Monday, April 27, 2009

heartburn pulak...

adeh la..
pedih ulu hati la plak..
dah 3 hari camnih...
balik ni ngadap doctor lagi..
aku tgh control diri la nih...sbb stress akan mengakibatkan lebih banyak gas yang terhasil..
lebih banyak luka yang boleh berlaku..
huhuhuhuhuhu

takut aku baca pasal heartburn nih...


Tanda dan Gejala

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:

Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada - YA
Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan - YA
Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak Sendawa - YA
Batuk yang teruk
Suara menjadi serak
Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.


Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's oesophagus.

Pedih ulu hati sebenarnya merupakan satu gejala yang boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit atau masalah-masalah kesihatan yang berbeza-beza.

Walaupun kebanyakan kes pedih ulu hati disebabkan oleh radang di lapisan perut (gastritis) atau peptik ulser, namun masalah ini boleh disebabkan lain-lain penyakit.

Ini termasuklah radang pankreas, radang hati (hepar), radang apendiks, kanser hati, aortic aneurysm, radang pundi hempedu dan juga boleh disebabkan oleh serangan jantung dan jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia).

Jika pedih hulu hati ini berpunca daripada radang saluran makanan (esofagitis), sakit yang bermula di bahagian hulu hati akan naik ke atas yang dikenali sebagai heartburn.
Keadaan ini mengakibatkan pesakit mengalami rasa panas pada bahagian depan dan belakang dada.

Masalah pedih hulu hati ini jika dibiarkan boleh menjejaskan prestasi kerja atau akademik seseorang.
Pada peringkat yang serius, pesakit terbabit mungkin perlu dimasukkan ke wad dan perlu mengambil cuti sakit.

No comments: