aku masih tak faham..
orang-orang yang nak sewa rumah...
memang perangai pelik2 melampau...
aku tak jumpa lagi yang normal yg ikut prosedur ataupun ada tatasusila..
yang menipu ramai gila... aku serik..
tapi perangai yang satu ni aku takleh tahan..
masih ada yang tak puas hati takleh nak sewa bilik dgn adik lelaki..
masih buat suara bengang atau tak puas hati bila aku kata tak boleh..
aku kata tak nak serumah dengan lelaki..
masih pertahankan " dia adik i la.."
adik kau...muhrim kau..bukan muhrim aku..
susah aku nak buat dorang faham..
ayat standard " takkan adik beradik pun tak boleh"
huhuhu... sekarang bebudak umur 6 tahun pun da pandai nak molest orang lain..
jangankan tu..pernah aku g kenduri kawin kat dewan..
ada budak kecik ni dlm umur 7-8 tahun..lelaki... suka2 lari2 keliling dewan..takpelah dia bebudak...
tapi sambil lari..sambil memukul bontot tetamu-tetamu perempuan yer...
mak dia tgk gelak2 jer....
bangga kot..anak pandai gurau2 gitu...
ish..rosak...rosak..
pengetahuan agama aku memang basic...mana ustazah aku pernah ajar masa sekola..tu jerla aku rasa..
selain ada la aku baca sini sana..
walaupun asas..aku masih ingat dan berpegang pada apa yang aku belajar tuh..
macam mana aku masih ingat iklan kempen anti dadah kat tv zaman 80an dulu..
mmg scary...memang aku tak rasa nak rasa dadah tu..
walau aku admit selalu la dulu tgk org amik depan mata aku..zaman remaja..TENGOK SAHAJA..
kesimpulannya disini... rules are not meant to be broken..
walaupun ko terdesak camne sekalipun..
walau pun ko kata aku kejam x bagi ko sewa dgn adik lelaki kau yang baru 1st time pijak KL tuk cari kerja..
yang paling aku takutkan... betul ke adik lelaki kau?
atau boifren.. sesaja bg status itu...
aku taknak berprasangka buruk...tapi takkan aku nak suh dia buat ujian DNA untuk buktikan dia adik kau?
apa pun keputusan aku mmg tetap...
aku taknak duduk serumah dgn lelaki bukan muhrim aku..
sekian terima kasih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment