Thursday, April 30, 2009

Teater Patung Kertas & Cik Aimi Husna

YEAY..
mlm ni nak pegi tengok Teater Patung Kertas kt MATIC..
ada orang belanjer..

kali terakhir aku tengok teater masa zaman uni dulu..
adeh..lama gila tuh..

dan juga... Cik Aimi Husna ada kat sini..
jap lagi nak ke Aquaria katanya..
mestilah nk g jumpa dia...
mama dia pun last sekali aku jumpa masa zaman uni..


heheheheheheh..
best...best..

tips memakai lipstik

mari kita share..
aku ada habit membeli majalah..
abca tips2 makeup..
pastu tak apply...
hahaha..aku yakin bukan aku sorang..

memula
if pakai foundation...silala letak pada bibir juga yer..
kemudian..sapukan lib balm... housemate aku hadiahkan satu kat aku...mlm dia ajar aku tuh..(thanks yusha)
kemudian..pilihlah lipstik mengikut warna kesukaan anda..
sapukan bibir yg da ada lipbalm itu..
mmg tak nampak kaler lipstik tu sangat..
sebabnya lip balm tu cam da kurangkan kalernya...
or korang tenyeh la bebanyak....heheh
seterusnya..sapukan lip gloss.
yusha cakap if lipstik pinkish...jgn la lipgloss pinkish gak..
go for orangey color..
baru la cantik..

tadaaaa..korang da siap pakai lipstik dgn cantiknya..
actually yusha letak lip liner..but dia apply cantik sangat kat aku..
tp bila aku lukis...ermm cam lukisan apa jer kt bibir nih
hahah
sudahnya aku x guna lipliner tuh..

dan..yg best part is..lipstik tahan lama yer..

semalam aku nampak sha dgn lipstik kaler natural yg cantik banget..
aku tanya lipstik apa..
dia tunjuk..aku x pernah tgk.
skali dia kata...beli kat kedai RM2 tu...huhuhu
tapi serius cantik sangat!!!!

baikla kekawan..pemakaian lipstik dgn betul akan menampakkan lagi seri wajah anda..
walau tak perlu lipstik warna merah cili..
:D

sekian saje tips untuk memakai lipstik dari saya yang baru belajar..

Wednesday, April 29, 2009

Lambat Lagi

dah 3 hari aku bangun lambat..
semalam beriya aku balik awal..
nak basuh baju,...
kemas bilik..
baca novel..(aku beli 6 novel baru masa KLIBF)
tido awal..

tapi apa yang berlaku..

aku balik awal..
aku rendam baju..
kemas bilik..
sapu rumah...
balut novel..

pukul 8 housemate aku balik..
yer..aku ada housemate yg bakal keluar ujung bulan mei..
kitorang jarang bersua...
aku g keje dia belum bangun..
aku balik keje dia belum balik keje..

tgh aku landing kt katil..
dgn pedih ulu hati..
tetiba dia ketuk bilik aku..
cantiknya minah nih..
katanya nk keluar..
mintak tolong aku sapu losyen kat belakang badan dia..
dia pakai bareback dress..

pastu aku ckp la...sha..cantiknya..
sememangnya amat cantik..
kekadang terserempak dgn dia mmg dia sentiasa cantik..

kalau tgk almari kasut dia..takde kasut yg kurang dari 2 " tingginya..
ada sekali 2 minggu lepas aku terserempak dia dlm blik air tgh makeup..
cantik gila la..
cara make up yg natural n cantik..

pastu aku da sapukan losyen ..aku teringat aku ada bedak glitter2..
beli pastu bukan pakai..tanya dia nak ker..
pastu aku ckp lagi..cantiknya makeup mata..
sbb aku mmg ada problem dgn mata sepetku bila bab nk makeup mata..

pastu dia kata...nak sha ajar?
hahah harusla nak..
tu dia...dia makeupkan mata aku sangat cantik yer..
nampak besar la mataku...

SUKAAAA..

sambil dia makeupkan aku..aku tanya la dia.
rupanya since 17 dia da makeupkan org..
pastu lepas SPM dia dtg semenanjung..(dia orang sarawak)
dia keje dgn production house..

dia makeupkan sebelah mata jer
sebelah lagi aku kena makeup sendiri..sambil dia tengok..
best gila la 1 to 1 session..
nk belajar kena la bayarkan if kat luar..

dia mmg banyak ajar la..esp bab love yourself..
u are beautiful in your own way..

dia akat comp dia akakn buat kursus makeup..
sehari.. cam bengkel la.. kt kuching..
kat KL in july..dia kata meh la join..
setelah tengok hasil kerja dia..
aku sangat2 berpuas hati dan aku rasa pergi ke bengkel dia buat tu..
memang berbaloi..

akan diajar makeup tuk kerja, dinner, function..
basic la..

semalam dia ajar aku makeup tuk g kerja..
basic la..
leh guna hehari..

dan..tak perlula nk pakai makeup mahal pun..

tulahhh selama ni dok dgn dia tanak amik tau..
bukan kitorang x bercakap..
sangat jarang berjumpa..
dia lak asyik travel..businesswoman..

if sesapa nk makeup pengantin pun dia buat..
dan aku mmg akan recommmend la..

tapikan..aku takde camera nk capture pic semalam..
huhuhuhu
anyway..sementara dia masih ada kt rumah aku..
if dia ada masa..
harusla belajar lagi yer...

jadinya..sesi belajar telah mengambil masa aku nk tido awal kann..
makanya..sibuk praktis hingga tetiba da kul 1230..
novel x baca gak..padahal aku nk tulis review (chewahh cam best kan..aku tulis kat satu online thingy nih)

aku dah sangat letih
pastu aku teringata da bauh mangga colleague aku bagi kena makan sbb da masak sangat..
makan mangga jam 1245mlm..
hehehe
dan aku dozzed off lebih kurang kul 1am..


ermmm..

Tuesday, April 28, 2009

Japanese Buffet Lunch

yeay.. setelah sekian lama aku teringin..
tetiba je bos aku cakap..
ok today we're going to have lunch at the japanese restaurant downstair...

huhuhuhu..
sangat suka!!!

Monday, April 27, 2009

heartburn pulak...

adeh la..
pedih ulu hati la plak..
dah 3 hari camnih...
balik ni ngadap doctor lagi..
aku tgh control diri la nih...sbb stress akan mengakibatkan lebih banyak gas yang terhasil..
lebih banyak luka yang boleh berlaku..
huhuhuhuhuhu

takut aku baca pasal heartburn nih...


Tanda dan Gejala

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:

Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada - YA
Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan - YA
Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak Sendawa - YA
Batuk yang teruk
Suara menjadi serak
Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.


Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's oesophagus.

Pedih ulu hati sebenarnya merupakan satu gejala yang boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit atau masalah-masalah kesihatan yang berbeza-beza.

Walaupun kebanyakan kes pedih ulu hati disebabkan oleh radang di lapisan perut (gastritis) atau peptik ulser, namun masalah ini boleh disebabkan lain-lain penyakit.

Ini termasuklah radang pankreas, radang hati (hepar), radang apendiks, kanser hati, aortic aneurysm, radang pundi hempedu dan juga boleh disebabkan oleh serangan jantung dan jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia).

Jika pedih hulu hati ini berpunca daripada radang saluran makanan (esofagitis), sakit yang bermula di bahagian hulu hati akan naik ke atas yang dikenali sebagai heartburn.
Keadaan ini mengakibatkan pesakit mengalami rasa panas pada bahagian depan dan belakang dada.

Masalah pedih hulu hati ini jika dibiarkan boleh menjejaskan prestasi kerja atau akademik seseorang.
Pada peringkat yang serius, pesakit terbabit mungkin perlu dimasukkan ke wad dan perlu mengambil cuti sakit.

Fish oil supplement is beneficial for everybody.

INFO DARI SINI

Fish oil is known for reducing stress, helps regain brain alertness for the once young, and promotes well-being in general.

What are the omega 3 benefits?

1. Mental health booster

The long-chain omega-3 fatty acids are a brain booster because they contain DHA and EPA that are both vital for the proper functioning of the brain. As a result, brain power is increased, which can lead to increase concentration, increase creativity, and improved memory. The person will grow brighter.

2. Promotion of vibrant and youthful skin

Fish oils revitalize aging skin by enhancing the production of youthful-giving collagen and elastin. Anti-inflammatory eicosanoids are responsible for reducing skin inflammation, thus reducing wrinkles that are also produced in high quantity.

3. Decrease in the development of mental illnesses

Chemical imbalance–induced mental disorders result when the brain has low level of EPA and DHA. Mental disorders like Alzheimer’s disease, Parkinson’s disease, dementias, schizophrenia and mental illness in multiple sclerosis patients, can develop if the brain cannot regulate mood swings, extreme emotions, and depressions.

4. Reduced risk of breast cancer

Fatty acids from fish oils stop the mutation of healthy cells into cancerous cells, inhibit unwanted cell growth, and kill existing cancer cells. As a result, the formation of three common cancers—breast, colon, and prostate cancers—are prevented.

5. Improve cholesterol level and Prevent heart attack

Fatty acids found in fish oils like DHA, EPA, and DPA help lower bad cholesterol, LDLs, triglycerides, and blood pressure. They prevents heart attack by taking care of your heart, veins, and arteries. According to research, fish oil fatty acids increase good cholesterol, HDL, , and prevent blood clots from forming before they can inflict damage to the body.

6. Supplement for pregnant mothers

According to studies, mothers that take fish oil supplements have lower risk of premature delivery. They promote proper fetus development to avoid growth problems, behavioral disorder, and promote pro-brain development. The fetus develops into a smarter and healthier baby.

7. Reduction in the development of mental illnesses among children

Another example of the fish oil omega 3 benefits is its ability to treat ADD, ADHD, dyspraxia, and dyslexia. Children suffering from these disorders are given a renewed hope in life by the resulting improvement in their behavior with fish oil supplements.

8. Immune system booster

The enhancement of the immune system is due to the fish oil–induced serotonin production, a hormone that makes people happy. Happiness can deal with emotional issues effectively, thus promoting overall well-being.

9. Promote calmness and relief stress

Omega-3 fatty acids can reduce stress and the resulting high stress hormone that can do damage to the body, according to some research.10. Reduced inflammatory painPain from inflammatory arthritis, cystitis, and gastritis, to name a few, is reduced by taking fish oil as supplements or as natural food. Long-chain omega-3 fatty acids help regulate the body’s inflammatory response, thus relieving inflammatory pain.


aku diberi Fish Oil oleh doktorku..
jumaat lepas aku g klinik sbb batuk selsema n demam x surut2..
alih2 doktor cek tekanan darah aku..
tadaaaaaaaaa tinggi yer.. 140/90

dia kata mungkin sbb aku demam, sebab cuaca, sebab stress..
so aku kena cek balik bila aku da ok..
jadinya..dia pun bagila aku supplement yang bernama Fish oil..
sangat bagus untuk kesihatan...

semalam aku cek BP aku.. Alhamdullillah da turun..
normal...

140/90 tu kira mild hypertension yer.. kelas 1..

Macam bagus

aku cukup hangin dgn org keje comp besar2 nih..
ko mmg specialise kan..
keje ko tggu email aku..
belek setiap HURUP..
salah 1 jer HURUP...ko siap email ke GM aku kan...
sangat bangang..

dan satu lagi..
aku tak kipas bos sehinggakan aku leh hantar email pukul 637pm..
aku da balik masa tu..
dan pepagi buat nih jam 837am..
ko leh hantar reminder..

email jumaat 637pm..dan reminder isnin 837am..
mesti email ko 1 jer setiap hari..
meh al tgk emailaku setiap hari paling kurang 80-90 email nk proses..

tgklah jap lagi.. confirm ada call la dari minah tuh..

aku tau lah ko keje SBM...


merosakkan mood aku hari isnin jer..

Friday, April 24, 2009

tak memasal

kan..tak memasal aku nak kena naik teksi dr terminal putra ke rumah aku..
aku rasa nak claim kat tuan punya kereta NISSAN HIJAU WEB 782 tuh..

adehla..ingat duit tu petik kat pokok kot..
panas hati aku belum reda..

semoga dia dpt 44 kali ganda lebih dari aku...
if aku kena bayar teksi RM12... dia rugi..RM12x44...

arrgghhh..
tension sungguh!!!

sejuk hati

tiap jumaat yang sejukkan hati aku ialah..

tengok mamat-mamat berbaju melayu membawa sejadah dan berselipar jepun..berjalan kaki menuju masjid KLCC...

comel-comel jer aku tgk....sejuk hati..
bukan yg pakai bj melayu jer aku tgk..
semuala..yg akan lalu time aku turun g lunch..
dgn sejadah di tangan dan berselipar jepun...


dan..hari ni cam tema plak...warna hitam..
dari dlm LRT aku nampak pagi tadi..
baju melayu warna hitam..sama ada yg dalam LRT atau luar LRT..
semua aku nampak yg berbaju melayu..adalah warna hitam...

pun smart gak...suka..
cuba pakai satu set..siap sampin...lagi hensem..

teringat apis.. dia akan pakai baju melayu siap sampin tiap jumaat..
perrgghhh mmg leh jatuh hati la...

panas hati

WEB 782 NISSAN SENTRA HIJAU

pemiliknya amat bodoh dan busuk hati..
dah tau nak double parking..
jangan la tarik handbrake!!!
mmg aku menyumpah-nyumpah la pepagi buta nih.
dah la aku plan nk g keje awal..

setengah jam aku hon takde yg keluar.
dah mmg standard la rumah flat..

ikut hati mmg aku nk langgar da kereta tu..
biar kemik..biar rosak..
imagine cam aku bawak bulldozer plak..

adehla memacam hal..
last2 aku call leeza...
abur kul 730 ms tu..
dia takkan bangun seawal tuh..
setakat ofis depan mata... kul 8 br dia nk bangun..

tapi terpaksa..
mana de teksi...
naik bas? lagi berjam-jam la nk sampai opis..

last2 dia kata dia bangun la..aku hantar da g opis..
pastu bwk kete dia g terminal putra..
nnt petang dia amik kete dia..aku balik la naik teksi..

aduhla......................
geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaa



pastu sampai kat LRT plak..
org beratur.. dlm barisan la kan..
boleh plak dua mamat ni..borak2 cam tepi jalan...cam line tu diorang yg punya..
depan dorang tu kosong...tah nak isi sape tah.. pocong kot..
org lain plak leh beratur belakang dorang nih..

setakat dressing pakai tie n kot segala..
pakai lanyard AZMI & ASSOCIATES...
buat muka cam bagus..
sembang hal korporat..

sudahla... sah2 lanyard baru gila..cam baru keluar plastik..
muka cam frshgraduate..
baru nak baut chambering kot...
sikit pun aku x heran...

sah-sah 1st time naik LRT..
kawan aku OWNER AZMI & CO tau..

dah tu nak selesa-selesa dlm LRT tu..
mmg la berhimpit... sape suruh ko pakai tie & kot bagai.
mmg sah malaysia panas..
apalagi musim panas nih..
buat2 komplen n muka x puas hati..
suruh la driver hantar..takyah naik public transport..

sampai KLCC plak satu lagi hal..
aku tau korang tu couple..
bakai baju kaler pink sedondon..
tp nak main kejar kejar ke..main hayun-hayun tgn ker..
pegilah taman KLCC tu..
bukan tgh2 alam pintu masuk..
boleh pegang2 tangan (mmg aku da biasa tengok)
tapi MOTIFFFF sangat nak hayun2 tangan pastu jarak korang 2kaki antara satu sama lain..
tak ke da menghalang pintu masuk..

pegilah meanri lagu hindustan kat taman KLCC tu..
takde sape nk marah..
aku mmg tambah panas..
dah la lambat nk g keje..
boleh plak ada org nk buat drama segala..


nasib hari ni hari jumaat..
esok cuti..
if petang ni kete tu still block kereta aku..
ada org bakal jadi incredible hulk nih...

atau tengoklah corak apa yang akan wujud kat cat kaler hijau kereta tu..


kalau aku panggil polis..agak2 dorang nak datang tak??

Thursday, April 23, 2009

suatu ketika dulu.

situasi 1

aku : tolongla.. CPU crash.. tesis dlm tu...camne nih.. habisla..(nangis2..kt public phone kamsis)
dia : ok..ok.. esok aku dtg tengok yer.. relax la.. x hilang tesis tu..

esok dia datang... naik bas.. dari.. PARIT BUNTAR ke KL dan sambung naik komuter ke BANGI...lepas repair apa yang patut.. balik ke PARIT BUNTAR semula.. mlm tu naik bas..

situasi 2

dia : nah amik ni.. senang nk call .. simcard ada lagi kan.. (hulur aku hp yg dia guna)
aku : habis kau nk guna apa?
dia : aku kan ada lagi satu..yg canggih dr nih..

aku ingat lagi HP yg dia bagi...bagi pinjam... ericsson T20 yg flip tu... kaler biru..aku pulangkan lepas aku beli HP baru..

situasi 3

aku : weh.. hari ni birthday aku..mana hadiah..
dia : weh korang birthday dia la..meh2 cepat.... ha..nah (sambil hulur tgn dia kat aku)
aku : la..apa nih korang 80sen?
dia : hadiah gak kan..

situasi 4

dia : pilihla nak yang mana..banyak ni..
aku : yg ni cantik..tapikan dedua warna cantik... tak tau nk pilih
dia : amik jer la dedua... g letak kaunter...

aku still simpan bear warna merah n biru beli kt Memory Lane Sunway Pyramid

situasi 5

sms dia " nah amik no nih.. call aku bila da dpt sms ni"
no ring-ring card.. sbb murah ke apa tah aku x ingat...tp dia belikan kad ring-ring RM20..
kena g public phone gak nk wat call

situasi 6

dia : eh awak ni..chatting jer keje..orang-orang ni bukannya leh percaya..
(secara tiba-tiba dtg kat aku dan menyerang window MIRC aku)
aku : (buat muka bengang..) orang tu kawan chat jer la..
dia : dah..dah..takyah.. muka awak da cute cam anak patung (ni mmg sebijik-sebijik ayat dia) ...takyah nk carik org dlm chatroom..

situasi 7

dia : ko jgn suka-sukati nak buli si as.... As kalau dia buat hal bgtau aku..
dia II : eh mana ada.. ko nih..sesukati jer buat statement.. takde kan as.. saya tak buli awak
aku : hahahahhahah...lantak korang la..

masa ni tgh teleconference bertiga..

situasi 8

aku : D, i kena pegi pepagi tau...i sampai ur hse dlm kul 5pagi ok..
dia : ok..
pagi esoknya 5am didepan rumahnya
dia : meh..i drive...jap lagi u nak drive lagi jauh..
(padahal muka baru bangun tidonya..)
aku suh dia hantar g Desa Water Park..ada treasure hunt..
tunggu sampai aku berlepas masa tu..


uish panjangnya aku tulis...

sesungguhnya..semua watak dia atas adalah org yang berlainan...semua wujud dalam dunia aku suatu ketika dulu..
kesemuanya lelaki... dimana masa itu aku adalah their little sister... yang selalu dijaga.. dorang tak boleh fall in love dgn aku..walau aku yang fall in love dgn dorang..
sbb kata dorang.. i'm too good for them.. i deserve better person than them..
(sila jgn muntah or geli baca statement aku..sesungguhnya ia benar dari mulut mereka)

ya..aku rindu mereka sangat-sangat..
they are always there for me...pada masa itu la.
tak kira pukul berapa pun..





hope our path will cross in future..
really hope..

Paku di tayar, demam, 20km/j bhgn II

terima kasih kekawan..

aku masih demam..
masih hidung tersumbat..
masih di opis..dgn meja macam reban ayam..
tempat kucing beranak pun cantik lagi..
apa lagi kandang b**i


PAUS,
sangat kelakar yer dia drive kereta..
setahun drive kat Jepun telah mengubah cara drive dia..
dia boleh drive 20km/j...
aku yg panik..yg cam x sabar dgn cara dia memandu..

dia kata dia jadi takut drive kat malaysia ni
kat sana dia drive 50-60km/j jer..
pastu if bg signal nak masuk lorong ke nk memotong ker..
terus kereta belakang berhenti..
kat malaysia ni...
bak kata kawan aku suatu ketika dulu masa aku drive "hang bg la signal camne pun kt penang nih... kalau x pandai sampai esok la hang dok sini"
hehehehehe

paus sangat berhati-hati memandu..
berada di negara yang agak sopan pemandunya menjadikan paus seperti berada di litar F1..
walhal hanyala MRR2 sahaja..
hehehee
dia kata bukan aku jer komplen...
sepupu dia yg nk g keje pun bebel "weh pukul berapa aku nak sampai nih..ko drive cenggini"
percaya lah...dia leh bawak 20km/j..yang aku rasa baik aku jln kaki..

serius tak tipu!!!

anyway thanks a million..
adeh bersalah plak tak g rumah dia..
aku segan dgn parents dia...
meamcam soklan nanti keluar.
semalam pun aku bersetuju nak tido rumah dia sbb parents dia g holiday ke amsterdam..

errmm...nanti2 la lepak dgn dia..
malisa & mikail pun mesti da besar..





paku dari tayar aku panjang dalam 2 inchi setengah yer..
kena tukar tayar ni..
habislah kopak bulan nih..

paku yg masih berkilat lagi..
manalah aku langgar tuh..

Paku di tayar, demam, 20km/j

cerita sayu di senja hari rabu...
aku balik lambat... aku sampai terminal putra kul 730pm...
sebelulm tu aku da singgah guardian..beli panadol, ubat batuk & koyok..
aku demam lagi... hidung tersumbat..kepala pening... nk pitam dlm lrt sbb aku x makan sgt seharian..cuma sekotak kecil susu choc dgn beberapa keping biskut..
dlm kepala mmg plan balik makan ubat tido....

sampai jer ke kereta..
tetiba aku nampak...
tayar belakang aku flat...kempis habis..
ada paku kat situ..
terus aku terpaku depan tayar....
siap menyangkung depan tayar tuh..

melihatkan HP di tgn yang batt da nyawa2 ikan..
aku browse no yg boleh aku call nk mintak tolong..
1st..leeza... line engage... confirm dgn bf..dan haruslah lama kan..
tgk list sejuta kali pun sambil duduk depan tayar kempis tu..takkan mewujudkan no yang aku leh call..

pastu aku teringat nk call apis..
dia mmg ada.. but..dia ada exam..
takakn aku nk suh dia dtg gak..
dia suh aku balikdgn teksi.. tinggalkan kete n esok dia dtg tolong tukar tayar..

memang leh nk tanggal tayar naik teksi g bengkel n tampal..
tapi.. aku demam.. serius x larat nk tanggalkan tayar tuh..
masa ni mmg dah meleleh air mata..
aku sms mirul..mirul keje.. aku tau..tp aku nk some comfort jer..
mirul suggest benda yg sama.. balik naik teksi..esok dia cuti leh tlg aku..

dr luar kete aku lepak dlm kete plak..
mengenang nasib diri..
last2 aku teringat...paus da balik dr jepun..
aku tatau dia dok rumah mana..
tapi aku masih ingat no phone rumah mak dia kt melawati..

aku call... dlm hati berkata-kata gak..if ayah dia angkat harus aku letak phone..
takut woo dgn datuk alias...hehehe
Alhamdulillah dia ada... dia baru balik 3 hari...
terpaksa gak aku mintak tolong..
dia blur..but dia kata dia amik aku dulu balik rumah dia..then fikir

dia sampai...dlm kete dia suggest aku tido rumah dia jer mlm tu..
aku mmg da sangat biasa dgn family dia...
dia suh aku EL jer..pastu g bengkel mintak g tukar tayar aku tu..
sbb dia sendiri pun tak reti tukar tayar...
aku rasa ok jer..plus aku da mmg tak larat langsung..

otw tu.. dia kata kita g tengok if bengkel still bukak..
bengkel still bukak..
so aku deal dgn org tu tuk g amik tayar aku.
bawak balik n tampal..

last2 dlm pukul 9 lebih..semua settle... dan aku kena caj RM30..
aku say thanks kt paus.. n dia balik sbb dia pun nk start keje da kat HKL...
if takde dia aku tatau nk buat apa..mmg aku akan tinggalkan kete tu..
tp nak g keje camne? nak mintak tolong kat sapa plak lagi...
katakan aku balik rumah naik teksi.. nak keluar balik ke kereta esoknya?

dalam perjalanan balik dr terminal putra ke rumah..
sudah semestinya air mata da jadi air terjun..
aku nak balik rumah mak...

dah turun kereta masa sampai kt rumah..
aku da mmg lembik sangat.. nak jalan pun rasa melayang jer..
dgn kepala yang sangat sakit..
hidung yang takleh nak nafas betul..
aku nak je tido dlm kete..

tapi aku berjaya gak sampai ke tingkat 16..
x lama mirul call..
dia meal break..




..............................................

aku takde mood nak menulis...
aku masih demam..
aku sangat sakit..
aku sangat sedih..
aku nak nangis...




.......................................

Tuesday, April 21, 2009

kecik ati..

awak..kecik hati saya awak jerit-jerit kat phone camtuh..
saya terkujat...terkejut...terus takleh nak cakap...

sampai hati panggil saya BODOH...huhuhuhuhu

jigsaw puzzle

kenapakah..
da petang ni.. aku cam rasa aku tgh menyusun jigsaw puzzle..
adakah...
benarkah..

hehehe..
nnt aku bgtau hasilnya...

Lagu Petang

Sad Song - Oasis

PERHATIAN...PENGUMUMAN

SESIAPA YANG BOLEH CARIKAN SEMULA ENCIK YANG BAGI SAYA LAGU-LAGU DIBAWAH AKAN DIBERIKAN GANJARAN...
(kecuali kau sity... :P)

ATAU ENCIK SENDIRI ADA BERKUNJUNG KE BLOG INI...
SAYA NAMPAK DALAM FEEDJIT SAYA....

SAYA RINDU NAK GADUH-GADUH DENGAN ENCIK CAM DULU...WALAU IMPOSSIBLE KAN...

awak... saya baru tau lirik-lirik lagu-lagu ni...sangat la KITA kan... ARGUMENTATIVE...hehehehe...
salam peluk cium untuk junior awak...

Lagu Tengah Hari II

Another You - Cromok




dengar lagu nih..
buat aku teringat balik...banyak benda..
cam flashback filem depan mata aku...
adehla.. suka2 jer kan nak flashback segala..
"buat aku tersenyum" - Sheila On 7


camne nk request kat orang yg selalu main gitar lagu ni kat aku dulu tuk mainkan semula?
ke gitar pun tah ke mana..


sah-sah semua lagu ni bukan aku cari...or aku mmg dengar or favourite aku.
dia yang bagi semua lagu-lagu ni..yang aku tatau dia jumpa kat mana..

lagu untuk tengah hari

Better Together - Jack Johnson

lagu fav aku pepagi..

Mardy Bum - Arctic Monkeys

Monday, April 20, 2009

Blower's Daughter - Damien Rice

And so it is
Just like you said it would be
Life goes easy on me
Most of the time

And so it is
The shorter story
No love, no glory
No hero in her skies

I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

And so it is
Just like you said it should be
We'll both forget the breeze
Most of the time

And so it is
The colder water
The blower's daughter
The pupil in denial

I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

Did I say that I loathe you?
Did I say that I want to
Leave it all behind?

I can't take my mind off you
I can't take my mind off you...
I can't take my mind off you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off you
I can't take my mind...






tetiba nak post lirik nih kan..
lagu ni da lama org bagi kat aku...dalam bentuk cd..
katanya best..suh aku dengar..
tapi jgn selalu dengar..boleh depressed...
aku tak faham maksud dia..
sampai ke hari ni..
tapi lagu ni aku mmg suka..
slow jer..
ada 12 lagu dlm CD tu.. semua aku suka..
katanya lagu-lagu favourite dia..
buat temankan aku kat kedai aku..yer..kedai yg kat bawah tu...


errmmm tetiba kan... emo x tentu pasal...hahahah

motifffff???

rentetan kepada iklan mencari receptionist/admin asst...juga merangkap asst aku tuh..
hari ini ada sorang interview...

biasalah nama interview kan.. soklan biasa2 la..
tapi motiffff ko nak cerita makcik, pakcik, cousin ko segala semua keje oil & gas comp..
mintak jer lah keje dgn dorang..
citer makcik pakcik & cousin ko tuh jer dah buat muka bos aku boring tau..
belum lagi muka aku yg x lah boring tp telinga da nk bernanah...
task receptionist ni cam lite2 jer.. sbb transfer jer call takyah tanya banyak..
tapikan ko cerita experience keje customer service.. shift mlm..shift public holidays segala...
dah amik masa 10 minit da..cam la post ni ko kena keje 24/7..
aku pun CUSTOMER SERVICE OFFICER dulu!!!

huhuhu..
camne nk keje dgn org camni...
pengsan... leh tak...

tolongla g interview tuh..cerita yg related sket..
tak salah cerita working experience kau..tapi berpada-pada..
dan jgnlah bawak cerita sedara mara tok nenek segala dlm hal interview...
tak impress pun...




AKU EMO... NAK MARAH ORANG JER HARI NI...

Friday, April 17, 2009

my baby....














































bukan baby tu....

ni la dia projek aku..yang aku buat dr awal..dari scratch... dari segalanya sendiri.. cat dinding, gam carpet, pasang almari..order stok..ambik stok.. segalanya sendiri dgn kancilku... SEORANG DIRI... camne la aku tak sayu n sentimental if tengok balik gambar-gambar nih...

uwaaaa....nak nangis jer... aku sangat sayangggggggggggg semua nih....

selepas 2 tahun baru aku carik balik gambar-gambar nih....

Wednesday, April 15, 2009

sewa novel, komik dan seumpamanya

dulu...
satu ketika dulu..
aku ada bisnes...
walau bukan sepenuhnya milik aku..
tetapi aku yang wujudkan dari awal..
kiranya omputeh kata from scratch.. sampailah terpaksa tutup...
stok-stok semua masih ada dengan aku.. tak basi...dan takkan basi...

dulu..
aku sangat sayangkan kedai aku... iye..dia dlm bentuk kedai..
aku sangat sayang pelanggan-pelanggan aku yang tak mengira umur...
aku ada pelanggan tetap..pelanggan tak tetap... semua mereka comel-comel...

sekarang..
semua stok tu da penuh rumah..
taklah memenuhi ruang seluruh rumah..
tapi telah menempah satu ruang dalam rumah mak aku..
bila aku balik jer aku terpandang..
last-last aku terfikir...
kenapa aku tak bukak balik..
tetapi kali ini secara virtual...

yer.. pada masa ini semangat aku amat berkobar untuk memulakan kembali perniagaan aku tu..
iaitu bisnes sewa novel dan komik...
aku ada hampir kesemua novel terbitan Alaf21, Buku Prima dan Creative Enterprise..
tidak termasuk novel-novel terbitan syarikat lain..
komik pula.... errmm seingat aku hampir semua tajuk dari syarikat penerbitan Tora Aman, Comic House & err (aku lupa nama comp yg cetak komik Pedang Setiawan tu)... aku ada dlm simpanan aku..

apa yang perlu aku buat?
1. menyenaraikan semua tajuk yang aku ada (adeh..buat inventori & data entry ni leceh..)
2. marketing strategi..
3. memikirkan pulangan/ keuntungan..sape buat biz tanak untung kan..

tapikan..aku sangat sibuk nih..dgn hal2 majlis adik aku..
tapi lagi cepat lagi bagus..lg cepat dpt keuntungannya...

dlm kepala aku nk bagi sewa camni jer...
contoh : novel
* bayar harga novel + harga sewa
* bila pulang dapat harga novel tu semula
-konsep atas ni same jer memana kan..

begitu juga dgn komik..
aku rasa aku ada rare collection gak...hahaha perasan sungguh..

caranya ialah.. mestilah guna BLOG...
dan deliverynya plak... area ofis aku la...buat permulaan...jangan tamak haloba... tak baik...
hehehe..

YAKIN BOLEH ni...
BERSEMANGAT WAJA tak ingat nih..
WISH ME LUCK yer...


p/s : cam rasa dejavu plak..aku rasa pernah tulis dlm blog ni..malas nk bongkar...CB ni spoilkan mood aku...

Akhirnya

setelah tengok meja aku yg kalau kucing nak beranak ni pun akan rasa tergugat...

akhirnya... iklan ini keluar :

Receptionist / Office Administration Assistant
General
Excellent spoken and written English skills
Energetic and friendly disposition
Methodical and hard working
Willing to learn and take on new challenges
Able to operate MS office including Powerpoint

Tasks
Answer the telephone in a professional manner, distribute calls and take messages
Take care of reception including receiving of goods and people
General office administration support including;
Photocopying / scanning
Document formatting
Filing
Accounts clerical work

yeay...huhuhu scary gak sebenarnya.. pada keadaan begini.. oil & gas industry kan agak goyah..

AMAT SIBUK

baru aku sedar 12 julai tu tak lama lagi..
patutla mak aku pesan suh balik tetiap minggu...

makanya...weekend aku akan dipenuhi dengan aktiviti mencari bahan-bahan dan keperluan yang diperlukan untuk 12 julai nanti..

hmmm.......

Tuesday, April 14, 2009

cendol - fully booked..

cendol Leman Dawi yang keluar kt tv haritu...
yang SAAD g makan tu..
dah fully booked hingga bulan puasa...

aku tak tau apa2 pun..
merasa pun tak pernah lagi...huhuhu..
tah macam mana borak2 dgn mak aku hari tu..
dia la cakap...
masa lepas keluar tv tu jer.. mak aku call nak book untuk 12 julai..
dia kata dah fully book...

wahhh ..mak aku da pandai tvshopping..hehehe
sib aku belum ajar virtual shopping dlm internet...

jadinya... sabtu minggu lepas adalah hari mencari cendol ..
aku driver.. bersama 2 lagi adik perempuan mencari cendol serata klang..
jumpa gak akhirnya..

maka dengan ini... saya.. menjemput anda semua untuk datang menikmati cendol di rumah saya pada 12 Julai 2009....selain makanan-makanan lain...

apsal tetiba aku tulis pasal cendol ni...
aku gi jenjalan kat blog saad..ternampak pic cendol terus teringat pasal apa jadi sabtu lepas..

itu sahaja....

apahal...

hehehe..
apasal aku tetiba jatuh minat kat tomok.. ehhh maksud aku nyanyian dia..
bersemangat waja redah jem jumaat lepas dr Kl ke Klang nak tengok OIAM...
hehehe..

aku suka masa dia nyanyi lagu Ingin Bersamamu ..lagu syafinaz tu..

ini bukanla bermakna aku peminat NewBoyz..
aku suka nyanyian Shah Inderawan...
itu sajer....

Monday, April 13, 2009

macam mana ni

hujung minggu ni Pesta Buku kembali lagi..
adehla..
camne ni..ada ke buat tgh2 bulan..
duit takde...

huhuhu

TRANSFORMASI 2009

Penampilan baru sempena MUSIM TERBARU....

nantikan KEMUNCULANNYA

mungkin hanya Mirul & Syitut faham... :D

Saturday, April 11, 2009

Happy Birthday Syitut 11 April 2009

HAPPY BIRTHDAY TO RAJA NOSYITA
11 APRIL 2009
Birthday yang ke.... anjakan baru tuk angka baru..

last year awak kata 1st time celebrate birthday as pregnant lady kan..
tis year da ada danish...

MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN BERBAHAGIA SELAMANYA

Friday, April 10, 2009

nak bagitau

seluar baju aku da rasa longgar..
esp bila sarung seluar.. best jer.. selesa..
harus aku bongkar balik kebaya aku yg lelama...lepas sebulan nanti..

aku timbang...dan aku tak banyak turun dalam bentuk KG..
tapikan mana2 seluar yg dulu ketat tang paha (ya..aku naik berat badan tang peha & lengan) skang cam best jer sarung.. pinggang pun senang jer nk butang..
blaus keje yg dulu cam susah nak butang ..skang rasa selesa...

apakah RAHSIAKU

1. kawal pemakanan
2. amalkan gaya hidup sihat
3. makan ikut piramid makanan
4. elakkan makan lewat malam
5. bersenam 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi
6. minum air yang banyak setiap hari
7. dapatkan tidur yang cukup
8. ambil makanan kesiahatan (supplemen) yang sesuai...

wahahahaha
semuanya di atas adalah DUSTA belaka.
aku pun tak sure kenapa ada berlakukan kekurangan dalam bentuk sentimeter/ inci..
aku x ukur tp dr baju2 aku..aku dah leh rasa....

1. aku mmg tak skip brekafast da sejak ada pakcik takde gigi jual nasi lemak sedap yg lengkap pada harga cuma RM1. tanpa gagal..SETIAP HARI!!! hhuhuhuhu
2. bersenam..apa tuh? hehehe... senaman aku adalah semata2 berjalan dari stesen LRT ke ofis..turun naik tangga kt stesen LRT... aku masih drive ke sana sini...
3. supplemen? hanya Vitamin B complex yang doc aku bekalkan masa aku MC 2 hari tu..dia bg tuk sebulan...
4. selera makan? sejak makan Vit B complex ni selera mmg toksah kata la kan... tp.. aku beli jer..pastu x makan/ bagi kt org.. aku dpt sesuap/ segigit/sekeping pun jadila.. kecuali pepagi..nasi lemak RM1 tu mmg aku habiskan..
5. makan malam? last aku makan selalunya biskut fiber dalam pantry opis ni cicah teh o panas...
6. aku suka keadaan camni.. harapnya berlarutan sehingga aku dapat berat badan ideal....

aku tipu ke? heheh aku letak nanti pic sebelum dan selepas...
selepas sebulan la yer..




Wednesday, April 8, 2009

masih tak faham

aku masih tak faham..
orang-orang yang nak sewa rumah...
memang perangai pelik2 melampau...
aku tak jumpa lagi yang normal yg ikut prosedur ataupun ada tatasusila..
yang menipu ramai gila... aku serik..

tapi perangai yang satu ni aku takleh tahan..
masih ada yang tak puas hati takleh nak sewa bilik dgn adik lelaki..
masih buat suara bengang atau tak puas hati bila aku kata tak boleh..
aku kata tak nak serumah dengan lelaki..

masih pertahankan " dia adik i la.."
adik kau...muhrim kau..bukan muhrim aku..
susah aku nak buat dorang faham..
ayat standard " takkan adik beradik pun tak boleh"

huhuhu... sekarang bebudak umur 6 tahun pun da pandai nak molest orang lain..
jangankan tu..pernah aku g kenduri kawin kat dewan..
ada budak kecik ni dlm umur 7-8 tahun..lelaki... suka2 lari2 keliling dewan..takpelah dia bebudak...
tapi sambil lari..sambil memukul bontot tetamu-tetamu perempuan yer...
mak dia tgk gelak2 jer....
bangga kot..anak pandai gurau2 gitu...

ish..rosak...rosak..
pengetahuan agama aku memang basic...mana ustazah aku pernah ajar masa sekola..tu jerla aku rasa..
selain ada la aku baca sini sana..
walaupun asas..aku masih ingat dan berpegang pada apa yang aku belajar tuh..

macam mana aku masih ingat iklan kempen anti dadah kat tv zaman 80an dulu..
mmg scary...memang aku tak rasa nak rasa dadah tu..
walau aku admit selalu la dulu tgk org amik depan mata aku..zaman remaja..TENGOK SAHAJA..

kesimpulannya disini... rules are not meant to be broken..
walaupun ko terdesak camne sekalipun..
walau pun ko kata aku kejam x bagi ko sewa dgn adik lelaki kau yang baru 1st time pijak KL tuk cari kerja..
yang paling aku takutkan... betul ke adik lelaki kau?
atau boifren.. sesaja bg status itu...
aku taknak berprasangka buruk...tapi takkan aku nak suh dia buat ujian DNA untuk buktikan dia adik kau?
apa pun keputusan aku mmg tetap...
aku taknak duduk serumah dgn lelaki bukan muhrim aku..

sekian terima kasih...

Tuesday, April 7, 2009

patutkah..

errmmm patutkah seorang kawan keluarkan statement begini :

"yang u sibuk2 nak balik every weekend tu kenapa? if nak tolong beli barang tuk majlis ur sister..kenapa u yang sibuk2? dia ada balik? "

panjang leteran dia... dan dia kawan..kawan perempuan..

panas hati aku...aku balik tu mmg aku balik rumah mak ayah aku.. jumpa mak ayah.. borak-borak dengan dorang.. makan sekali..tengok tv sekali..
bukan cam dia.. balik kampung tp sebenarnya..... errmmmm...omputih...biasala...

syurga aku masih di bawah tapak kaki mak aku..
tu jer aku nak cakap..

Thursday, April 2, 2009

nasihat stranger

aku taktau camne aku leh terborak dgn seseorang ni dalam YM.
bermula borak2 pasal ekonomi dunia.. pasal kerjaya..pasal traffic jam..
aku lebih prefer borak begini..
daripada kenal2 terus nak tau umur, tinggi, berat, saiz baju, saiz kasut segala....
ni cebisan YM aku dgn dia..
aku rasa apa yang di katakan kepada aku adalah logik dan diterimapakai..

11:32:16 AM h**: tak semua guy perfect
11:32:46 AM h**: u boleh tanya dgn ayat kurang ajar jer
11:33:02 AM h**: mcm i masa dgn wife i dulu
11:33:14 AM h**: memang i terkenal dgn perangai tak baik tu
11:33:47 AM h**: tapi wife i ckp kalau nak kuar dgn dia just for sex sorry.jan buang masa dia
11:34:17 AM h**: terkedu juga i so i buat cara yang sepatutnya sebulan kenal tunang dan enam buklan pas tu nikah sampai skg

11:36:48 AM h**: taht y u kena kurang ajar p**** tu hak u dan maruah u tak boleh buat main main
11:36:54 AM h**: sah nikah baru boleh on
11:38:22 AM h**: itu nasihat i kat u nak hadap jantan kurang ajar nih
11:39:00 AM h**: u tak perlu risau siapa u kos u ada kerja dan pelajaran so no matter kalau u belum dapat lelaki yang sesuai
11:39:20 AM h**: nikah kahwin bukan perkara main main
11:39:31 AM h**: huh kira bersarah nih


11:41:29 AM h**: so jaga itu harta u plg bernilai
11:42:28 AM h**: i klau ikut kan rm10k masa buat hantaran dulu org ckp mahal tapi i ckp itu murah jer bukan nilai wang tu tapi pengorbanan yang bakal bini i buat kelak
11:43:41 AM h**: u pk la kalau u minta husband u rm50-100 semalam s*x dia dan darab 10-15thn boleh bayar ker.dan anak sorang rm10k.ini kalau di nilai lakan dalam bentuk wang
11:45:23 AM h**: so guy out there jagn kata mahal kalau hantaran rm8-10k

memula aku mmg ada bad impression bila dia kata dia sayang wife & family dia but dia ada girl kt luar..
dia kata tu habit dia takleh nak kikis..

mana yang baik tu kita amikla buat nasihat yang berguna..
dia pun kata jgn involve la sebolehnya dgn lelaki yang dah kawin ni..
bukan nak sangat buat isteri..lebih kepada yang satu tu jer..

jgn la cam kawan aku sorang tu...siap beriya recommend aku carik suami orang..(sbb dia pun berboifrenkan suami orang) katanya at this age susah da nak carik org single... ye ke?????

walaupun suami orang tu baik... tapikan itu hak orang...
walaupun lelaki boleh kawin 4... tapikan... tah la tak pernah terlintas la dalam otak mahupun hati aku ni....

yg kawan aku (bakal isteri no 2 tu) dok tekankan di sini " kita TAKKAN dapat apa yang kita nak" so settle jer dgn sesapa yang sesuai...dia kata lagi.....aku akan dpt OPPOSITE dari apa yang aku nak...

mmg la..dlm 10 kriteria yang kita nak..takkan nk tunggu orang tu penuhi 10 kriteria tu baru kita nak terima dia... tamak haloba namanya tu...

takkan dia nak teori tu tukar camni

1. nak org single tp dapat suami orang
2. nak orang berkerjaya tp dapat penganggur
3. nak orang yang dpt bimbing aku tp dapat orang takde pegangan agama....
4. nak orang yang bertanggungjawab tp dapat orang yang lepas tangan..

kekadang cam bercakap dgn orang takde pegangan agama..
maklumla life da cam omputih da..

aku bukan alim sangat tapi aku masih lagi boleh berfikir dgn waras..
boleh bezakan tin kosong dgn ubi berisi..

dengkur

patutkah aku gelak...
huhuhuhu..memula opis cam senyap..
teiba aku dgr dengkuran yang AMAT KUAT..
aku ingat salah dengar sbb aku pakai earphone dgr MP3..
pastu sambung lagi..dan lagi... dan lagi..

rupanya SALES MANAGER tido!!!
dahla opis ni kecik..open plak tuh... orang masuk leh terus nampak la..
heheheh sian tul..



p/s : apakah petandanya sampai sales manager yg jarang dok opis leh tido berdengkur dalam opis hari ni... huhuh scary...

yeay...hari khamis.

esok jumaat..aku nak balik rumah mak..

Wednesday, April 1, 2009

berjaya melakukannya!!

aku dan berjaya membuka kedai online ..
silalah klik disini :

SEWA NOVEL DAN KOMIK

masih dalam pembinaan lagi..tapi buat masa ini itulah yang ada..
akan ditambah dari masa ke semasa..

kalau baik hati dan jasamu tetapku kenang, war-warkan la kepada rakan-rakan anda yer..
juga ini...bilik masih kosong..

BILIK MASTER UNTUK DISEWA

dan juga

JAWATAN KOSONG SEGERA
yg ni kena ada experience basic account yer..



sekian terima kasih.

yang benar,
ARACHNIDA

retrench, resize

pegi lunch seperti biasa..
tp kali ni pelik bila kawan2 lunch (dari ofis2 bersebelahan) kata today last day makan best2 yer..
esok bawak bekal..

rupanya hari ni ada lebih kurang 20++ orang kena buang kerja.
tu baru 1st stage...
ada banyak lagi stage yang akan datang..
company oil & gas yang agak besar jugak..
stage pertama hari ini adalah dari bahagian IT.

bahagian kedua kemungkinan besar bahagian production kt Port Klang.
kata dorang comp dorang kt norway & australia pun da start resizing..

menakutkan jugakk.... sebab aku pun dalam line oil & gas ni..

semalam ada sorang kawan yang PAKSA aku hantar resume ke comp dia sbb katanya banyak jawatan kosong...tapi aku taknak...
pengalaman mengajar aku.. aku AMAT SERIK nak keje dalam company yang semuanya melayu..
aku tak hantar pun resume tu...

InsyaAllah rezeki aku ada kat company ni.....

ibu, emak, mama, umi

kalau da rindu tu..balik jer la...
hehehe..

ni sume gara2 mulut masin kak lin la ni..
suka kata aku anak manja..anak mak...

tak sampai 3 bulan aku dok menyewa kan...
dah sibuk2 asyik nak balik rumah jer..
homesick.. huahuahuahua...

tapi serius... sekiranya dlm hati terdetik rindu kat mak... balik la jumpa..
dan aku bukan jenis yang reti call rumah..
dedulu call rumah sbb nk mintak duit jer..

aku lebih suka balik rumah... walau lambat camne pun..
walau pasti kena bebel teruk pun.. aku akan balik..
hanya kerana aku rindu bebelan mak...

lagi2 sekarang ni yang tinggal kt rumah 2 orang adik lelaki aku..
sume anak perempuan mak da tinggal kat KL..
walau KL dgn Klang tu bukannya jauh sangat..

skang ni rutin aku if nak balik rumah mak..
kutip (errr...hehehe cam x sesuai perkataan ni..) amik adik2 aku..
kt HKL & Kg Baru..
pastu time balik KL pun sama la.. nak kena hantar dorang balik dulu..

camne citer ni leh timbul plak..
kes hari tu la.. aku cuti 4 hari sbb adik tunang..
da terbiasa kt rumah kan..pepagi jer ada org bebel kejut bangun pagi..
pastu aku sambung plak MC 2 hari...melepak di rumah..

harusla bermanja-manja dgn mak kan... (sila jgn jealous...hehehe)
inilah hasilnya khasiat susu ibu... (aku menyusu badan sampai umur 3 tahun)
bond antara ibu dan anak amat kuat... (teori yang aku tatau la kebenarannya)
ye kot...

aku akui aku takleh jauh2 dgn mak..
form 4... sekolah kat Penang...walau jauh naik bas berjam2 segala... aku tetap akan balik rumah sebulan sekali... or buat surat apply cuti... kekonon nak study kt rumah ..sampai ketua warden pernah call rumah suruh aku balik maktab....

lepas SPM..aku nekad nak sambung belajar kat tempat yang paling dekat dgn rumah.. tak susah nak balik.. tak makan masa berjam-jam... 1st choice aku UM..tp bila dpt result.. boleh tukar pilihan..aku rasa UM dekat sangat.. aku tukar UKM..

Matriks.. dapat kat Seremban... ni lagila kan.. dekat la gak..
hampir tetiap minggu mintak kebenaran balik rumah..

UKM... setiap jumaat pasti aku balik..lepas kelas.. hari isnin pepagi buta baru nak jejak UKM tu balik..
final sem final year.. berulang setiap hari dari Klang ke Bangi.. gigih betul...

kerja... tak pernah jauh pun..paling jauh KL..:)
dan bila aku tolong sepupu aku buka cawangan baru kedai dia kat Baling... 3 bulan kat sana tak balik2.... aku break down teruk..
sebenarnya masa tak sampai sebulan aku kat sana.. aku call mak aku nangis2.. sampai teresak-esak.. mak aku suh bertahan gak.. dan suara dia amat risau sbb sebelum tu aku dok asrama tak pernah sekali pun aku call rumah komplen nak balik..
aku bertahan 3 bulan sbb aku tanak mak aku risau..& aku x call rumah da lepas tu...tapi aku x serupa orang... sangat selekeh masa tu aku rasa.. if aku rasa nak bukak kedai dgn jeans & t shirt ( tak pro langsung...takde rupa usahawan) je..camtu la rupa aku..
dengan mata bengkak setiap hari ..alasan aku kt staff aku.. aku x biasa lagi tido kat kawasan baru.. so x cukup tido.. oleh kerana dah tak rupa aku sangat..sepupu aku perasan..dan dia suh aku balik... Baling bukan tempat aku...

balik menganga 4 bulan kt rumah... tp aku cam bahagia gak walau memacam yg jadi.. sbb mak aku ada...hehehe... terperuk kt rumah.. astro kena potong, kereta nak kena tarik, bank2 sibuk call setiap masa..kerja takde..saving habis... kawan2 hilang.... TAPI MAK ADA!!!


dedulu bila baca paper..esp pasal orang lari dari rumah... aku selalu pikir if aku nak lari...lari kemana... susah woo lari2 dari rumah nih..
aku pernah nak lari... masa umur 6 tahun kot.. amik beg plastik..isi bedak & sikat... lari belakang pintu jer...wahahahah..jauh betul kan aku lari... sbb masa tu aku pikir (wahh kekecik da leh pikir nih) susah woo nak mandi, nak siap pilih baju, nak ikat rambut cantik, nak makan kena suap sendiri (aku disuap mak setiap kali makan sampai aku darjah 5 rasanya)....

makin aku tulis pasal mak aku ni...makin aku rasa nak balik rumah..
lambat betul hari jumaat nih..
dah..dah..kena stop.

sesungguhnya AKU RINDU MAK AKU!!!



syurga di bawah tapak kaki ibu..