Tuesday, August 4, 2009

Natrah @ Maria Huberdina Hertogh

nama ni... aku kenal masa aku umur dalam lingkungan 10-11 tahun.
masa cuti sekolah.. aku dan sepupu 3 orang dihantar melepak di rumah makcik kat Sri Gombak. cuti sekolah kat KL!! hehehe...

since makcik aku keje..maka masa dia keje kami dgn aktiviti bebudak la... tapi sbb dia bujang..duduk sorang..manalah ada benda2 mainan...balik2 nak kena main dam aji, chess, dam ular, main kad kereta.... dengan sepupu-sepupu lelaki..bosan ya amat..kalau kat rumah nenek boleh jer aku merayap g kebun ke...

maka aku pun mencari bahan-bahan bacaan.. sume bahan bacaan majalah jer la...sampai aku terjumpa satu buku yang bertajuk Tragedi Natrah.

agak berat gak bahan bacaan ni untuk budak berumur 10 tahun masa tu...tapi dah takde buku yang menarik..selain panduan ibadat haji...

aku tak ingat sangat isi buku tu tapi pasal pemberontakan umat Islam kat singapore isu Natrah yang dah dikahwinkan dengan Mansor Adabi oleh ibu angkatnya, tapi ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal.. aku ingat-ingat lupa...hinggala dalam bulan lepas aku terbaca artikel pasal Natrah ni semula kat dalam paper Mingguan Malaysia...

akhirnya aku dapat baca pasal kes ni secara menyeluruh dan meyelesaikan teka teki yag ada dlm kepala aku..

sejak aku baca buku tu.. sampai la aku terjumpa artikel tu... banyak benda dalam kepala aku... banyak soalan.. taklah mengganggu tapi ada tersimpan dalam satu bahagian dlm otak nih...dan persoalan tu tiimbul balik bila artikel tu keluar.

bukan aku tak carik balik buku tu kat rumah makcik aku ...tapi tak jumpa plak... dah lama sangat...

aku suka sangat la baca artikel-artikel tu. skang ni sibuk meng google plak pasal si natrah nih....banyak betul isu yang ada dan terjadi....
tetiba aku suka sejarah ni kenapa la plak...

faktor usiakah?

No comments: