sendiri sebagaimana rakan2 sebaya yang lain ...
aku sedar aku hanya mampu tumpang rumah mak ayah aku je.
aku sedar aku hanya mampu sewa bilik je bukanlah sewa rumah.
aku terima ini ketentuan hidup aku hingga saat ini....
tapi hadis ni buat aku tenang kerana kehidupan hakiki adalah di akhirat...dunia hanya sementara...
alangkah bahagianya kalau aku dapat melakukan "pelaburan 12rakaat" untuk mendapatkan sebuah rumah di akhirat....
semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah dalam mengumpul "pelaburan akhirat" ini...
****bukan aku nk berlagak dgn apa yg aku baca.... tapi aku rasa berkongsi sesuatu yg bermanfaat adalah lebih baik kannn.... SHARING IS CARING

alif sim mim alif ra alif
The Curve, 13 March 2011
aku pegi Curve tuk majlis harijadi anak kawan aku.
anak dia Dani dah 3 tahun..maknanya dah 3 tahun gak aku x jumpa dia.
sebab kali akhir aku jumpa anem ni sehari sebelum Dani lahir...
semua org dlm gambar di atas adalah kawan2 aku masa kat UKM..
terutama classmate aku masa kelas zoologi...
semua dlm gambar di atas sudah berkeluarga dan beranak...
seperti biasa g birthday party tu
aku jugak yg sorang2..
tapi aku sangat-sangat happy..
gila bertahun2 aku x jumpa dorang ni..
anem je 3 tahun..
yg lelain tu lebih 5 tahun kot..
lepas habis majlis aku jejalan g MPH..
memang nak carik buku..
aku x jumpa plak bukunya.. tapi dpt la beli buku 2 biji..
tetiba masa aku nk jalan g counter..
aku memang perasan sorang ni..cam familiar...
ha kan dedua hala ke counter sambil memandang sesama sendiri..
pastu dedua... ehhhhh..ha dedua terjerit...
hahaha kelakar ok..
bayar2 siap2...habislah sume soalan keluar tanpa henti..
bukan aku x kenal dia..
tapi dia tgh pregnant 9 bulan! tunggu hari je tu..cuba tgk pic tu..apsal aku rasa aku n dia sama besar!!! uwaaaaaaa.....
dan mmg rezeki aku nak jumpa kot...kalau aku x terpikir nk g singgah MPH dan aku terlamabt sket g bayar memang bukan rezeki nak jumpa la kan...
ni pun sama kes...aku jumpa dia sebelum dia dpt anak yg 1st lagi... skang dah nak masuk 2...
best..best... aku suka.. jumpa dorang..HOT MOMS....
Solat Malam Menggamit Kedamaian
Monday, March 14, 2011
malu
sabda Nabi SAW " sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia.Dia malu terhadap hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi-Nya permintaan itu" ~Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi
Pentingnya doa , menerusinya seseorang hamba Allah mampu menggamit rahmat Allah agar dikurniakan kepadanya.
Oleh yg demikian, sekiranya ada masalah dan keperluan, mohonkanlah kepada Allah.
Memohon kepada Allah yang esa lebih baik dari memohon dan berharap kepada makhluk Allah.
- SOLAT MALAM MENGGAMIT KEDAMAIAN

Thursday, March 10, 2011
document controller
ni adalah keje aku sejak sekian lama..
tapi tolonglah.. IT IS AN EXECUTIVE POSITION..
jgnla ingat aku ni kerani am...kerani dokumentasi...
ada sorang Bro kat linked ni tulis DC selalunya dilabelkan sebagai "clerical, compiler, messenger, packager, librarian...or DO AS YOU ARE TOLD!!!!"
sungguh keji dan kejam!!!!!!!!
aku benci semua fresh grad engineers!!!!!
please equipped yourself with project management flow before becoming a project engineer!!!!!!!!!
bodoh sombong!

Wednesday, March 9, 2011
review
malas nak letak tittle review asmara2...balik2 asmara kan...
takpelah asmara drama seminggu sekali kat tv3 je pun..
bukan drama korea yg aku kena beli dvd dan pening2 hapal dialognya...
pastu gelak kuat2 dari dalam bilik sampai sepanjang Jalan Hj Yahya Sheikh Ahmad tu terkejut dengar suara pontianak dari rumah anak-anak dara di hujung jalan....<-- luahan tidak puas hati...
semalam aku pastikan..aku dah siap masak dinner..siap iron baju kerja..siap baca kitab..err.. buku ...baru aku duduk depan tv aku...diulang tv & astro aku..
tiba-tiba housemate aku sorang ni nyibuk... errmmm aku dahlah nk tengok sorang2 tanpa gangguan sbb dia tak tgk asmara 1 kang confirm byk soal dan tanya...
yer tepat sekali aku takleh fokus menonton dbb dia banyak tanya..
kenapa zaliya jadi camni.. kenapa bapak dia camtu...adam tu sapa..melati tu kenapa...
sib baik aku ni baik tak bagi backhand...
sesekali nak dok sorang2 layan feel pun kecoh...
ok..ok..kembali ke tujuan asal aku nak review ASMARA 2 Episod 1
mula dgn nenek asmara bebel2 kat asmara...
mak aihh nenek dia bebel...hehehehe... berdesing telinga weh..
"adam ni nangis... kan adam kan..adam bukan tgh mengaji"
asmara la plak kan... dok kecewa terbaring kat tangga rumah..
boleh plak air mata dia tetiba meleleh.....ohh....
ehh..detail sangat la plak..
hehehe....
bila muncul melati... tetiba je aku takde mood la nak tgknya...
melati kata datang kerana adam..
tapi dia dtg carik asmara sbb nenek mah suh nasihatkan asmara.
tak pegang pun adam....
MAMA MELATI??? takyah la adam...panggil dia mama...
"saya rasa zaliya dah bawak semua benda pegi dari saya..saya rasa kehilangan...jiwa saya kosong" ~ asmara
tapi lepas tu tiba-tiba plak si asmara buat keputusan nak nikah dgn melati...
tak menyabar sungguh...tak menyempat-nyempat... aku pun x expect dlm episod 1 dah kawin dgn si melati..
bukan dia takleh jaga adam sorang dgn nenek dia jer.
at least gi la keje dulu ke..
uruskan diri tu elok2 ke..
abang si melati tu pun satu annoying..
dah adik ko kata nk kawan je dgn asmara..
tak sudah2 nk paksa gak kawin dgn asmara...
hambek ko nnt bila semua orang tau zaliya tu hidup lagi...
biarlah nak stay as friends dan simpan perasaan dlm hati... aku ok jer...opppsss...
tapi...aku mmg suka la tgk lelaki berbaju melayu lengkap dgn sampin..
handsome!!
tolongla melati punya expression excited nk kawen...OVERRR...
ko tau zaliya dah 'mati' dan tau mmg asmara nk kawen dgn dia pun sbb surat zaliya tu..
sabarlah sket...suh si asmara tu bertenang dulu...settle hal keje..settle hal adam..
ha.. kan asmara terbayang muka zaliya masa nak nikah..
bukan muka melati..
elok je tgn asmara pegang tgn tok kadi tuk nikah..zaliya sedar...
"ALLAH loves you..."
sila bersambung minggu depan
aku sangat terattached plak dgn drama ni...
takpela... aku tak pinjam tv sesapa... atau tak melepak mana2 kedai mamak semata nk tgk drama ni.. atau langsung x siapkan keje or tak pegi keje sbb drama ni...

snek pilihanku..
Laughing Cow Belcube Plain....
aku leh makan non stop...
huhuuh kopak la..
sekotak ni ada 24 cubes kecikkk....sangat kecik... berharga RM13.50
ni plak Laughing Cow Belcube ada 3 flavour : plain, bluecheese, cheddar
ni plak 15 cubes RM9.50
masa ni 1st time beli so aku beli la 3 perisa.. nak rasa mana yg sedap kan..
ha.. ni dia saiz benda ni..
kecik kan.. kurang dari 2cm....
tapi aku sangat suka... poket aku je kurang mengizinkan....
Tuesday, March 8, 2011
Show Anuar Zain
td ada iklan show anuar zain.....
terhegeh-hegeh aku menempek muka kt tv nak tgk detailsnya....
show tuk secretary week yer....
prob besarnya ialah bila aku tgk rega tiketnyaaaaaa....
RM 550.00!!!!
ermmmm kalau mampu harus aku berlakon jd secretary...
tapiiiii angan-angan jela yer.....
alahai abg nuar, bila nak buat konsert yg cam kt IB dulu tu.....

Asmara 2 Episod 1
kenapa kena kawin dgn melati gak nihhhhhhh...
baru 3 bulan zaliya 'mati'
tapi encik asmara.....
penuh emosi...
nangis..nangis..
saya bagi 5* untuk lakonan penuh emosi itu....
penatla type guna phone dgn jari gebu inihhhhh.....
tak sabar nk tgk episod minggu depan....
lambatnya ..
kenapa x buat slot ptg2 ganti drama yg pelakon cam kayu tu....
cehhhh pepandai je aku komen lakonan org....
sudahhhh masa tuk tido....
nnt x terbangun tu kuliah subuh lak ......

kenduri kawin
pakcik-pakcik aku
pakcik & ayah aku
ketibaan pengantin... merah menyala...
dah la tgh hari terik... tapi dedua pengantin mmg putih melepak
yg berbaju melayu hijau belah kiri tu sedara aku... sebenarnya aku tatau pangkat kami apa..
nenek dia dgn nenek aku rasanya sepupu... makanya pangkat sepupu gaklah kan...
tapi dia panggil mak aku kakak...aku lak panggil dia abang lan..
camne kekdahnya tu... hahahah
ni aish & atuk...
berkepit dgn ayah aku sbb masa ni mak ayah dia tgh makan..
dan org sangat ramai dia cam konpius sebentar..
tapi bila pengantin lalu dgn kompang segala...muka cam amaze....
Monday, March 7, 2011
pipit & enggang
pipit tak boleh terbang dgn enggang
kalau pipit tak boleh terbang dengan enggang, pipit boleh tumpang sayap enggang ~ terus aku sengih sorang2...
ni dialog Farish (Shah Jaszle) dlm drama Pondok Ingatan Cinta (sampai rebut2 nak tgk tv, yelah masa slot cerekarama plak tu) kepada Nur (Faezah Elai)
drama ulangan...tapi aku dok gigih tengok gak sbb encik asmara...1st time tayang masa raya haritu rasanya...
nasib baik adik2 n mak aku x perasan aku dah tengok drama ni haritu... hehehehe...
esok ASMARA 2 mula..yeay...

Asmara 2
Friday, March 4, 2011
berusaha, berdoa & bertawakal
masih lagi membaca bab 1 buku yg aku baru beli tu..
terhegeh2 membaca buku2 camni kan...
bila bab2 camni mmg aku cam kura-kura...
sbb nak memahami 1 persatu ayat..
kalau baca novel... aku mmg jenis baca melompat..
aku buat ayat sendiri dgn kata-kata kunci..
ceh... penat je penulis menulis kan..
serius aku jenis baca melompat..tu pasal dedulu tak score 4flat!
hahahaha
balik kepada buku Indahnya Amalan Berdoa tu...
memang kita dianjurkan berdoa & bertawakal...
tapi setelah berusaha..
sebab rezeki, kejayaan tak terjun dari langit..
berdebuk depan mata..
contoh paling senang... masa belajar.. masa sekolah..
kita baca buku, buat homework, buat ulangkaji dan amik peksa..
dan kita bersungguh-sungguh berdoa tuk dapat result best dan bertawakal lepas dah jawab exam..
camtu gaklah dlm keadaan yg lelain...
ya.. aku tgh cuba fokus kepada kes mencari JODOH...
USAHA.... errmm dimana usaha tu?
usaha berjumpa jodoh?
aku pegi keje..balik keje..
paling2 melepak pun dgn k fid..
selebihnya aku menonong naik lrt sampai rumah kg baru...
tengok tv..
jumaat balik kg jawa..sabtu ahad dok rumah jaga kucing, jaga aish, membuat kek...
aktiviti sosial? errmmm apa tu? hahahahaha
aku dah lama tak join menatang2 ada jumpa orang dan prospek...
dulu masuk alumni dgn tujuan sama... lepas tu aku bosan...sangat banyak agenda politik...
join treasure hunt... ermm dah lama tak g treasure hunt..
ahli kumpulan pun dah bersara...
kawan-kawan? memang sedih bila kawan-kawan dah beranak pinak... dorang ada tanggungjawab jaga keluarga... makanya sekian je la jawabnya kan...
ada ke kawan aku suh letak iklan wall FB aku
"call for all single males as husband's material, Terms & Conditions apply"
sah2 kata aku gila kannnn....
stress ke? weehhh mahunya tidak...
kan aku dah kata aku tanak dok Rumah Seri Kenangan nanti..
tamaulah aku jadi housemate kak fid n apis tu..
biarlah aku jadi pelawat dorang je dgn anak2 aku nanti....
berdoa hari2 tanpa henti tidak la menjelmakan seorang putera idaman di depan mata aku..
kena cari...kena perhati...
susah gak kan...
jadinya...sape ada senarai calon suami yg sesuai tuk aku..
sila email yer...
terima kasih.....

Wednesday, March 2, 2011
berakhirnya....bermula...
malam td episod akhir drama Hani kat TV3...
bermakna.... ASMARA akan muncul selasa depan!!!!
yeayyyyyy
suka..suka...suka...
aku beli buku ni semalam.. kat Kinokuniya KLCC..
hari sebelumnya (isnin) aku pegi sbb nak beli buku Dato' Ismail Kamus yg Indahnya Hidup Bersyariat tu...tapi takde stok..
aku nampak buku ni banyak lagi..
tetiba semalam masa aku g balik slps aku berfikir tuk beli...
ha... tinggal 2 sahaja...
aku amik satu..tinggal la 1....
buku ni bestttttt..
aku suka...
dan tengah belek2 buku dpn tv...
kebetulan rancangan Halaqah pun pasal doa - password doa
tertib berdoa, bak kata pengacara why, when, where...
ada satu contoh ustaz jemputan tu kata pasal doa...
seorang surirumah tgh solat asar..
tgh duduk tahiyat akhir hujan turun... dia teringat plak kain jemuran..
lepas salam doa dia cakap " ya Allah, macam biasalah"... pastu g angkat kain...
hehehe....aku dgn housemate gelak...
ustaz tu kata jgn gopoh...
doa betul2..
lepas angkat kain tu boleh sambung berdoa..
sebab masa hujan turun tu pun adalah antara masa yg sesuai untuk berdoa...
nanti aku kongsi apa yg ada dlm buku tu plak yer..
byk benda aku nak buat mlm td..

Subscribe to:
Posts (Atom)