Monday, June 15, 2009

memaafkan amalan terbaik

MAAFKAN SEGALANYA..
dengan sepenuh hati dan penuh ikhlas..
nescaya akan beroleh ketenangan..

serius aku ni pendendam orangnya..
bukan la untuk benda-benda kecik..
tapi hal-hal yang melibatkan perkara-perkara seperti maruah umpamanya..

dan bukan seorang dua yang nasihatkan aku supaya maaf kan sahaja..
alasan aku "argghhh korang cakap senangla.. bukan korang yang rasa.."
tetapi bila seseorang ini...yang kredibilitinya mengenai hukum hakam agama..mahupun tatasusilanya mmg dipertikaikan... memberi nasihat yang sama..

dengan mudah dan senang hatinya..aku menerima nasihat itu dan mengaplikasikannya..

dan aku rasa lebih tenang...
aku rasa dunia ni banyak benda yang perlu kiita lihat..
perlu kita teliti.. dan banyak yang menggembirakan sebenarnya..
sampai bila nak hidup dengan dendam....marah.. dengki..

aku harap perubahan ini dapat kekal sampai bila2..
eh aku ni mudah sebenarnya memaafkan orang..

tapi seperti yg aku cakap awal-awal tadi...
perkara-perkara yang besar.. yg libatkan MARUAH terutamanya..

sebab kalau setakat kena buli macam contohnya guna kereta aku cam kereta sendiri, pinjam duit aku tak reti bayar balik, berkawan dgn aku sebab ada agenda lain... ni semua perkara sangat biasa...

lagi pun.. ALLAH MAHA ADIL..
semuanya dari ALLAH... rezeki, jodoh, maut semuanya ditentukan ALLAH..
kita ni menumpang kat dunia ni..

No comments: