Friday, April 10, 2009

nak bagitau

seluar baju aku da rasa longgar..
esp bila sarung seluar.. best jer.. selesa..
harus aku bongkar balik kebaya aku yg lelama...lepas sebulan nanti..

aku timbang...dan aku tak banyak turun dalam bentuk KG..
tapikan mana2 seluar yg dulu ketat tang paha (ya..aku naik berat badan tang peha & lengan) skang cam best jer sarung.. pinggang pun senang jer nk butang..
blaus keje yg dulu cam susah nak butang ..skang rasa selesa...

apakah RAHSIAKU

1. kawal pemakanan
2. amalkan gaya hidup sihat
3. makan ikut piramid makanan
4. elakkan makan lewat malam
5. bersenam 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi
6. minum air yang banyak setiap hari
7. dapatkan tidur yang cukup
8. ambil makanan kesiahatan (supplemen) yang sesuai...

wahahahaha
semuanya di atas adalah DUSTA belaka.
aku pun tak sure kenapa ada berlakukan kekurangan dalam bentuk sentimeter/ inci..
aku x ukur tp dr baju2 aku..aku dah leh rasa....

1. aku mmg tak skip brekafast da sejak ada pakcik takde gigi jual nasi lemak sedap yg lengkap pada harga cuma RM1. tanpa gagal..SETIAP HARI!!! hhuhuhuhu
2. bersenam..apa tuh? hehehe... senaman aku adalah semata2 berjalan dari stesen LRT ke ofis..turun naik tangga kt stesen LRT... aku masih drive ke sana sini...
3. supplemen? hanya Vitamin B complex yang doc aku bekalkan masa aku MC 2 hari tu..dia bg tuk sebulan...
4. selera makan? sejak makan Vit B complex ni selera mmg toksah kata la kan... tp.. aku beli jer..pastu x makan/ bagi kt org.. aku dpt sesuap/ segigit/sekeping pun jadila.. kecuali pepagi..nasi lemak RM1 tu mmg aku habiskan..
5. makan malam? last aku makan selalunya biskut fiber dalam pantry opis ni cicah teh o panas...
6. aku suka keadaan camni.. harapnya berlarutan sehingga aku dapat berat badan ideal....

aku tipu ke? heheh aku letak nanti pic sebelum dan selepas...
selepas sebulan la yer..




No comments: